Lipan, serangga yang nampak sangat menggelikan lagi mengerikan. Ditambah pula dengan kesan gigitan lipan yang dipercayai boleh bawa maut, ia tidak boleh dibiarkan dan mesti dirawat dengan kadar segera untuk elak perkara buruk berlaku. Bagaimana?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Lipan, antara arthropod yang berbahaya?
Lipan atau kelabang adalah antara haiwan dari keluarga arthropod yang berbahaya serupa seperti labah-labah dan kala jengking. Gigitannya dipercayai boleh bawa banyak implikasi buruk.
Sebenarnya, ia bukan merupakan haiwan yang agresif dan gemar menyerang manusia namun jika rasa terancam, lipan mungkin akan menggigit dan merembes racunnya kepada individu.
Kebiasaannya, haiwan dengan bilangan kaki banyak dan ukuran 3 ke 20 sentimeter (cm) ini akan tinggal di tempat yang gelap serta lembap seperti di dapur, tandas, stor, saluran air atau halaman rumah namun masih boleh kekal hidup di lokasi lain.
Seperti mana yang diuar-uarkan, kesan gigitan lipan bakal mendatangkan rasa sakit teruk selain mengakibatkan pelbagai implikasi buruk terhadap kesihatan individu termasuk kematian.
“Racun milik haiwan kelabang ini mampu melumpuhkan lantas menewaskan mangsa yang 15 kali ganda lebih besar daripada saiz mereka termasuk juga manusia,” jelas Pakar Bisa dan Toksin, Shilong Yang.
Apa kesan gigitan lipan kepada manusia?
Untuk pengetahuan anda semua, ada satu hipotesis yang boleh menggambarkan situasi ini iaitu; semakin besar saiz ukuran kelabang, semakin teruk kesan gigitan itu dan ia memang benar.
Kesan gigitan haiwan berbisa itu terbahagi kepada dua yakni ringan dan teruk. Ikuti penjelasan di bawah:
Akibat gigitan lipan yang ringan
- Rasa sakit di kawasan gigitan
- Kulit rasa gatal
- Kulit jadi merah
- Kulit jadi bengkak
- Timbul ruam teruk
- Pendarahan yang boleh dihentikan
Kesakitan akibat kesan gigitan lipan ini dipercayai hampir sama dengan sengatan lebah. Gejala di atas tadi akan berlanjutan selama beberapa jam atau hari yang boleh sembuh secara sendiri.
Kesan gigitan lipan yang teruk
- Demam teruk
- Peluh sejuk
- Mual-mual
- Muntah-muntah
- Degupan jantung laju
- Anafilaksis
Dalam kes akibat gigitan lipan ini yang paling teruk, maut mungkin menanti. Disebabkan itu, jangan biarkan dan segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan serta ubatan yang penting.
Bagaimana cara merawat gigitan anak lipan di rumah?
Bayangkan situasi di mana anda terkena gigitan anak lipan ketika keseorangan di rumah dan tiada siapa yang boleh bantu. Tenang, anda masih boleh cuba rawat ia secara sendiri dengan langkah betul.
Cuma, anda juga perlu tahu bahawa langkah berikut ini hanya boleh dibuat untuk meredakan gejala dan menyembuhkan luka sahaja. Perhatian klinikal daripada doktor masih perlu jika ia kronik.
Sekiranya tiada siapa membantu, berikut adalah cara menghilangkan bengkak gigitan lipan yang anda boleh cuba:
- Bersihkan luka gigitan lipan dengan air yang mengalir dan sabun untuk menghindar risiko infeksi di kawasan terbabit
- Rendamkan luka gigitan kelabang di dalam air hangat untuk mengeluarkan sisa racun
- Kompreskan luka gigitan kelabang dengan air batu untuk mengurangkan rasa sakit
- Sapu ubat tahan gatal dan bengkak yang mengandungi hidrokortison
- Ambil ubat tahan sakit yang biasa seperti paracetamol atau ibuprofen
- Jika timbul reaksi alergi yang berterusan, ubat antihistamin atau epinefrin mungkin perlu
- Dapatkan perhatian klinikal daripada doktor jika ia masih tidak sembuh
Bagaimana cara menghilangkan bengkak gigitan lipan di klinik?
Meskipun kami kata anda boleh rawat kesan gigitan lipan ini di rumah secara sendiri, namun wujud juga risiko di mana ia tidak berjaya. Selain salah cara, individu juga mungkin tidak tahu jika kelabang yang menggigit punya bisa dan toksin yang amat berbahaya.
Jadi, ikhtiar yang paling bijak dan tepat untuk dibuat adalah dengan dibawa ke doktor. Sekiranya anda sempat, cuba rakam gambar atau bawa bangkai lipan yang menggigit anda itu sekali.
Selepas mengenalpasti spesies dan jenis bisa atau toksin yang dimiliki haiwan itu, maka doktor akan dapat menentukan apa jenis rawatan, ubatan atau antidot terbaik buat mangsa gigitan.
Ikhtiar ini adalah sangat penting bagi mengelakkan individu daripada terkena reaksi alergi serius seperti anafilaksis yang mungkin boleh bawa maut apabila dibiarkan atau komplikasi lain.
Kesimpulan
[embed-health-tool-bmi]