backup og meta

Makanan Larangan Untuk Pesakit Kanser Kolorektal, Apa Yang Harus Anda Elak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/02/2022

    Makanan Larangan Untuk Pesakit Kanser Kolorektal, Apa Yang Harus Anda Elak?

    Anda tahu apa itu diet kanser kolorektal? Jom ambil tahu dari artikel ini!

    Kanser kolorektal atau juga dikenali sebagai kanser usus atau rektum, adalah sejenis barah bahaya yang akan mempengaruhi usus besar dan rektum.

    Persatuan Kanser Amerika menganggarkan sekitar 1 daripada 21 lelaki dan 1 daripada 23 wanita di Amerika Syarikat menghidap barah kolorektal sepanjang hayatnya.

    Ini juga adalah penyebab utama kematian yang diakibatkan kanser bagi kaum wanita, dan yang ke-3 bagi kaum lelaki. Untuk kawal ia, perlu tahu diet kanser kolorektal.

    Apa itu kanser kolorektal?

    Kanser kolorektal mungkin tidak berbahaya atau bersifat barah, namun ia juga boleh menjadi malignant (bersifat agresif).

    Kanser yang bersifat malignant boleh merebak ke bahagian badan lain dan merosakkannya.

    Usus besar adalah aspek utama sistem pencernaan anda, yang akan memproses dan memberikan nutrien ke seluruh badan untuk memastikan anda kuat dan sihat.

    Oleh itu, makan dengan baik dan kekalkan diet berkhasiat adalah salah satu kaedah terbaik yang boleh anda persiapkan untuk pulih daripada rawatan kanser kolorektal.

    Apa pula faktor risikonya?

    Antara faktor risiko yang mungkin termasuklah:

    diet kanser kolorektal

    • Usia lebih tua
    • Diet yang tinggi protein, lemak tepu, dan kalori
    • Diet yang rendah serat
    • Pengambilan alkohol yang tinggi
    • Pernah menghidap barah payudara, ovari, atau rahim
    • Sejarah keluarga kanser kolorektal
    • Berat badan berlebihan dan kegemukan
    • Merokok
    • Kekurangan aktiviti fizikal

    Sebilangan besar kanser kolorektal berkembang dalam polip (adenoma) dan ia sering dijumpai di dalam dinding usus.

    Di samping itu, amalan memakan daging merah atau diproses terlampau banyak juga boleh meningkatkan risiko kanser ini.

    Menurut WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) kanser kolorektal adalah barah ke-2 paling sering berlaku dalam kalangan lelaki dan wanita, selepas kanser paru-paru.

    Perubahan usus dan diet kanser kolorektal yang harus dielak

    Sekiranya anda pernah menjalani kolostomi (prosedur menebuk lubang di bahagian perut sebagai saluran pembuangan najis), anda mungkin memerlukan beberapa bulan agar usus kembali normal.

    Sekiranya anda mempunyai kombinasi rawatan, anda mungkin mengalami perubahan berterusan pada usus.

    Oleh itu, anda perlu mengelakkan makanan tertentu. Sesetengah makanan juga mungkin boleh menyebabkan masalah perut berangin.

    Makanan-makanan yang berisiko menimbulkan angin adalah:

    diet kanser kolorektal

    Diet kanser kolorektal semasa menghidap kanser usus

    Usus besar mempunyai peranan penting dalam memastikan proses pencernaan yang betul.

    Tubuh anda tidak akan mendapat nutrien, lemak, dan protein yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik ketika melawan barah.

    Selain itu, rawatan kanser kolorektal seperti kemoterapi akan menyukarkan lagi proses pemulihan tubuh, kerana kadangkala rawatan tersebut akan menghancurkan tisu yang sihat.

    Untuk membina semula kekuatan, pakar mengatakan ada beberapa aspek utama yang perlu diberi perhatian.

    5 sehingga 6 porsi makanan kecil sehari disyorkan untuk mengelakkan rasa mual dan kembung.

    Selain itu, amat penting agar anda tidak skip makan walau sesukar mana pun anda bergelut untuk menelan, cubalah untuk makan dan minum secara perlahan-lahan.

    Anda juga boleh memilih makanan dan minuman yang bersuhu bilik atau lebih sejuk untuk membantu mengurangkan rasa mual.

    Apa yang perlu diambil bagi membantu pemulihan

    Diet kanser kolorektal bagi rawatan selepas kanser juga harus diberi tumpuan, kepada amalan pemakanan yang baik.

    Ini untuk membantu mencegah kanser dan penyakit kronik lain seperti penyakit jantung, darah tinggi, dan diabetes.

    Oleh itu, pilih makanan yang kaya dengan lemak baik, daging tanpa lemak, dan protein berasaskan tumbuhan.

    Diet kanser kolorektal seperti produk tenusu rendah lemak juga merupakan pilihan yang baik.

    Pesakit kanser ini juga disarankan terus hadkan pengambilan alkohol dan tembakau sebanyak mungkin.

    diet kanser kolorektal

    Bagi memastikan anda dapat manfaat yang terbaik daripada diet kanser kolorektal pemakanan bagi proses pemulihan, ini yang perlu anda ambil:

    • Isi pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sayuran berdaun hijau gelap, mangga, beri, dan tembikai (seperti cantaloupe), adalah pilihan yang sihat dan baik untuk dijadikan makanan ringan
    • Minum air dan kekal hidrat. Ini dapat membantu pencernaan dan meredakan kesan sampingan seperti sembelit dan keletihan
    • Hadkan pengambilan kafein dan alkohol. Ini juga dapat membantu meningkatkan tenaga dan mengelakkan agar ubat bercampur dengan kafein dan alkohol
    • Cuba makanan tenusu diproses minimum yang kaya dengan kalsium dan vitamin D, seperti yogurt Greek. Probiotik dalam makanan ini dapat membantu pencernaan
    • Amalkan bijirin penuh quinoa, dan beras perang yang menyediakan serat, vitamin dan mineral penting seperti zat besi, magnesium dan folat

    #OpenYourMind #CelikKanser

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan