Kurang selera makan adalah simptom lazim yang boleh dialami oleh pesakit yang didiagnosis dengan mana-mana jenis kanser termasuklah kanser paru-paru.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Kurang selera makan adalah simptom lazim yang boleh dialami oleh pesakit yang didiagnosis dengan mana-mana jenis kanser termasuklah kanser paru-paru.
Ada kalanya, mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk makan pada kuantiti yang banyak.
Namun, proses patologi penyakit itu sendiri dan kesan sampingan rawatan boleh menyebabkan simptom seperti mual dan muntah yang menghalang mereka daripada makan sebaiknya.
Situasi ini boleh menyebabkan masalah hilang berat badan secara mendadak dalam kalangan penghidap kanser.
Ia sangat berbahaya bagi pesakit kanser memandangkan badan mereka memerlukan sejumlah nutrisi untuk hidup sihat.
Kajian menunjukkan pesakit kanser agresif cenderung untuk bertindak balas dengan rawatan yang dipreskripsikan oleh doktor jika mereka makan secukupnya.
Penghidap yang mengalami masalah kurang selera makan sukar untuk menikmati kebaikan yang boleh diberikan oleh rawatan kanser itu sendiri.
Perkara ini menunjukkan terdapat kaitan di antara pengambilan makanan yang cukup dan kualiti hidup penghidap kanser paru-paru.
Maka, artikel ini akan memberikan tip bagaimana cara untuk menguruskan masalah kurang selera makan bagi memaksimumkan kesan baik rawatan kanser paru-paru.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Paru-Paru sila dapatkannya di sini.
Kebiasaannya, mereka yang didiagnosis dengan kanser paru-paru akan dipreskripsikan dengan rawatan terapi radiasi.
Oleh sebab organ paru-paru terletak berhampiran dengan esofagus (tiub yang menghubungkan mulut dengan perut), ia boleh menyebabkan kesan sampingan padanya.
Akibatnya, penghidap akan mengalami kesakitan ketika hendak menelan makanan dan ini boleh menyukarkan proses pengambilan kalori bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum.
Selain daripada itu, kesan sampingan seperti mual dan muntah turut lazim dialami oleh mereka yang melalui terapi radio.
Keadaan ini boleh membuatkan selera makan pesakit merundum, seterusnya menyebabkan komplikasi akibat tidak cukup makan.
Pengambilan makanan berkhasiat sangat penting bagi pesakit kanser kerana ia boleh memulihkan kesihatan, menguatkan sistem imun badan dan mengurangkan kesan sampingan rawatan.
Pemakanan seimbang merupakan kunci kepada kejayaan rawatan kanser paru-paru.
Pemilihan makanan yang boleh memenuhi keperluan pesakit sebelum, semasa dan selepas rawatan kanser paru-paru boleh membantu mereka untuk menjadi lebih sihat.
Makanan penting untuk meningkatkan daya tahan tubuh pesakit untuk melawan kanser. Bagi memastikan pesakit mengambil makanan yang betul, kandungan nutrisinya perlu dipantau dengan teliti.
Ia perlu memenuhi keperluan nutrisi makro dan mikro harian mengikut kepada saranan pakar pemakanan.
Rujukan kepada golongan profesional yang bertauliah penting bagi memastikan kebajikan nutrisi pesakit terjaga.
Terdapat makanan yang perlu dielakkan bagi mengurangkan kesan keradangan pada saluran pernafasan memandangkan ia boleh menyebabkan gejala pesakit menjadi bertambah teruk. Oleh sebab itu, bantuan pakar pemakanan adalah penting.
Setiap individu mempunyai keperluan pemakanan yang unik berdasarkan kepada faktor seperti usia, keadaan kesihatan dan aktiviti seharian.
Kesan sampingan terapi radiasi yang boleh mempengaruhi fungsi esofagus perlu diuruskan dengan baik memandangkan ia boleh mempengaruhi selera makan.
Sekiranya, pesakit mengalami masalah untuk menelan, perubahan pemakanan perlu dilakukan bagi memastikan pesakit menerima jumlah kalori yang mencukupi sepanjang tempoh rawatan.
Pelan pemakanan yang ideal boleh membantu pesakit untuk pulih dengan cepat di samping meningkatkan keupayaan daya tahan tubuh untuk menghadapi kesan sampingan rawatan.
Berikut merupakan tip dan senarai makanan yang boleh dicuba oleh mereka yang menghidap kanser paru-paru.
Sebelum anda mengimplementasikan perubahan pada pelan pemakanan, pastikan anda rujuk kepada doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu.
Faktor lain seperti tahap kesihatan semasa, penyakit kronik dan alergi perlu diberi perhatian.
Aspek pemakanan merupakan elemen yang perlu ditekankan dalam pesakit kanser paru-paru.
Namun, masalah kurang selera makan adalah halangan yang perlu ditempuh dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Jika anda menghidap kanser peparu dan mengalami masalah kurang selera makan, rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen