Pernahkah anda terdengar cerita di mana kenalan anda menceritakan pengalamannya kencing dalam kolam renang? Atau anda sendiri melakukannya? Jika ya, anda perlu berhenti melakukannya!
Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang buruk, malahan ia juga sebenarnya boleh mendatangkan banyak kemudaratan kepada kondisi kesihatan anda. Masih mahu melakukannya?
Kencing dalam kolam renang, perbuatan yang tidak beretika
Ya, membuang air kecil dalam kolam renang sudah pasti adalah satu perkara yang tidak senonoh. Bayangkan, dalam satu kolam renang itu mesti ramai yang turut serta untuk berenang bukan?
Jadi, adakah anda mahu air kencing anda itu mencemarkan satu kolam renang dan terkena pada badan orang lain semata-mata hanya kerana anda malas keluar untuk ke tandas sebentar?
Jika anda berpendapat bahawa perbuatan ini tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada anda dan orang lain, anda salah. Ia bukan sahaja tidak beretika, malahan juga berbahaya!
Tidak percaya? Lihat sahaja di sekeliling kolam renang tersebut. Kebiasaannya, pihak pengurusan akan meletakkan papan tanda ‘JANGAN KENCING DALAM KOLAM RENANG’.
Jika kolam renang yang anda kunjungi itu tidak memiliki papan tanda ini, ia tidak bermakna anda boleh melepaskan air kumbahan anda itu sesuka hati ya? Fikirkan juga tentang orang lain yang datang dengan ahli keluarga mereka untuk berekreasi di situ.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
Dalam erti kata yang lain, sila betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Kencing dalam kolam renang ternyata adalah perbuatan yang salah.
Hakikatnya, memang ramai yang melakukan perbuatan ini. Bukan sahaja orang biasa, golongan profesional juga tidak terkecuali.
Semasa Olimpik Musim Panas 2012 di London, beberapa atlet renang dunia mengesahkan bahawa mereka juga pernah melakukan perbuatan yang tidak beretika ini!
Akan tetapi, mereka turut menegaskan ia adalah sesuatu yang tidak wajar dicontohi. Ini kerana ia mungkin akan menjejaskan tahap kesihatan anda secara tidak sedar.
Berbalik kepada persoalan utama artikel, apa sebab kita perlu mengelak daripada perbuatan tidak senonoh ini?
Kenapa tidak boleh kencing masa mandi dalam kolam renang?
Jika anda beranggapan bahawa ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan negatif terhadap kesihatan anda, anda salah. Banyak mudaratnya yang mungkin kita tidak tahu atau sedar.
Menurut kajian yang diterbitkan di laman sesawang National Center For Health Research, air kencing boleh bergabung dengan klorin yang memang ada dalam kebanyakan kolam renang lalu menghasilkan bahan kimia yang berbahaya kepada manusia.
Kajian ini menambah bahawa tindak balas antara air kencing dengan klorin akan menghasilkan 2 sebatian – cyanogen chloride and trichloramine. Sebatian ini kemudiannya mungkin akan memasuki badan individu yang mandi di situ melalui mulut dan juga rongga kulit.
Akibatnya, ia mungkin akan mengakibatkan asma, demam, iritasi paru-paru serta pelbagai lagi masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan.
Konklusinya, jangan kencing dalam kolam renang
Kesimpulannya, kita tidak perlu untuk berhenti untuk menjadikan berenang sebagai hobi. Ia sudah tentu akan membuat kita lebih sihat dan kuat.
Buat anda yang belum tahu, aktiviti ini boleh membantu individu yang ada masalah arthritis dan sakit sendi. Selain itu, ia juga sangat sesuai dijadikan senaman untuk ibu hamil dan kanak-kanak serta bayi.
Cuma, jangan buang air kecil masa mandi dalam swimming pool. Cuba bayangkan anda sedang mandi dalam sebuah takungan air yang dipenuhi dengan air kencing orang lain.
Sudah tentu anda pun geli, bukan? Selain itu, ia juga boleh mendatangkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada anda dan orang lain, lagi-lagi anak kecil. Jadi, jangan buat kalau mahu selamat.
Kalau sudah tidak boleh tahan perasaan terkucil masa mandi kolam renang itu, tiada salah jika anda naik sekejap dan pergi ke tandas. Ia bukan satu perakra yang susah pun, tidak begitu?
Konklusi
Kesimpulannya, ketahuilah bahawa air kencing anda itu adalah sesuatu yang kotor dan jijik. Bayangkan jika ia terkena pada badan orang lain tanpa mereka sedar. Jadi, jangan sesekali mengulanginya.
[embed-health-tool-bmi]