backup og meta

Menjalani Rawatan Radioterapi? Anda Boleh Cuba 5 Tip Diet Sihat Ini, Barulah Berselera!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2023

    Menjalani Rawatan Radioterapi? Anda Boleh Cuba 5 Tip Diet Sihat Ini, Barulah Berselera!

    Menjalani rawatan radioterapi boleh menyebabkan anda hilang selera makan. Bertenang, Hello Doktor akan kongsikan cara terbaik untuk mengatasi keadaan tersebut, barulah cepat sihat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

    Diet pemakanan selepas rawatan radioterapi

    Walaupun radioterapi membunuh sel kanser, ia juga merosakkan badan anda. Radiasi menjadikan tubuh anda mengubah cara ia bertindak balas terhadap makanan dan menyerap nutrien.

    Berikut adalah 5 tips yang boleh anda gunakan untuk membina diet sihat semasa radioterapi anda:

    1. Beri perhatian kepada badan anda

    Kesan radiasi pada setiap orang berbeza dari yang lain.

    Walaupun sesetengah orang tidak melihat perubahan yang ketara, yang lain mungkin mengalami kesan sampingan daripada rawatan radioterapi yang teruk, termasuk loya, muntah, kehilangan selera makan, kembung perut, sakit mulut dan kesukaran menelan.

    Anda perlu menyesuaikan tabiat makan anda bergantung pada bagaimana tubuh anda bertindak balas.

    Sesetengah orang hanya boleh makan makanan yang mengandungi banyak perisa manakala sesetengahnya lebih suka makanan mereka tawar tanpa sebarang rasa.

    Anda hanya perlu makan apa yang membuka selera makan anda.

    rawatan radioterapi

    Atasi kesan rawatan radioterapi #2. Penuhkan peti sejuk anda, 

    Pilih makanan organik dan sihat.

    Adalah baik untuk menyediakan makanan sihat dan menyimpannya dalam peti sejukbeku anda sebelum anda memulakan terapi sinaran anda. Sinaran akan melemahkan badan anda.  Anda tidak akan bersemangat untuk memasak selepas setiap sesi.

    Apabila anda letih, anda akan menghargai makanan yang sudah disediakan terlebih dahulu. Di samping itu, anda masih boleh membeli makanan yang telah dimasak di kedai untuk memastikan rasa dan kesegarannya. 

    Baca juga:

    3. Penuhi makanan anda dengan nutrien

    Badan anda memerlukan nutrien untuk pulih.

    Makanan segera dan makanan lain yang mengandungi lebih banyak kalori berbanding nutrien tidak akan memberi manfaat kepada badan anda.

    Anda harus pilih makanan yang segar dan berwarna-warni agar tidak melambatkan kadar penyembuhan anda sendiri selepas rawatan radioterapi.

    Jika anda masih tidak mempunyai idea untuk senarai makanan yang anda perlu pilih, berikut adalah senarai membeli-belah barang runcit anda seterusnya:

    • Buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaik-baiknya semua jenis buah dan warna
    • Susu, keju, dan yogurt tanpa lemak atau lemak rendah
    • Susu dan kacang badam
    • Biji-bijian seperti beras perang dan kuinoa
    • Makanan laut, daging tanpa lemak, dan ayam

    4. Ubah cara makan anda, bantu atasi kesan rawatan radioterapi

    Anda mungkin sudah biasa makan tiga kali sehari. Walau bagaimanapun, makanan yang lebih kecil saiznya dan lebih kerap boleh memberi kesan yang lebih baik, terutamanya jika radiasi membuat makanan sukar untuk dicerna.

    Tidak perlu menentukan waktu makan yang tetap. Makanlah sekiranya anda terasa ingin makan. 

    rawatan radioterapi

    5. Kekal hidrat, cegah kesan radioterapi

    Jika air terasa tawar untuk anda, anda boleh cuba menambah lebih banyak air ke dalam sup atau jus buah-buahan anda.

    Kesan sampingan rawatan radioterapi adalah cirit-birit. Minum banyak air akan membantu tubuh anda kekal kuat. Simpan sebotol air, atau jus buah bersama anda supaya anda boleh minum bila-bila masa yang anda mahukan.

    Tabiat pemakanan anda memainkan peranan penting dalam pemulihan anda semasa menjalani terapi radiasi.

    Mudah-mudahan tips di atas dapat membantu anda membina diet yang sihat untuk melalui radioterapi anda dengan cepat, dengan kurang kesan sampingan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan