backup og meta

Jika Didiagnosis Dengan Kanser Usus Tahap 3, Ini 12 Tanda Yang Mungkin Anda Alami

Jika Didiagnosis Dengan Kanser Usus Tahap 3, Ini 12 Tanda Yang Mungkin Anda Alami

Jika anda didiagnosis dengan kanser usus, pasti anda tertanya-tanya, apakah tanda kanser usus tahap 3 yang mungkin akan anda alami nanti.

Berbeza dengan peringkat awal kanser (tahap 1 dan 2), mereka yang mengalami kanser tahap 3 telah menunjukkan simptom kesan daripada saiz kanser yang semakin membesar dan perubahan patologi yang semakin agresif.

Pada peringkat ini, protokol rawatan turut berubah dan anda mungkin perlu menjalani rawatan yang lebih agresif untuk membasmi sel kanser.

Artikel ini akan memfokuskan kepada perubahan, tanda dan rawatan bagi kanser usus tahap 3.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.

Bagaimana pengelasan kanser usus dibuat?

Seperti masalah kanser lain, pengelasan bagi kanser kolon turut dibuat berdasarkan klasifikasi TNM yang lazim digunakan di seluruh dunia.

  • T merujuk kepada saiz tumor –  Sebesar mana ketumbuhan kanser telah membesar dan adakah sel kanser telah merebak ke organ berdekatan
  • N merujuk kepada kelenjar limfa – Sama ada sel kanser telah tersebar ke kelenjar limfa berdekatan dengan lokasi kanser
  • M merujuk kepada metastasis – Sama ada sel kanser telah merebak ke organ jauh di seluruh badan seperti peparu dan hati

Terdapat juga jenis pengelasan lain yang sering digunakan oleh pakar untuk mengelaskan kanser, namun sistem TNM kebiasaannya digunakan untuk menjelaskan perihal tahap kanser kepada pesakit.

Perubahan patologi yang berlaku bagi penghidap kanser usus tahap 3

kanser usus tahap 3

Sama seperti kanser usus tahap 2, kanser usus tahap 3 turut dikelaskan kepada 3 pengelasan kecil iaitu tahap 3A, 3B dan 3C.

Setiap satu daripadanya mempunyai ciri-ciri patologi yang unik. Apabila diagnosis anda berubah daripada satu kelas kecil kepada kelas kecil yang lain, ia menandakan masalah kanser anda sudah menjadi semakin serius.

  • Tahap 3A – Sel kanser sudah mula mempengaruhi integriti kelenjar limfa dan organ yang terletak berdekatan dengan lokasi kanser. Walau bagaimanapun, ia masih belum tersebar ke kelenjar limfa atau organ yang terletak berjauhan daripada lokasi kanser. Ini bermakna, peringkat ini belum melibatkan proses metastasis
  • Tahap 3B – Ketumbuhan telah melepasi lapisan luar usus besar dan lapisan membran visceral yang melindungi organ usus. Sel kanser turut boleh dijumpai pada 1 hingga 3 kelenjar limfa. Boleh jadi juga ketumbuhan mereka yang didiagnosis dengan masalah ini tidak melepasi lapisan luar usus besar namun ia boleh dijumpai pada 4 atau lebih kelenjar limfa
  • Tahap 3C – Ketumbuhan telah menjalar melepasi lapisan luar organ dan menembusi lapisan membran visceral yang melindungi organ usus. Dalam masa yang sama, jumlah kelenjar limfa yang terkesan daripada perubahan kanser ini adalah 4 atau lebih

Tanda kanser bagi penghidap kanser kolorektal tahap 3

Dalam istilah perubatan, mereka yang menghidap kanser kolorektal tahap 3 sudahpun dianggap berada di dalam peringkat lewat kanser.

Pada ketika ini, pesakit akan menunjukkan simptom berdasarkan kepada tahap yang dialami dan jika ada sebarang organ berdekatan yang turut terkesan daripada perubahan patologi kanser.

Antara tanda kanser yang lazim dialami pada peringkat lewat adalah:

  1. Kelesuan yang berlebihan. 
  2. Lemah badan tanpa punca yang jelas. 
  3. Hilang berat badan tanpa mencuba. 
  4. Perubahan najis yang berlaku melebihi sebulan. 
  5. Rasa seperti perut tidak kosong sepenuhnya selepas buang air besar. 
  6. Loya dan muntah. 

tanda kanser

Sekiranya masalah ini tidak dirawat dan perubahan kanser usus terus berlaku, ia boleh menyebabkan komplikasi sistemik sehingga muncul simptom seperti:

  1. Jaundis. 
  2. Tangan dan kaki bengkak. 
  3. Kesukaran bernafas. 
  4. Sakit kepala kronik. 
  5. Penglihatan kabur. 
  6. Tulang mudah retak. 

Rawatan pada peringkat ini lebih tertumpu kepada pembedahan bagi membuang ketumbuhan dan kelenjar limfa yang terkesan daripada perubahan patologi kanser tersebut.

Pesakit juga mungkin perlu mendapatkan rawatan terapi kemo dan terapi radio sebelum atau selepas pembedahan.

Konklusi

Kanser usus tahap 3 merupakan kanser peringkat lewat yang boleh mengancam nyawa sekiranya ia masih lagi tidak dikesan atau dirawat dengan protokol rawatan yang sepatutnya.

Kanser usus adalah antara kanser terlazim didiagnosis dalam kalangan pesakit di seluruh dunia.

Jika anda mengalami sebarang simptom kanser, pastikan anda membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Colorectal Cancer Stages. (https://www.cancer.org/cancer/colon-rectal-cancer/detection-diagnosis-staging/staged.html). Diakses pada 18 Februari 2021.
  2. Screening for Colorectal Cancer in Asymptomatic Average-Risk Adults: A Guidance Statement From the American College of Physicians. (https://www.acpjournals.org/doi/10.7326/M19-0642). Diakses pada 18 Februari 2021.
  3. Early stage colon cancer. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3870492/). Diakses pada 18 Februari 2021.
  4. Colon cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/colon-cancer/symptoms-causes/syc-20353669. Accessed 18 February 2021.
  5. What is colorectal cancer. https://www.cdc.gov/cancer/colorectal/basic_info/what-is-colorectal-cancer.htm. Accessed 18 February 2021.

 

Versi Terbaru

22/09/2021

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tabiat Minum Kopi Boleh Turunkan Risiko Kanser Kolorektal, Tapi Berapa Limit Sehari?

Lakukan Ujian Najis Untuk Kesan Kanser Kolorektal, Adakah Benar-benar Berkesan?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 22/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan