backup og meta

AWAS! Ini 9 Faktor Risiko Kanser Ovari, Salah Satunya Tidak Datang Haid!

AWAS! Ini 9 Faktor Risiko Kanser Ovari, Salah Satunya Tidak Datang Haid!

Tahukah anda, apakah antara faktor yang boleh menjadi punca barah ovari? Salah satunya adalah tidak datang haid. Ayuh, Hello Doktor akan perjelaskan dengan lebih mendalam.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

Kanser ovari 

Individu yang ada ovari boleh mengembangkan tumor atau sista pada ovari mereka. Ia biasanya bersifat jinak, bukan barah dan akan tinggal di dalam atau pada ovari.

Dalam kes yang jarang, tumor ovari ini boleh menjadi barah. Sesetengah tumor boleh mengakibatkan simptom seperti pendarahan faraj yang abnormal atau tidak datang haid. 

Tidak datang haid punca barah?

Tidak mengalami pendarahan haid adalah keadaan apabila ia melangkau keseluruhan kitaran. Kebanyakan kitaran haid adalah antara 1 hingga 35 hari.

Perubahan haid dari bulan ke bulan biasanya tidak banyak yang berubah. Tetapi amat jarang untuk haid menjadi lewat beberapa hari atau terlebih awal. 

Bagi sesetengah wanita, kitaran haid tidak teratur dan panjangnya berbeza dari bulan ke bulan.

Jadi, adalah amat disarankan untuk anda mengetahui kitaran haid supaya dapat mengenali irama tubuh sendiri. Ia boleh dilakukan dengan menanda kalendar atau menggunakan aplikasi penjejakan haid. 

tidak datang haid

Lakukan pemeriksaan doktor sekiranya anda tidak didatangi haid setelah hampir 40 hari, terutamanya jika anda mempunyai kitaran haid normal.

Bagaimana tidak datang haid mempengaruhi risiko barah ovari?

Kebiasaannya, kedatangan haid lewat bukan sesuatu yang dipandang berat. Ini kerana kehamilan, tekanan, senaman berat, lemak badan rendah atau ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan haid tidak teratur. 

Namun, dalam kes jarang berlaku, haid yang tidak teratur ini boleh menjadi petanda serius dengan meningkatkan risiko menjadi punca barah ovari.

Terdapat kajian menunjukkan wanita dengan sejarah haid tidak teratur mempunyai 2 kali ganda risiko menghidap barah. Risiko ini meningkat seiring pertambahan usia.

Umumnya, masalah haid tidak teratur atau terlewat bukanlah gejala kanser ovari yang paling kerap berlaku.

Simptom kanser ovari

Seperti gejala tidak datang period yang dianggap keadaan normal, ramai wanita tidak mengalami simptom pada peringkat awal kanser ovari. 

Apabila gejala mula berlaku, ia biasanya ringan dan menunjukkan keadaan kesihatan lain seperti sindrom kerengsaan usus (IBS).

Lakukan pemeriksaan doktor atau pakar sakit puan jika simptom berikut berlaku lebih daripada 12 kali sebulan:

tidak datang haid

Faktor risiko 

Selain daripada tidak didatangi haid, ada beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko anda mengalami barah ovari. Dengan mengetahuinya dapat membantu anda mendapatkan rawatan awal.

Antara faktornya:

Usia 

Wanita lebih berusia cenderung menghidap barah. Dianggarkan separuh wanita dengan kanser ovari berusia 63 tahun ke atas.

Berat badan

Wanita dengan masalah kegemukan berisiko lebih tinggi menjadi punca barah ovari. Obesiti dikelaskan secara perubatan mempunyai indeks jisim badan (BMI) 25 atau lebih tinggi

Bangsa 

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan bahawa wanita berkulit putih lebih cenderung menghidap kanser ovari berbanding wanita berkulit hitam atau Latin. 

Sejarah keluarga 

Sehingga 25% kanser ovari dikaitkan dengan perubahan atau mutasi yang diwarisi pada gen tertentu.

Salah satu punca barah adalah mutasi genetik BRCA. Wanita dengan mutasi BRCA1 mempunyai risiko 35-70% seumur hidup untuk terkena kanser ini. 

Baca juga:

Tiada kawalan kelahiran

Kontraseptif oral dapat menurunkan risiko terkena kanser ovari. 

