backup og meta

Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Usah Panik, Rawat Guna 10 Cara Ini

Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Usah Panik, Rawat Guna 10 Cara Ini

Ketika sedang memasak di dapur, anda telah tercelup tangan dalam air mendidih tanpa sengaja. Kini, kulit terkena air panas dan anda meronta kesakitan. Jika ini yang anda alami, jangan bimbang! Ikuti cara merawat kulit melecur seperti di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pertolongan Cemas, sila dapatkannya di sini.

Ketahui keadaan kulit terkena air panas atau melecur

Luka terbakar yang disebabkan oleh sesuatu yang basah seperti wap atau air panas disebut sebagai melecur.

Melecur atau kulit terkena air panas boleh menyebabkan kesakitan dan kerosakan pada kulit akibat daripada kepanasan lembap atau wap air.

Jenis luka melecur seperti ini sangatlah berbahaya kerana ia boleh merosakkan tisu dan sel yang terjejas.

Tahap kebakaran pada kulit apabila terkena air panas atau melecur

kulit terkena air panas
Berhati-hati sewaktu mengendalikan cerek air.

Terdapat empat tahap luka terbakar atau tangan melecur terkena air panas:

  • Luka terbakar epidermis ringan. Tangan melecur terkena air panas ini menjejaskan lapisan luar kulit. Kulit anda mungkin akan mengalami sedikit kemerahan, bengkak, dan juga kesakitan
  • Luka terbakar dermis ringan. Kesan melecur ini mencapai lapisan kedua kulit anda, lalu menjejaskan hujung saraf, saluran darah serta folikel rerambut pada kulit. Kulit anda mungkin berwarna merah jambu pucat, serta anda akan mengalami kesakitan dan luka melecur yang ringan
  • Luka terbakar kulit dalam. Ia sama dengan luka terbakar dermis ringan, dua lapisan kulit teratas akan terjejas. Luka terbakar pada kulit anda boleh menjadi sama ada sangat menyakitkan atau tidak menyakitkan langsung. Kulit anda akan menjadi merah, dengan atau tanpa kelembapan. Kulit anda juga mungkin mengalami bengkak dan melecet
  • Luka terbakar keseluruhan. Tangan melecur terkena air panas ini adalah yang paling serius, yang mempengaruhi ketiga-tiga lapisan kulit anda. Luka terbakar ini boleh dikategorikan sebagai luka terbakar tahap ketiga, dan memerlukan rawatan perubatan segera. Anda mungkin mengalami perubahan tekstur kulit daripada kulit yang licin menjadi kulit berlilin. Kulit anda akan terbakar, dan luka tersebut boleh menghitamkan tisu kulit anda

Ini cara merawat tangan terkena air panas yang patut anda buat

kulit terkena air panas
Petua yang boleh diamalkan jika kulit melecur.

Jika kulit terkena air panas itu tidak begitu teruk atau dalam keadaan luka terbakar yang ringan, anda masih boleh merawatnya di rumah. Ikuti cara cepat sembuhkan luka melecur di bawah ini:

  1. Jauhkan diri anda daripada sumber haba untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
  2. Lalukan kawasan kulit yang melecur pada air mengalir yang sejuk untuk menyejukkan kawasan tersebut. Lakukan ini sekurang-kurangnya selama 20 minit. Jangan gunakan ais, air berais, atau bahan berminyak. Pastikan tubuh badan anda kekal hangat semasa proses ini dilakukan untuk mengekalkan suhu badan yang sesuai.
  3. Sekiranya luka terbakar itu melibatkan sebahagian besar tubuh badan, jangan rendamkan diri anda dalam air sejuk. Ini boleh menyebabkan anda kehilangan kehangatan tubuh badan dan seterusnya memburukkan lagi kecederaan tersebut.
  4. Tanggalkan barang kemas atau pakaian yang berdekatan dengan kawasan yang terjejas. Ini untuk merendahkan suhu pada kulit tersebut dan memberikan ruang kepada kulit untuk membengkak. Sekiranya pakaian atau barang kemas itu melekat pada kawasan kulit yang melecur, jangan terus menanggalkannya. Ini boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah pada kulit.
kulit terkena air panas
Kain kasa biasa digunakan untuk membalut luka melecur.

Selain itu, jangan lupa:

  1. Tutup luka melecet dengan pembalut lembap atau kain bersih. 
  2. Sekiranya boleh, tinggikan kawasan yang terbakar lebih daripada paras jantung.
  3. Jangan pecahkan sebarang gelembung pada kulit yang melecet.
  4. Makan ubat penahan sakit seperti paracetamol untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.
  5. Jika luka terbakar tersebut berlaku pada muka atau mata, banyakkan duduk daripada berbaring. Ini untuk mengurangkan pembengkakan yang berlaku.
  6. Sekiranya luka terbakar tersebut melibatkan cecair berbahaya seperti asid atau bahan kimia, segera dapatkan bantuan daripada pihak bomba. Di samping itu, jauhkan diri anda daripada cecair berbahaya dan cuci kawasan kulit yang terjejas dengan menggunakan air bersih yang banyak.

Tidak semua jenis keadaan kulit boleh dirawat di rumah


Namun, anda mesti ingat, cara merawat kulit melecur ini hanya sesuai jika luka kulit terkena air panas itu tidak begitu serius.

Jika luka melecur akibat kulit terkena air panas itu agak serius, segera dapatkan bantuan kecemasan di hospital atau menelefon ambulans.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Burns and scalds. https://www.nhs.uk/conditions/burns-and-scalds/. Accessed Nov 16, 2021.
  2. Burns and scalds. https://www.healthdirect.gov.au/burns-and-scalds. Accessed Nov 16, 2021.
  3. Burns: First aid. https://www.mayoclinic.org/first-aid/first-aid-burns/basics/art-20056649. Accessed Nov 16, 2021.
  4. Hot Water Burn. https://www.fairview.org/Patient-Education/Articles/English/b/u/r/n/_/Burn_Hot_Water_115819en. Accessed Nov 16, 2021.
  5. Burns and scalds – children. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/burns-and-scalds-children. Accessed Nov 16, 2021.

Versi Terbaru

03/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kesan Gigitan Lipan Boleh Bawa Maut? Ini 7 Langkah Penting Untuk Rawat Di Rumah!

Cuaca Panas Terik Buat Anda Kerap Nak Mandi, Tapi Yang Mana Bagus, Mandi Air Panas @ Sejuk?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan