backup og meta

GEMPAR! Kajian Kata Penggunaan Bahan Kimia Tingkat Risiko Kanser Payudara?

GEMPAR! Kajian Kata Penggunaan Bahan Kimia Tingkat Risiko Kanser Payudara?

1 kajian telah menunjukkan bahawa beberapa jenis bahan kimia sintetik berupaya meningkatkan risiko barah payu dara, dengan merangsang hormon.

Setiap hari, kita terdedah kepada puluhan jenis bahan kimia!

Tidak kurang juga dengan udara yang kita sedut, turut terkandung bahan-bahan kimia seperti, nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan banyak lagi.

Selain itu, aspirin atau ubat tahan sakit juga tergolong antara bahan kimia yang dihasilkan.

Organisasi merangkumi Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) menguji bahan kimia dengan ketat di bawah undang-undang seperti Akta Kawalan Bahan Beracun sebelum dipasarkan secara meluas.

Akan tetapi, mungkinkah sebilangan bahan kimia ini mengandungi kesan sampingan yang tersembunyi kepada kesihatan?

Ruthann Rudel, Pengarah Penyelidikan di Silent Spring Institute di Newton, MA, dan Saintis Silent Spring, Bethsaida Cardona memulakan penyelidikan mereka dengan persoalan di atas.

Mereka berusaha untuk mengenal pasti pemicu barah payu dara (yang dapat dicegah) dan menyiasat jenis bahan kimia yang berisiko menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit ini.

Sebahagian daripada proses kajian mereka, Rudel dan Cardona telah meneliti 2 ribu bahan kimia yang disenaraikan dalam EPA’s Toxicity Forecaster, program yang menyaring bahan kimia atas potensi mudarat pada kesihatan.

Kajian mereka diterbitkan di dalam jurnal berjudul, Environmental Health Perspectives.

Jadi, apakah penemuan utama mereka?

Dalam tinjauan mereka, para penyelidik telah mengenal pasti 296 bahan kimia yang menyebabkan peningkatan paras estradiol, sebentuk estrogen dan merupakan hormon seks wanita utama, tahap progesteron, atau kedua-dua  estradiol dan progesteron dalam kultur sel adrenal.

Daripada bahan kimia ini, 71 memicu peningkatan kedua-dua hormon. Mereka merangkumi bahan tahan api kimia, pewarna, racun kulat, dan racun perosak.

Sebilangan bahan kimia yang terlibat termasuk:

barah payu dara

  1. Phosmet: Ini adalah racun serangga organophosphate yang digunakan untuk melindungi pokok epal.
  2. Oxyfluorfen: Sejenis racun herba dengan penggunaan yang meluas dalam sektor pertanian, khususnya untuk kawalan rumpai.
  3. 1,2-Diphenylhydrazine: Ini adalah bahan kimia yang digunakan pengilang dalam penghasilan pewarna, farmaseutikal, dan hidrogen peroksida.
  4. Malathion: Sejenis racun serangga dalam keluarga kimia yang dikenali sebagai organophosphates. Ia selalu digunakan di dalam kawalan nyamuk.

Hasil kajian menunjukkan, sesetengah bahan kimia sintetik ini berupaya meningkatkan risiko barah payu dara dengan cara merangsang 2 hormon yang berkaitan dengan kanser payudara, iaitu estrogen dan progesteron.

Kajian terdahulu terhadap bahan kimia endocrine-disrupting hanya tertumpu pada kemampuan untuk mengikat reseptor estrogen secara langsung dan mengaktifkannya.

Oleh sebab itu, kajian ini telah memperkenalkan dimensi baharu untuk penyelidikan barah payu dara.

Memandangkan kebanyakan bahan kimia persekitaran tidak akan menjadi pengaktif yang kuat seperti estradiol endogen, aktiviti yang lebih lemah mengehadkan kebimbangan dalam beberapa penilaian, kata Rudel.

Tetapi, disebabkan bahan kimia yang dikenal pasti telah meningkatkan sintesis estradiol, yang sangat kuat, kesan bahan kimia ini terhadap barah payudara mungkin lebih kuat daripada yang disangkakan.

Kajian terdahulu menunjukkan, mengekang atau mengurangkan estradiol ternyata berkesan dalam usaha mencegah atau merawat barah payu dara.

Begitu juga dalam 1 percubaan secara rawak, menggunakan campuran estrogen yang ditambah progestin.

Sebentuk sintetik progesteron yang dihasilkan oleh tubuh secara semula jadi dalam terapi penggantian hormon terbukti meningkatkan risiko barah payu dara.

Pun begitu, saintis masih berusaha untuk menentukan bagaimana bahan-bahan kimia ini boleh mencapai peningkatan estradiol sebegitu.

Salah satu hipotesis mereka, bahan kimia ini boleh bertindak sebagai aromatase activators, dan menyebabkan sel menghasilkan lebih banyak hormon tersebut.

Kajian turut menyatakan, pendedahan secara berkala dari pelbagai sumber berbanding pendedahan secara sekali atau jarang, lebih cenderung memicu kesannya.

Bagaimana estrogen dan progesteron memicu kanser?

Menurut American Cancer Society, 2 daripada 3 kes barah payudara adalah HR-positive.

HR-positive bermaksud, sel barah mungkin menerima isyarat kimia daripada hormon seks, yang berupaya memicu pertumbuhannya.

Majoriti kes barah payu dara HR-positive adalah estrogen receptor-positive.

barah payu dara

Estrogen boleh mengakibatkan kanser dalam 2 cara. Ia dapat merangsang tisu payudara untuk mendorong sel membelah dan duplicate, membolehkan risiko mutasi untuk berlaku!

Metabolit estrogen juga memiliki potensi karsinogenik dengan menyebabkan kerosakan DNA dan menyumbang kepada pembentukan barah payu dara.

Begitu juga dengan kanser payudara progesterone receptor-positive yang sensitif terhadap hormon progesteron.

Sel, dalam kes ini, memiliki reseptor yang membolehkan mereka menggunakan hormon ini untuk berkembang.

Namun, terapi hormon boleh mencegah tumor daripada menggunakan estrogen atau progesteron, lantas memperlambat atau menghentikan pertumbuhan ketumbuhan.

Tambahan itu, ia mampu menurunkan paras hormon tersebut di dalam tubuh.

Ringkasan

Kajian ini telah mengetengahkan poin yang menarik dalam usaha mengenal pasti risiko kanser payudara dengan mengkaji bahan kimia yang meningkatkan hormon estrogen atau progesteron.

Pun begitu, tanpa melibatkan kajian in vivo, adalah terlalu awal untuk mengesahkan kaitan hubungan antaranya.

Pendekatan multi-pronged diperlukan untuk memperolehi pemahaman sepenuhnya tentang peranan bahan kimia dalam memicu risiko barah payu dara.

Untuk menilai kesan bahan kimia terhadap manusia adalah mencabar, dan kebanyakannya belum menjalani kajian yang mencukupi.

Oleh itu, kajian baharu ini dapat mendorong penyelidikan masa hadapan untuk memeriksa kesan yang mungkin ada pada bahan kimia pada kelenjar mammary, seperti tumor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/breast-cancer/symptoms-causes/syc-20352470
  2. https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer.html
  3. https://ehp.niehs.nih.gov/doi/full/10.1289/EHP8608
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3119362/
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5587405/
  6. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3536317/

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Nenek Atau Ibu Hidap Kanser Payudara? Ketahui Risiko Anda Untuk Dapat Penyakit Yang Sama!

Ketidakseimbangan Hormon


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan