Jika anda seorang wanita yang masih tidak mengambil berat tentang kebersihan faraj, anda sebenarnya berdepan dengan impak negatif terhadap keselamatan dan kepuasan seksual anda.
Berikut adalah beberapa petua asas: apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan ketika melakukan pembersihan faraj.
Untuk memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik boleh menyemak di sini .
1. Jangan memakai seluar sintetik dan ketat
Sebenarnya memakai seluar sintetik dan ketat boleh menyebabkan kawasan faraj anda panas dan lembap serta membuatkannya tidak bernafas.
Selain seluar yang ketat mungkin akan menyebabkan koyakan mikro pada bahagian kulit akibat geseran, keadaan ini boleh membuatkan bakteria berbahaya merebak lebih cepat.
Adalah dinasihatkan untuk anda memilih bahan semula jadi, sebaik-baiknya yang diperbuat dari kapas dan elakkan memakai pakaian ketat untuk tempoh masa yang panjang. Anda perlu memakai seluar bersih dan selesa.
2. Ujian STD
Dicadangkan untuk anda berjumpa doktor anda secara teratur untuk menguji sel yang tidak normal dan STD walaupun anda mengunakan perlindungan ketika melakukan hubungan seks dan monogami.
Beberapa jenis STD dan beberapa penyakit menular adalah tanpa simptoms, jadi dengan hanya mengandaikan bahawa anda sihat tanpa mendapatkan pemeriksaan kesihatan boleh membawa kepada PID.
Ini bermakna anda mungkin tidak menyedari sebarang perubahan fizikal atau kesan sampingan, namun anda dijangkiti STD dan menyebarkannya kepada individu lain.
Membuat pemeriksaan sendiri mungkin mendatangkan bahaya, jadi yang terbaik adalah dengan mendapatkan pemeriksaan doktor berkaitan STD untuk melindungi faraj dan diri anda.
Kebersihan Faraj #3. Jangan douch
Faraj anda boleh mengekalkan keseimbangan paras pH dan bakteria baik atau buruk dengan sendiri untuk menjaga fungsi faraj.
Faraj tidak perlu dicuci dengan apa-apa bahan kimia untuk membersihkannya. Apa yang anda perlu lakukan adalah menjaga kebersihan faraj bahagian luar bahagian intim dan dubur anda dengan air suam atau sabun khusus.
Kebersihan Faraj #4. Tukar tampon, pad
Anda perlu menukar tampon dan pad anda sebelum ia penuh dengan darah haid. Adalah dicadangkan untuk menukarnya setiap 4 hingga 6 jam, tetapi ia berbeza mengikut individu. Elak menggunakan tampon pada ketika tempoh haid anda sedikit untuk mengelakkan sindrom kejutan toksik.
5. Objek asing
Beberapa benda seperti: tampon, jari, mainan seks, zakar, alat kawalan kehamilan, menstrual cup adalah antara benda yang boleh masuk ke dalam faraj anda, namun ia harus dipastikan bersih.
Tetapi sesetengah tabiat peribadi seperti memasukkan timun, pisang dan sebagainya yang tidak munasabah adalah tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam faraj anda, walaupun objek-objek tersebut dibersihkan dengan berhati-hati.
Ini boleh mengakibatkan kerengsaan boleh berlaku dalam faraj anda.
Kebersihan Faraj #6. Dari depan ke belakang
Basuh bahagian intim anda dari depan bahagian belakang selepas membuang air sama ada kencing atau air besar untuk mengelakkan jangkitan bakteria.
Lakukan dengan berhati-hati dan bersih untuk memastikan tiada baki kekotoran faraj yang tertinggal.
Lapkan faraj dan dubur anda menggunakan tisu tandas lembut, putih yang tidak mengandungi bahan pewarna atau bahan kimia berbahaya.
Faraj yang sihat akan menyingkirkan sejumlah kecil bahan kotoran untuk memastikan ia sentiasa bersih, seperti air liur yang terhasil untuk membantu membersihkan mulut anda.
Apa-apa gangguan kepada faraj anda boleh menyebabkan anda mengalami kerengsaan atau jangkitan faraj.
Jadi, anda harus tahu apa yang anda harus lakukan dan apa yang anda harus elakkan bagi memiliki faraj yang sihat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
[embed-health-tool-bmi]