Namun ia memerlukan penggunaan untuk tempoh 3-6 bulan berturut-turut bagi mendapatkan manfaatnya.

Ubat kesuburan 

Ubat kesuburan boleh meningkatkan risiko tumor ovari.

Walaupun banyak kajian diperlukan, tetapi penyelidikan awal menunjukkan bahawa risikonya sangat tinggi bagi wanita yang tidak hamil akibat ubat kesuburan ini.

Selain itu, wanita dengan masalah kemandulan mungkin berisiko tinggi mengalami kanser ovari. 

Hormon

Selain daripada tidak datang haid, menurut American Cancer Society (ACS), terapi estrogen yang digunakan selepas menopause juga boleh meningkatkan risiko mengalami kanser ini. 

Sejarah reproduktif

Wanita dengan kehamilan penuh pertama pada usia 35 tahun dan ke atas, atau tidak pernah mempunyai anak berisiko lebih tinggi menjadi punca barah.

Manakala risikonya lebih rendah bagi wanita yang mempunyai anak sebelum berusia 26 tahun. Risiko juga menurun dengan setiap kehamilan dan penyusuan susu badan. 

Kesakitan haid

Terdapat juga kajian menunjukkan bahawa kesakitan senggugut dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser ovari epitelium. 

tidak datang haid

Pemeriksaan awal

Melakukan diagnosis awal dapat memberikan hasil lebih baik bagi mengatasi kanser ini. 

Lebih 94% wanita yang mendapatkan rawatan untuk barah ovari peringkat awal hidup lebih lama daripada 5 tahun selepas didiagnosis.

Namun hanya sekitar 20% kanser ovari dikesan pada tahap awal. Ini mungkin kerana banyak gejala kurang jelas dan spesifik, menyebabkan ia sering diabaikan atau dikaitkan dengan masalah kesihatan lain. 

Waspada akan simptom yang muncul termasuk tidak datang haid

Ramai wanita tidak menyedari simptom sehinggalah barah sudah berada di tahap kronik. Dengan memahami gejalanya membolehkan anda melakukan pengesanan awal.

Lakukan pemeriksaan jika terdapat kebimbangan mengenai sebarang risiko barah atau secara tiba-tiba tidak datang haid.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ovarian Cancer Risk Factors. https://www.cancer.org/cancer/ovarian-cancer/causes-risks-prevention/risk-factors.html, Accessed on Sept 20, 2021
  2. Babic, A., Cramer, D.W., Titus, L.J. et al. (2014). Menstrual pain and epithelial ovarian cancer risk. https://doi.org/10.1007/s10552-014-0463-6, Accessed on Sept 20, 2021
  3. Piera M. Cirillo,Erica T. Wang,Marcelle I. Cedars,Lee-may Chen,Barbara A. Cohn, (2016). Irregular menses predicts ovarian cancer: Prospective evidence from the Child Health and Development Studies. https://doi.org/10.1002/ijc.30144, Accessed on Sept 20, 2021
  4. Can Ovarian Cancer Be Found Early? https://www.cancer.org/cancer/ovarian-cancer/detection-diagnosis-staging/detection.html,Accessed on Sept 20, 2021
  5. Menstrual cycle: What’s normal, what’s not. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/womens-health/in-depth/menstrual-cycle/art-20047186,  Accessed on Sept 20, 2021
  6. Ovarian, Fallopian Tube, and Primary Peritoneal Cancer—Patient Version. https://www.cancer.gov/types/ovarian, Accessed on Sept 20, 2021
  7. What Is Ovarian Cancer? https://www.cancer.org/cancer/ovarian-cancer/about/what-is-ovarian-cancer.html, Accessed on Sept 20, 2021
  8. Irregular periods could boost ovarian cancer risk. https://www.science.org/news/2016/04/irregular-periods-could-boost-ovarian-cancer-risk, Accessed on Sept 20, 2021
  9. Ovarian cancer. https://www.jeanhailes.org.au/health-a-z/vulva-vagina-ovaries-uterus/ovarian-cancer, Accessed on Sept 20, 2021

Versi Terbaru

06/12/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Pssttt... Ini Rahsia Nak Elak Kanser Ovari! Wanita, Sila Amalkan 6 Jenis Makanan Ini

Barah Pembunuh Senyap! Kenal Pasti Tanda Awal Kanser Ovari Sebelum Terlambat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan