backup og meta

5 Tip Penting Ketika Buang Air Di Tandas Awam, Barulah Tak Geli Nak 'Melabur'!

5 Tip Penting Ketika Buang Air Di Tandas Awam, Barulah Tak Geli Nak 'Melabur'!

Kita semua pasti pernah ‘tersangkut’ di dalam situasi terpaksa membuang air di tandas awam tetapi terbantut ekoran jijik. Bukan anda sahaja yang fikir begitu kerana majoriti mangkuk tandas atau jamban di tempat awam memang kotor, kuning dan berbau!

Sekiranya anda masih berada di dalam situasi sama di masa depan, ada beberapa tip yang penting jika terpaksa pergi ke tandas awam.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Kenapa tandas awam banyak tidak bersih?

Tandas adalah tempat di mana individu melepaskan hajat atau lebih tepat lagi, mengeluarkan najis dari tubuh badan dan kita semua mungkin mengunjungi tempat ini lebih daripada sekali sehari.

Seperti mana yang kita semua tahu, tandas juga penuh dengan mikrob termasuk bakteria dan virus terutama di kawasan sekitar jamban anda kerana ia sangat sesuai dijadikan sebagai habitat.

Apa yang lebih menakutkan adalah mikrob itu sangat mudah tersebar dan terjangkit pada manusia sekali gus menjejaskan bukan sahaja aspek kebersihan malah kesihatan diri masing-masing.

Baca lagi artikel berkaitan:

Jika jamban di rumah anda itu sendiri sudah kotor, kuning dan berbau, bagaimana pula keadaan di tandas awam? Ia mungkin berlipat kali ganda lebih teruk berbanding tandas di kediaman anda.

Alasannya, tandas awam itu adalah hak milik semua orang lantas tentu sahaja akan digunakan oleh ramai individu. Tanpa tertib dan cara penggunaan yang betul, ia akan menjadi tidak selamat.

mangkuk tandas

Akibatnya, ramai orang yang cenderung mengelak lalu menahan daripada ‘membuang’ di tempat awam.

Bagaimana jika anda terpaksa untuk guna?

Walaupun anda sudah cuba mengelak daripada membuang air di tempat awam, mungkin akan ada situasi di mana ia terpaksa dibuat kerana cuma ada satu tandas berdekatan ketika anda tidak lagi mampu menahan untuk membuang air.

Tenang, anda masih boleh menjaga kebersihan dan kesihatan di tandas awam dengan cara berikut:

#1. Elakkan tandas duduk dan cari jamban cangkung

Pertama dan paling penting, tolong cuba untuk elakkan mangkuk tandas jenis duduk dan cari yang jenis cangkung. Kenapa? Ini kerana ia mungkin menyelamatkan anda daripada anasir bahaya!

Untuk pengetahuan anda semua, mangkuk jamban wujud jutaan jenis mikrob termasuk yang akan memicu jangkitan kelamin seperti herpes, sifilis dan trikomoniasis akibat sentuhan kulit.

Dalam usaha untuk mengelakkan sentuhan kulit dan mangkuk jamban secara langsung, anda turut boleh menggunakan jamban jenis cangkung yang sudah tentu jauh lebih bersih dan selamat.

mangkuk tandas

#2. Curahkan air untuk cuci mangkuk tandas

Sekiranya terpaksa menggunakan jamban jenis duduk, jangan terus panik dan segera cari sumber air bersih sama ada daripada bidet atau baldi. Kemudian, curahkan sahaja air tersebut ke mangkuk jamban untuk menyingkirkan segala anasir kurang menyenangkan.

#3. Gunakan tisu untuk lap mangkuk tandas

Buat anda yang tidak suka rasa basah atau lembap pada paha ketika duduk di mangkuk jamban, ia boleh diselesaikan dengan cara mengelap kawasan yang basah itu dengan tisu. Namun, jangan pula buang tisu itu terus ke dalam jamban kerana ada risiko ia tersumbat.

#4. Lapikkan mangkuk tandas dengan sesuatu

Anda tidak mahu langsung sentuh bidet, baldi, gayung atau tisu di tandas awam kerana risau kalau ia akan mengotorkan tangan dan jari? Maka, lapikkan mangkuk jamban itu dengan sesuatu.

Sesuatu yang dimaksudkan mungkin termasuk tisu, kain, tuala atau apa-apa sahaja objek terutama diperbuat daripada fabrik asalkan ia mampu menyerap air serta mencegah anasir tidak baik.

mangkuk tandas

#5. Jangan sesekali cuba buat benda berbahaya

Ada juga individu yang gemar melakukan perkara bahaya di dalam tandas awam, contohnya mencangkung di atas mangkuk tandas kerana ingin mengelak daripada duduk di situ.

Sebenarnya, perbuatan ini tentu sahaja boleh dikategorikan sebagai kerja ‘gila’ atau ‘bodoh’ kerana ia boleh menyebabkan anda tergelincir malah tercedera akibat kemalangan yang bakal terjadi.

Ataupun, turut wujud individu tidak kira lelaki atau wanita yang gemar membuang air kecil berdiri dan itu mungkin masih normal jika dibandingkan dengan berdiri semasa membuang air besar.

#6. Tahan, buang air di rumah lebih selesa!

Akhir sekali, anda mungkin hanya perlu menahan daripada membuang air ketika berada di luar rumah dan menyelesaikan urusan peribadi di tandas rumah sendiri yang sudah tentu jauh lebih selesa.

Namun, ia amat tidak disarankan oleh pakar kerana ia akan merosakkan sistem perkumuhan anda!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Safety of Public Toilets, https://www.neha.org/safety-public-toilets, Accessed Sep 12 2022.
  2. What you should know about public restrooms, https://www.osfhealthcare.org/blog/what-you-should-know-about-public-restrooms/, Accessed Sep 12 2022.
  3. Public Health Guidance For Use Of Public
    Washrooms, https://www.simcoemuskokahealth.org/docs/default-source/COVID-/public-washrooms-guidance-document_aoda-web.pdf?sfvrsn, Accessed Sep 12 2022.
  4. It Is Possible for a Person to Get a Sexually Transmitted Infection from a Public Toilet Seat, https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=157008, Accessed Sep 12 2022.
  5. The role of the public toilet: Pathogen transmitter or health facilitator?, https://www.researchgate.net/publication/245382911_The_role_of_the_public_toilet_Pathogen_transmitter_or_health_facilitator, Accessed Sep 12 2022.

Versi Terbaru

12/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Tahukah Anda Sesuatu yang Jauh Lebih Kotor Berbanding Tempat Duduk Tandas?

Ada Orang Yang Tak Selera Nak Buang Air Bila Di Tandas Awam! Kenapa?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan