backup og meta

Kononnya Untuk Lepas Stres, Tabiat Merokok Pula Boleh Memicu Kemurungan!

Kononnya Untuk Lepas Stres, Tabiat Merokok Pula Boleh Memicu Kemurungan!

Tabiat merokok selalunya dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti kerosakan paru-paru, masalah berkaitan kesuburan, strok, kanser dan sebagainya. Tetapi mungkinkah ia juga boleh mengakibatkan kemurungan?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Kaitan antara tabiat merokok dengan kemurungan

Menurut pengarang utama kajian, Profesor Hagai Levine dari Hebrew University-Hadassah Braun School of Public Health and Community Medicine di Jerusalem, Israel, dalam kajian sedia ada menunjukkan tabiat merokok boleh menyumbang kepada faktor yang menjurus kepada masalah kemurungan.

Sebagai contoh, risiko mengalami kemurungan atau turut dikenali sebagai depresi adalah dua kali ganda untuk berlaku dalam kalangan individu yang merokok berbanding individu bukan perokok, walaupun masih tidak terdapat sebab yang jelas untuk menerangkan mengenai perkara ini.

Manakala bagi sesetengah pengkaji, mereka percaya bahawa tabiat merokok boleh mengakibatkan masalah kemurungan dan bukan sebaliknya. 

tabiat merokok

Selain itu, dalam beberapa penyelidikan lain mendapati, individu yang tidak pernah merokok secara umumnya akan mempunyai kualiti kehidupan yang lebih baik berdasarkan penilaian kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan (health-related quality of life – HRQoL).

Malahan mereka juga dikatakan akan kurang mengalami isu berkaitan kebimbangan dan depresi.

Bagi memperjelaskan lagi hasil penyelidikan tersebut, Prof. Hagai dan pasukan saintisnya memutuskan untuk melakukan kajian bagi mengkaji hubungan antara HRQoL dan tabiat merokok dalam kalangan pelajar di Serbia.

Ini kerana terdapat beberapa kajian sama yang lain telah mengkaji hubung kait ini di negara berpendapatan rendah dan sederhana. 

Profesor Hagai memilih Serbia kerana terdapat lebih daripada 25 peratus individu yang tinggal di Serbia dan negara-negara Eropah Timur mempunyai tabiat merokok ini.

Ini sekali gus menjadikan ia sebagai antara alasan mengapa kajian melibatkan subjek dalam populasi ini sebagai satu perkara yang menarik. Selain daripada itu, lebih sepertiga pelajar di Serbia adalah perokok.

Kajian data yang melibatkan dua isu utama ini

Pastinya kebanyakan daripada kita sudah sedia maklum mengenai akibat merokok kepada kesihatan fizikal secara keseluruhannya.

Tetapi dalam satu kajian terbaru yang dilakukan, menunjukkan terdapat hubung kait antara tabiat ini dengan masalah depresi

tabiat merokok

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE adalah analisis daripada dua kajian rentas daripada dua buah universiti, iaitu University of Belgrade dan University of Pristina.

Ia melibatkan seramai 2,138 jumlah pelajar sebagai responden.

Pelajar yang terlibat diminta untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala antara bulan April dan Jun pada 2009 di University of Belgrade, serta bulan April dan Jun pada tahun 2015 di University of Pristina.

Setiap responden dikehendaki memberikan maklumat tentang latar belakang sosial dan ekonomi seperti usia, status sosial, tempat lahir dan taraf pendidikan ibu bapa.

Ia termasuklah jika terdapat sebarang maklumat mengenai keadaan kesihatan kronik.

Selain itu, setiap pelajar yang terlibat dalam kajian juga perlu memberikan info tentang tabiat dan gaya hidup mereka, seperti status merokok, penggunaan alkohol, tahap aktiviti fizikal yang dilakukan serta tabiat pemakanan. 

Pengkaji meletakkan responden yang pernah merokok, sekurang-kurang satu batang rokok sehari atau 100 batang rokok seumur hidup sebagai “perokok” untuk tujuan kajian ini. 

Penilaian aspek kualiti hidup yang berkaitan dengan HRQoL dilakukan untuk menilai setiap pelajar.

Mereka diminta untuk menjawab 35 soalan yang berkaitan lapan dimensi kesihatan. 

tabiat merokok

Lapan dimensi tersebut adalah seperti:

  • Fungsi fizikal
  • Peranan fungsi fizikal
  • Kesakitan badan
  • Kesihatan keseluruhan
  • Daya hidup
  • Fungsi sosial 
  • Peranan fungsi emosi 
  • Kesihatan mental

Setiap soalan diberikan skor parameter, antara 0 hingga 100 untuk menunjukkan bagaimana responden melihat dan menilai tahap kesihatan mental dan fizikal diri mereka sendiri. 

Selain itu, penyelidikan ini juga menggunakan kaedah Beck Depression Inventory (BDI) untuk menilai simptom depresi pelajar.

Dalam kaedah BDI ini mempunyai 21 item dan setiap satu diberi penilaian skor 0 hingga 3.

Berdasarkan penilaian kaedah BDI ini, skor terakhir yang diperolehi adalah seperti:

  • 0 hingga 13 sebagai tahap “tiada atau depresi yang minimum”
  • 14 hingga 19 dinilai sebagai tahap “depresi ringan”
  • 20 hingga 28 dianggap sebagai tahap “depresi sederhana”
  • 29 hingga 63 merupakan tahap  “depresi kritikal”

Konklusinya, ternyata bahawa kesan merokok boleh menyebabkan kemurungan. Anda masih tidak mahu berhenti?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Smoking and mental health, https://www.mentalhealth.org.uk/explore-mental-health/a-z-topics/smoking-and-mental-health, Accessed on Jan 22, 2020.
  2. Smoking and Mental Health, https://ash.org.uk/resources/view/smoking-and-mental-health, Accessed on Jan 22, 2020.
  3. What is smoking & the effects on mental health?, https://headspace.org.au/explore-topics/for-young-people/smoking/, Accessed on Jan 22, 2020.
  4. Behavioral Health & Tobacco Use, https://www.lung.org/quit-smoking/smoking-facts/impact-of-tobacco-use/behavioral-health-tobacco-use, Accessed on Jan 22, 2020.
  5. Smoking and mental illness, https://www.apa.org/monitor/2013/06/smoking, Accessed on Jan 22, 2020.

Versi Terbaru

27/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Cuaca Panas Terik Buat Anda Kerap Nak Mandi, Tapi Yang Mana Bagus, Mandi Air Panas @ Sejuk?

Kalau Ada Luka Kecil, Adakah Lebih Baik Untuk Balutkan @ Biarkan Sahaja?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan