backup og meta

AWAS, Lelaki Juga Berisiko Alami Kanser Buah Dada, Perhatikan Jika Muncul Tanda Ini

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/07/2021

    AWAS, Lelaki Juga Berisiko Alami Kanser Buah Dada, Perhatikan Jika Muncul Tanda Ini

    Walaupun lelaki tidak mempunyai payudara seperti wanita, mereka masih mempunyai jumlah tisu payudara yang sedikit. Bahkan, mereka juga berisiko menghidap kanser buah dada lelaki!

    “Payudara” ‘seseorang lelaki dewasa adalah seperti seorang wanita sebelum akil baligh.

    Bagi wanita, tisu ini tumbuh dan berkembang, tetapi ia tidak berlaku pada lelaki. Tetapi oleh kerana ia masih merupakan tisu payudara, risiko kanser buah dada lelaki masih wujud.

    Lelaki boleh mendapat jenis yang sama seperti kanser payudara yang  berlaku dalam kalangan wanita.

    Walau bagaimanapun, kanser yang melibatkan bahagian yang menghasilkan dan menyimpan susu adalah terhad.

    Apakah kebarangkalian kanser buah dada lelaki?

    Bukanlah perkara biasa bagi seorang lelaki di bawah umur 35 tahun untuk mendapat kanser payudara.

    Risiko seorang lelaki mendapat kanser payudara meningkat dengan usia.

    Kebanyakan kanser payudara berlaku di kalangan lelaki berumur 60 dan 70 tahun.

    Faktor risiko lain untuk kanser buah dada lelaki adalah:

    1. Kanser payudara dalam adik-beradik perempuan terdekat.
    2. Sejarah terdedah kepada radiasi pada dada.
    3. Pembesaran payudara (dipanggil gynecomastia) dari ubat atau hormon, atau jangkitan dan toksin tertentu.
    4. Mengambil estrogen.
    5. Keadaan genetik luar biasa dipanggil Klinefelter.
    6. Penyakit hati (sirosis).
    7. Penyakit buah zakar seperti mump orchitis, kerosakan buah zakar, atau buah zakar tidak turun.

    Adakah kanser payudara lelaki bahaya?

    buah dada lelaki

    Doktor dahulunya percaya bahawa kanser payudara di kalangan lelaki adalah lebih serius berbanding wanita, tetapi kini ia mungkin lebih kurang sama.

    Masalah utamanya adalah bahawa kanser payudara di kalangan lelaki biasanya dikesan lewat berbanding kanser payudara di kalangan wanita.

    Ini mungkin disebabkan lelaki kurang cenderung untuk mengesyaki sesuatu yang luar biasa di kawasan tersebut.

    Selai itu, jumlah tisu payudara adalah yang sedikit lebih sukar untuk dirasakan, menjadikannya lebih sukar untuk mengesan kanser tersebut.

    Apakah tanda-tanda kanser buah dada lelaki?

    Simptom kanser payudara di kalangan lelaki adalah sama seperti wanita.

    Kebanyakan kanser payudara lelaki dikenal pasti apabila seorang lelaki menemui ketulan pada dadanya.

    Tetapi tidak seperti wanita, lelaki cenderung untuk bertangguh dari berjumpa doktor sehingga mereka mengalami simptom yang lebih serius seperti pendarahan dari puting. Pada ketika itu, kanser mungkin telah membesar.

    Bagaimanakah kanser ini didiagnosis dan dirawat?

    buah dada lelaki

    Kaedah yang sama digunakan untuk mendiagnosis kanser payudara lelaki iaitu pemeriksaan fizikal, mamografi, dan biopsi (memeriksa sampel kecil tisu di bawah mikroskop).

    Rawatan juga adalah sama seperti yang digunakan dalam merawat kanser payudara wanita iaitu pembedahan, radiasi, kemoterapi, terapi biologi, dan terapi hormon.

    Satu-satunya perbezaan penting adalah bahawa pesakit kanser payudara lelaki bertindak balas lebih baik terhadap terapi hormon berbanding wanita.

    Sekitar 90% daripada kanser payudara lelaki mempunyai reseptor hormon, membuatkan terapi hormon berkesan dalam kebanyakan kes.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan