Kadangkala, kita mungkin terlepas pandang atau terlupa untuk menyelenggara alat elektrik dan elektronik di rumah. Antara yang paling sering kita abaikan adalah kipas angin. Tenang, kami ada beberapa cara bersihkan kipas angin tanpa buka penutup yang paling mudah!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.
Kenapa kita perlu tahu cara bersihkan kipas angin?
Rasanya, setiap rumah menggunakan kipas angin di tempat seisi keluarga selalu berkumpul seperti ruang tamu, ruang makan, bilik tidur atau lain-lain lokasi yang mungkin memerlukan.
Ini adalah angkara cuaca di negara kita yang selalu panas, kering dan kadangkala lembap sepanjang tahun. Sekiranya ia tidak digunakan, wujud alternatif yang lain seperti alat pendingin hawa atau penyaman udara.
Malangnya, ramai yang mungkin menggunakan kipas angin namun mengabaikan penyelenggaraan alat elektrik ini sedangkan ia wajar diselenggara dengan baik untuk fungsi lebih maksimum.
Maka, adalah sangat penting untuk anda membersihkan kipas angin di rumah dengan lebih kerap!
Berapa kerap kena bersihkan kipas angin?
Jika ia tidak dibersihkan dengan baik, habuk dari sekitar boleh terkumpul dan terperangkap pada penutup kipas angin lalu memperlahankan pusingan atau aliran udara seperti diharapkan.
Kesannya, udara di sekeliling tidak dapat dihalakan tepat ke arah anda sekali gus membuat rumah menjadi lebih panas angkara bilah kipas yang tidak dapat memutarkan angin dengan lancar.
Sebaiknya, anda perlu membersihkan kipas angin di rumah sekitar 2 minggu sekali agar fungsinya lebih maksimum. Tidak perlu tunggu sehingga penutup kipas angin ini penuh habuk.
Persoalannya, bagaimana cara bersihkan kipas angin yang anda boleh amalkan di rumah?
Cara bersihkan kipas angin tanpa buka penutup!
Tanpa mengira jenis kipas angin sama ada yang melekat di siling atau berdiri (tinggi serta rendah), anda boleh membersihkan ia dengan menggunakan kaedah manual sahaja tetapi agak leceh.
Jadi, kami akan ajarkan cara mudah bersihkan kipas angin dengan hanya gunakan bahan berikut:
- Cuka
- Serbuk penaik
- Sabun pencuci
- Plastik besar
- Kain lap
Selepas anda berjaya mendapatkan dan mengumpulkan bahan-bahan di atas tadi, anda juga perlu menyediakan satu bekas kosong serta sudu untuk dijadikan tempat cecair ini dicampurkan.
Pertama, campurkan cuka, serbuk penaik dan sabun pencuci ke dalam bekas tadi. Kemudian, gaul dan kacau 3 bahan utama itu tadi sehingga sebati, menjadi sebatian pekat dengan warna putih susu.
Langkah seterusnya pula agak mudah di mana anda hanya perlu sapu atau spray sebatian itu pada permukaan penutup dan bilah kipas angin terutama di tempat yang dipenuhi dengan habuk.
Selepas itu, tutupkan kipas angin dengan plastik besar dan biarkan begitu kira-kira 20 ke 30 minit.
Seusai itu, lapkan kipas angin dengan kain lap untuk menanggalkan sisa habuk tadi dengan cermat.
Wujud alternatif lain yang lebih efektif?
Dengan cara bersihkan kipas angin tanpa buka di atas, segala habuk yang telah melekat pada alat elektrik ini akan dapat dikurangkan atau disingkirkan tanpa perlu banyak masa atau usaha.
Pun begitu, masih ada potensi untuk habuk yang lebih degil untuk kekal terutama apabila ia telah terlekat pada tempat atau celah tersembunyi. Dengan itu, langkah lebih besar perlu dijalankan.
Apa yang anda perlu buat untuk menyingkirkan habuk degil adalah dengan meleraikan setiap satu komponen kipas angin dan cuci secara manual. Ya, itu mungkin agak menyusahkan tetapi cara ini sudah tentu jauh lebih efektif dan membuahkan hasil yang baik.
Peringatan penting untuk anda, jangan lupa untuk mematikan suis kipas angin dan mengeringkan tangan terlebih dahulu untuk mengelakkan risiko terkena renjatan atau kejutan elektrik kelak.