backup og meta

Jangan Abaikan Kalau Bibir Selalu Kering Dan Pecah, Ia Mungkin Tanda Cheilitis!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/02/2024

    Jangan Abaikan Kalau Bibir Selalu Kering Dan Pecah, Ia Mungkin Tanda Cheilitis!

    Alangkah tidak selesa apabila bibir pecah dan kering kerana itu bukan sahaja menyakitkan malah mencacatkan penampilan diri anda. Persoalannya, apakah punca ini berlaku dan adakah ia petanda penyakit yang jauh lebih berbahaya? Bibir kering walaupun minum air banyak?

    Jom baca artikel untuk tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

    Apa punca bibir pecah dan kering?

    Sebelum pergi dengan lebih dalam, anda perlu tahu bahawa bibir memiliki lapisan kulit yang nipis serta lutsinar yang bernama stratum korneum dan di dalamnya pula ada banyak salur darah.

    Untuk pengetahuan anda semua, kelembapan pada bibir itu boleh berkurang akibat faktor berikut:

    bibir pecah
    Bibir yang merekah boleh sebabkan rasa pedih.

    Dalam usaha untuk elak masalah ini berlaku pada bibir anda, maka cegah diri daripada melakukan faktor-faktor risiko di atas selain mendapatkan informasi serta nasihat lebih lanjut daripada doktor.

    Apa kesan bibir kering dan pecah?

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di awal artikel, kondisi ini bukan sahaja akan menyakitkan malah mencacatkan penampilan diri anda. Ini kerana bibir anda akan tampak amat tidak bermaya dengan kelupas, kerak, luka dan kuping yang wujud.

    Dalam pada itu, kekeringan pada bibir boleh jadi punca ulser bukan sahaja pada bibir malah juga dalam mulut anda. Jika tidak dirawat dengan cepat, ia akan menjejaskan kehidupan seharian individu.

    Kewujudan ulser atau mata ikan ini akan mengakibatkan individu rasa tidak selesa untuk bercakap serta makan dan minum. Lama-kelamaan, risiko untuk dehidrasi serta malnutrisi lebih tinggi.

    Ada satu lagi kebimbangan di mana bibir pecah dan kering itu adalah indikator keadaan kesihatan yang lebih bahaya iaitu Cheilitis. Persoalannya, apa definisi, punca dan simptom kondisi yang dimaksudkan ini?

    Ia mungkin petanda Cheilitis?

    bibir pecah
    Lihat jika bibir anda merekah atau kering.

    Angular Cheilitis atau nama pendeknya Cheilitis adalah kondisi radang pada bahagian tepi hujung bibir di mana bibir atas dan bibir bawah bertemu. Ia boleh terjadi pada 1 atau 2 sisi bibir serentak.

    Keradangan ini biasa berlaku apabila air liur yang terkeluar dan terperangkap di bahagian bibir kering dan pecah itu mula mengering. Kesannya, ia akan membawa kulat hadir sekali gus merebak dan membiak di situ.

    Selain daripada infeksi kulat, faktor risiko Cheilitis yang lain termasuk terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, penyalahgunaan produk, alahan, makanan, ubatan serta kondisi yang tertentu.

    Apabila kondisi ini berlaku, bibir kering dan pecah anda mungkin akan menunjukkan simptom seperti yang berikut:

  • Pengelupasan
  • Pendarahan
  • Kekeringan
  • Kemerahan
  • Kegatalan
  • Kebengkakan
  • Ulser
  • Nanah
  • Dalam kes yang lebih kronik, bahagian tepi hujung bibir anda yang terjejas akan meradang dengan sangat teruk sekali gus membentuk imej seakan bibir dalam pecah yang jauh lebih lebar berbanding asal.

    Kebiasaannya, doktor akan memberi ubatan dan rawatan bagi melawan infeksi kulat. Dalam masa yang sama juga, sila elak daripada faktor-faktor risiko di atas supaya tidak bertambah teruk.

    Bagaimana cegah bibir pecah dan kering?

    Sekiranya benar bahawa ia adalah akibat kondisi Cheilitis, maka sila jumpa doktor untuk diagnosis dan jika tidak, anda hanya perlu fokus pada cara untuk mengembalikan kelembapan pada bibir.

    Ini kerana dehidrasi dan malnutrisi adalah dua faktor utama bibir pecah dan kering. Oleh itu, sila pastikan anda minum air kosong lebih banyak di samping mengamalkan diet seimbang.

    Penggunaan lip balm

    bibir pecah
    Elakkan lip balm dengan kandungan seperti ini.

    Buat anda yang mungkin belum tahu, sudah ada satu produk yang amat sesuai buat individu yang sering kali mengalami masalah bibir pecah dan kering yakni balsam bibir atau lip balm!

    Produk ini sangat penting terutama ketika di luar rumah pada waktu siang atau sedang tidur pada waktu malam. Namun, pastikan juga produk yang anda pilih itu sesuai dengan kondisi bibir.

    Tip untuk anda!

    Elak daripada gunakan balsam bibir kering dan pecah yang mengandungi bahan-bahan seperti pewarna, pewangi, pudina, menthol, camphor dan lain-lain yang cuma akan membuatkan bibir lebih teruk.

    Konklusinya, memang benar ia mungkin petanda penyakit di atas itu tadi atau sekadar kekeringan yang biasa sahaja. Untuk lebih pasti, dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan