backup og meta

Ramai Belum Sedar Tentang Bahaya Kanser Paru-Paru, Itu Sebab Gaya Hidup Merokok Masih TINGGI!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/05/2021

    Ramai Belum Sedar Tentang Bahaya Kanser Paru-Paru, Itu Sebab Gaya Hidup Merokok Masih TINGGI!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Paru-Paru, sila dapatkannya di sini.

    Kanser paru-paru adalah merupakan kanser ke-3 paling kerap berlaku di Malaysia. Pada tahun 2012 sahaja, 4403 kes telah dilaporkan, menurut Kanser Registri Kebangsaan. Ini tentunya memberikan beban yang besar ke atas negara.

    Apa yang membuatkan kanser paru-paru perlu lebih diberi perhatian adalah, ia dikesan lambat dalam kebanyakan kes iaitu sekitar 90 peratus daripada dikesan pada tahap 3 dan 4 dengan kelangsungan hidup 5 tahun selepas diagnosis hanya 10 hingga 15 peratus bagi tahap 3 dan 2 peratus bagi tahap 4.

    Paru paru rosak – 22.8 peratus rakyat Malaysia merokok

    tanda-tanda kanser paru-paru

    Pada tahun 2016, sebanyak 5 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas atau bersamaan 22.8 peratus menghisap rokok. 23.7 bilion batang rokok telah dihisap setiap tahun.

    Ini menjadikan rakyat Malaysia negara nombor 7 di Asia paling kuat merokok bagi lelaki iaitu sebanyak 43 peratus.

    Meskipun tekanan ekonomi melanda rakyat setiap hari, rokok masih lagi menjadi senarai barang untuk dibeli setiap bulan, atau mungkin setiap hari. Merokok adalah faktor risiko utama kepada kanser paru-paru. 80 peratus daripada pesakit adalah perokok.

    Adakah rakyat Malaysia miskin maklumat tentang kanser paru-paru?

    Menurut Dr Murallitharan Munisamy, Pengarah Perubatan Institut Kanser Negara, ramai rakyat Malaysia faham dan sedar tentang kanser paru-paru, risikonya dan keperluan untuk mencegahnya.

    Namun, mereka tiada kesedaran dan keinginan yang cukup untuk melakukan perubahan. Meskipun banyak kempen anti-merokok telah dijalankan sama ada oleh pihak berkuasa atau badan-badan bukan kerajaan, tiada banyak perubahan yang boleh dilihat. Bilangan kes dan kematian terus meningkat.

    Di manakah kurangnya?

    Informasi semata-mata tidak cukup untuk menimbulkan kesedaran. Mungkin ramai yang tahu tentang bahaya kanser paru-paru, tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukan seterusnya.

    Contohnya, apabila seseorang mahu berhenti merokok, di manakah mereka harus mendapatkan bantuan? Bagaimana ingin menjalani ujian saringan untuk kanser paru-paru?

    Semua itu mungkin ada tetapi kurang diketengahkan sehingga masyarakat keliru dan tertanya-tanya. Akhirnya, mereka tidak ambil peduli.

    Di samping itu, masyarakat juga memerlukan motivasi dan sistem sokongan. Sesetengah pesakit yang disahkan menghidap kanser paru-paru hilang motivasi dan harapan untuk meneruskan hidup kerana peratus kelangsungan hidup yang rendah. Mereka lalu tidak meneruskan rawatan kerana menyangka bahawa ia adalah sia-sia.

    Sedangkan, teknologi perubatan moden kini telah menemui banyak pilihan rawatan dan boleh memberikan kelangsungan hidup sehingga 8 tahun selepas diagnosis kanser paru-paru tahap 4.

    Masih ramai yang memilih rawatan pesudosains

    Sekitar 20 peratus daripada pesakit kanser paru-paru memilih rawatan yang tidak berasaskan kajian atau disebut sebagai pesudosains.

    Antara contohnya adalah terapi stem cell (sel punca) dan phytotherapy. Terapi ini mungkin berkesan bagi sesetengah penyakit tetapi ia tidak terpakai untuk semua penyakit. Bahkan harganya kadangkala melebihi rawatan hospital.

    Rawatan stem cell untuk kanser paru-paru tidak berasaskan kajian saintifik

    Selepas berbulan-bulan menjalani rawatan tersebut tanpa hasil yang memberansangkan, baru mereka akan ke hospital sedangkan tahap kanser mereka sudah semakin lanjut pada ketika itu.

    Kesedaran kanser paru-paru atau paru paru rosak harus dipupuk 

    Semua pihak termasuk pihak berkuasa, badan-badan bukan kerajaan serta media harus bekerjasama dalam menjayakan kempen ini. Program turun padang bertemu dengan masyarakat harus diperbanyakkan. Ruang untuk bertanya dan berkongsi masalah perlu diperluaskan.

    Tidak lupa juga aspek yang sangat penting iaitu harapan untuk hidup lebih lama selepas disahkan menghidap kanser paru-paru. Teknologi perubatan di Malaysia sudah berkembang pesat dan banyak pilihan rawatan yang tersedia di hospital yang memberikan hasil yang lebih baik.

    Maklumat paru paru rosak ini harus disebarluaskan agar masyarakat menemui harapan dan pilihan yang boleh dibuat bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan