backup og meta

Cebok Guna Air @ Tisu? Cara Mana Yang Lebih Baik Untuk Mencuci Selepas Buang Air Besar?

Cebok Guna Air @ Tisu? Cara Mana Yang Lebih Baik Untuk Mencuci Selepas Buang Air Besar?

Selepas membuang air besar, kita mesti mencuci dan membasuh lubang dubur namun masih ada yang keliru sama ada perlu cebok pakai tisu atau cebok dengan air.

Perbuatan ini perlu dilakukan dengan cara paling betul dalam usaha menjaga kebersihan, mengelak jangkitan serta mencegah penyakit pada kawasan sekitar dubur.

Buat yang masih keliru tentang cara cebok yang benar, usah khuatir dan mari ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

Cara cebok yang benar: Tisu vs air

Dalam kalangan masyarakat kita, tisu dan air adalah antara cara membersihkan lubang dubur selepas membuang air besar yang paling kerap digunakan.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua cara ini sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan itu kerana ia merupakan antara cara yang terbaik.

Namun dalam kalangan individu yang beragama Islam, kita diharuskan untuk membersihkan lubang dubur dengan menggunakan air.

Jika dalam keadaan yang mendesak dan memaksa seperti ketiadaan air di kediaman, maka tisu boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Selain itu, wujud juga gabungan di antara kedua-dua cara ini iaitu tisu basah yang turut boleh digunakan jika dilakukan dengan teknik tepat.

berak tandas

Sama ada kalian gunakan cara cebok pakai tisu atau cebok dengan air, ia adalah dibolehkan namun perlu dibuat dengan cara yang betul ya?

Sila cebok dengan cara yang betul!

Walau apapun kaedah yang digunakan untuk membersihkan lubang dubur, haruslah diingat untuk anda melakukannya dengan cara yang betul.

Cebok dari depan ke belakang

Mungkin ramai yang masih belum tahu atau tidak ambil peduli soal pergerakan membersihkan kawasan sekitar lubang dubur ini.

Menurut Pakar Ginekologi, Alyssa Ddweck, adalah sangat penting untuk membersihkan lubang dubur dari depan ke belakang.

“Ini bermakna kalian perlu menggerakkan jari anda dari kawasan salur kencing ke lubang dubur tidak kira sama ada menggunakan tisu atau air”, jelas beliau lagi.

Ia bertujuan mengelakkan bakteria yang terdapat di kawasan sekitar lubang dubur melalui najis itu bergerak menuju ke salur kencing.

Kesan daripada tidak mengamalkan pergerakan ini mungkin akan meningkatkan risiko jangkitan salur kencing (UTI) berlaku pada anda.

Pergerakan ini tentu sahaja lebih penting buat golongan wanita ekoran bentuk anatomi faraj yang sangat dekat dengan lubang sistem pembuangan najis (kecil dan besar).

Bersihkan tangan selepas mencuci

Walau apapun kaedah yang anda gunakan untuk mencuci lubang dubur selepas membuang air besar, anda masih perlu menggunakan tangan anda.

Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian membersihkan tangan semula selepas cebok pakai tisu atau cebok dengan air.

Ini bertujuan mengelakkan bakteria yang wujud pada najis itu berpindah dan melekat pada tangan dan seterusnya ke anggota tubuh badan yang lain pula.

penyebaran wabak jangkitan

Menurut Pusat Pengawalan & Pencegahan Penyakit (CDC), ada langkah yang perlu diamalkan, iaitu:

  • Basuh tangan dengan sabun dan air yang mengalir
  • Gosok tapak tangan, belakang tangan, jari serta kuku
  • Skrub tangan sekurang-kurangnya 20 saat
  • Bilaskan tangan anda dengan air yang mengalir
  • Keringkan tangan dengan tuala atau udara hangat

Kemaskan semula semua peralatan

Selepas selesai menyelesaikan hajat dan membersihkan diri selepas membuang, jangan pula kalian terus melangkah keluar daripada bilik air.

Ini kerana anda perlu mengemas semula peralatan yang digunakan seperti paip, bidet ataupun gayung kembali ke tempat asalnya.

Jika menggunakan tisu pula, sila buangkan ia ke dalam tempat yang sepatutnya seperti tong sampah dan tutupkan semula penutup dengan baik.

Etika penggunaan tandas ini adalah sangat penting bagi memastikan bakteria tidak mudah merebak serta mengelak lantai yang terlalu basah.

Paling penting, jangan lupa untuk menyiram dan mengepam najis anda itu ya!

Jangan abai cara cebok yang benar!

tisu tandas

Konklusinya, kedua-dua cara membersihkan lubang dubur selepas membuang air besar sama ada cebok pakai tisu atau cebok dengan air adalah betul.

Pun begitu, masih lagi wujud perdebatan sehingga kini yang mengatakan bahawa penggunaan air adalah jauh lebih baik berbanding tisu.

Jika kalian beragama Islam, adalah lebih baik jika berpandukan pada yang telah diamanahkan dalam agama dan air adalah jawapannya.

Walau apapun cara yang digunakan, jangan abai cara cebok yang benar untuk kebersihan, kesihatan dan kesejahteraan sejagat ya?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://goaskalice.columbia.edu/answered-questions/bum-wiping-techniques-and-thong-hygiene/
  2. https://www.owlapps.net/owlapps_apps/articles?id=10903919&lang=en
  3. https://www.uofmhealth.org/health-library/bc1135
  4. https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/u/urinary-tract-infections-in-adults
  5. https://www.cdc.gov/features/handwashing/index.html

Versi Terbaru

01/07/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Anda Ada BANYAK Bulu Dubur? Jangan Malu, Ini 3 Cara Betul Buangnya Dengan Mudah!

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis Pada Kemaluan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 01/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan