Selain rawatan hospital, terapi herba selalu menjadi pilihan bagi kebanyakan individu terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Tetapi adakah ia pilihan baik atau mungkin boleh menjejaskan keberkesanan perubatan konvensional (hospital) yang dilakukan untuk kanser payudara?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Kanser payudara
Kanser payudara merupakan antara kanser paling kerap dialami oleh individu di seluruh dunia.
Kebanyakan kes kanser ini terjadi dalam kalangan wanita berusia lebih daripada 50 tahun tetapi mereka yang lebih muda juga turut mempunyai risiko untuk menghidapinya.
Malahan, jangan terkejut jika dikatakan bahawa individu lelaki juga mempunyai risiko untuk mengalami barah payudara ini.
Umumnya, kanser ini boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu peringkat pertama – pertumbuhan sel kanser perlahan, hingga peringkat empat – di mana pertumbuhan sel kanser pada tahap yang paling agresif.
Dalam merawat masalah kanser ini, ada individu yang memilih untuk menggunakan rawatan terapi herba berbanding kaedah konvensional. Tetapi apakah ia berkesan untuk melawan ketulan tumor pada payudara?
Baca juga:
Keberkesanan rawatan terapi herba merawat kanser
Kaedah rawatan herba ini merupakan antara rawatan alternatif yang paling banyak digunakan oleh mereka dengan masalah kesihatan berbeza, di samping rawatan konvensional.
Tidak dinafikan banyak jenis ubatan herba memberikan manfaat. Pun begitu, adakah ia turut berkesan untuk merawat barah payudara dengan selamat?
Malangnya, kebanyakan penggunaan ubatan tidak dipantau dengan baik. Ia juga tidak terbukti secara rasmi selamat untuk dimakan.
Ini kerana ubatan herba ini tidak melalui ujian seperti ubatan konvensional, sekali gus mewujudkan risiko jika diambil.
Sebaiknya bagi pesakit kanser payudara, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor sebelum mula mengambil sebarang ubatan alternatif, bagi mengelakkan risiko ia memberikan kesan buruk kepada keadaan diri.
Kesan sampingan daripada terapi herba
Kebiasaannya ubat herba yang digunakan adalah termasuk tumbuhan tipikal biasa dijumpai dalam kebanyakan isi rumah. Ini termasuklah seperti:
Antara sebab utama mengapa penggunaan ubatan herba menjadi pilihan adalah kerana ia semula jadi dan dipercayai mempunyai kurang kesan sampingan berbanding ubatan preskripsi daripada hospital.
Sememangnya semua tumbuhan tersebut amat baik untuk tubuh, tetapi ia mungkin boleh mengembangkan risiko kesan buruk yang tidak diingini. Ini kerana penyelidik mendapati bahawa ubatan herba mungkin mempunyai kesan sampingan.
Dos berlebihan herba yang diambil secara serentak dengan ubatan lain boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.
Keadaan ini kerana kebanyakan individu tidak terfikir mengenai kemungkinan wujud interaksi atau tindak balas antara ubatan herba dan ubat moden.
Tiada jaminan rawatan terapi herba dapat memulihkan penyakit
Terdapat banyak dakwaan mengenai keberkesanan ubatan herba yang mengelirukan.
Penggunaan ubatan herba tidak dapat menyembuhkan penyakit utama seperti kanser payudara atau penyakit jantung, jadi amat penting untuk anda berunding terlebih dahulu dengan doktor bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini.
Ubat herba hanya berfungsi untuk memperbaiki atau sebagai penambah kepada rawatan sedia ada, dan bukannya untuk melawan penyakit secara sendiri.
Lebih membimbangkan jika rawatan alternatif yang lebih menjadi pilihan ini akan memburukkan lagi masalah kesihatan diri anda.
Penggunaan rawatan herba
Adakah ini bermakna kita harus terus menolak penggunaan ubatan herba dalam kehidupan? Jangan tersalah anggap. Ia tidak bermakna anda harus terus melupakan penggunaan terapi herba.
Ini kerana penggunaan ubatan tradisional ini telah digunakan sejak berabad lamanya untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan berbeza.
Ia merupakan kaedah semula jadi yang dipercayai kebanyakan individu dahulu untuk membantu memberikan ketenangan dan mengatasi kebimbangan.
Bahkan, ubat herba ini juga digunakan untuk membuatkan diri berasa lebih baik dan membantu mengawal keadaan.
Cuma pilihan terbaik adalah untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memutuskan untuk menggunakan sebarang ubatan herba.
Amnya, rawatan herba boleh digunakan untuk merawat dan meringankan beberapa keadaan kerana ia mampu menenangkan individu. Ia membantu keadaan seperti:
Tetapi anda harus ingat, penggunaan ubatan herba ini hanya untuk mengurangkan keadaan atau masalah kecil dan bukanlah alternatif kepada perubatan moden.
Sentiasa rujuk doktor
Walaupun ada rawatan herba yang berkesan untuk merawat penyakit ringan hingga sederhana, anda masih perlu mendapatkan rundingan dan pendapat pakar mengenainya.
Pemeriksaan doktor dapat menentukan sama ada keadaan kesihatan anda memerlukan rawatan melalui pengambilan ubat, kemoterapi atau pembedahan.
Rawatan terapi herba tidak salah, cuma….
Penggunaan ubatan herba boleh memberikan kelegaan untuk gejala tertentu, tetapi ia bukanlah pilihan rawatan untuk keadaan seperti barah atau penyakit jantung.
Ini kerana pilihan rawatan alternatif ini boleh mengembangkan potensi kesan sampingan, risiko dan mungkin tidak berkesan terhadap penyakit yang anda alami.
Walaupun ubatan herba adalah mudah untuk diperolehi dan tidak memerlukan kos yang tinggi, namun rundingan dan perbincangan dengan doktor masih penting.
Ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan bersesuaian untuk menangani keadaan kanser payudara anda.
[embed-health-tool-due-date]