home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

6 Cara Beritahu Anak Anda Tentang Kanser Payudara

6 Cara Beritahu Anak Anda Tentang Kanser Payudara

Didiagnos dengan kanser payudara mungkin adalah satu pengalaman yang paling tragis bagi anda dan keluarga anda. Jika anda seorang ibu, maka anda perlu menyampaikan kepada anak anda tentang apa yang anda lalui. Sekiranya anda rasa terlalu sukar untuk membincangkan tentang situasi anda, maka teruskanlah membaca. Di sini ada 6 cara yang anda boleh ikuti bagi mengatasi ketakutan anda sewaktu memberitahu anak anda tentang kanser payudara.

1. Berterus-terang

Beritahu kepada anak anda bahawa ibu mereka telah didiagnos mengalami kanser payudara. Kemudian, jelaskan kepada mereka mengenai keadaan itu. Tapi pastikan mereka faham rawatan yang boleh didapati dan anda sedang dijaga dengan elok.

2. Fahami ketakutan mereka

Tidak disangkal, anak anda akan mula ketakutan. Mereka akan menunjukkan kekeliruan, kerisauan dan juga tangisan, yang mana semuanya adalah normal. Beri mereka masa untuk menerima berita tersebut. Mereka perlukan masa untuk menerima berita buruk sebegitu, terutamanya anak remaja.

3. Kekalkan peranan sebagai ibubapa

Anda perlu berusaha sebaiknya untuk menjadi ibu yang gembira sebagaimana anda sebelum ini. Bagaimanapun, kanser akan membebankan anda. Akan ada hari di mana rasa sakit dan ketakutan menyelubungi anda. Beritahu kepada anak-anak anda untuk bersedia dengan semua itu. Sekiranya anda rasa sudah tidak mampu menguruskannya sendiri, maka carilah bantuan dari professional.

4. Cuba untuk berkomunikasi

Anak anda mungkin tidak dapat memahami kanser payudara. Cubalah untuk menyampaikannya menggunakan cara lain. Patung mainan Kimmie Cares adalah bagus untuk menggambarkan pada mereka akan keadaan anda. Mainan tersebut mempunyai rambut boleh tanggal, supaya anda dapat menunjukkan kepada anak anda bagaimana kanser boleh merubah paras anda.

5. Yakinkan mereka bahawa segalanya akan kembali normal

Raawatan tidak akan kekal selamanya. Dari masa ke semasa, anda akan sembuh. Anda akan mendapatkan semula rambut anda yang panjang dan cantik. Anda akan lebih bertenaga daripada sebelumnya. Pastikan anak anda tahu bahawa mereka tidak akan melihat ibu mereka dalam kesakitan selamanya.

6. Jelaskan pada mereka bahawa keadaan anda bukan diakibatkan dari kesalahan anda

Kanak-kanak cenderung untuk menganggap sesuatu berlaku pada seseorang kerana mereka telah berbuat buruk, ini kerana mereka telah terbiasa dengan model pendidikan salah—maka-hukum. Kerana inilah and perlu jelaskan kepada mereka, baha kanser, sama seperti penyakit lain, tidak berlaku pada orang yang jahat. Ianya tidak benar yang and mendapat kanser kerana anda dihukum. Selain itu, biarkan mereka tahu bahawa kanser tidak berjangkit. Mereka tidak akan mendapatnya dengan berada berdekatan anda.

Menyampaikan kepada anak anda mengenai kanser adalah tugasan yang mencbar. Kanser boleh jadi menakutkan pada mulanya. Bagaimanapun, ianya juga boleh menjadi pengaruh positif ke arah hubungan anda dan anak-anak anda yang lebih baik.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

6 Ways to Tell Your Kids About Breast Cancer. http://www.parents.com/parenting/moms/healthy-mom/6-ways-to-tell-your-kids-about-breast-cancer/?slideId=30135 Assessed October 16, 2016

Gambar penulis
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser pada 30/03/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x