Vaksin HPV Cegah Kanser Serviks

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Vaksin boleh didapati bagi mengelakkan jenis virus papilloma manusia (HPV) yang kebanyakannya menyebabkan kanser serviks serta beberapa kanser anus, vulva (kawasan sekitar pembukaan faraj), faraj dan oropharyns iaitu belakang tekak termasuk lidah dan tonsil. Selain itu, vaksin juga menghalang jenis HPV yang menyebabkan kebanyakan ketuat genital.

Menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), pelaksanaan Program Vaksinasi HPV (PVHPV) bagi tahun 2018 adalah berdasarkan ketetapan berikut:

  • Wanita warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  • Lahir pada tahun 1991 hingga 1996
  • Bujang dan belum pernah berkahwin
  • Tidak hamil
  • Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital

Dari segi kuota bagi 2018, seramai 27,000 wanita penerima baru berdasarkan ‘first come first serve basis’. Kuota ini diagihkan kepada semua LPPKN Negeri seluruh Malaysia.

Selain itu, vaksin ini juga sudah mendapat pengiktifaran halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

HPV Punca Kanser Serviks

HPV adalah jangkitan kelamin dan biasanya dialami oleh kebanyakan golongan muda. Di Malaysia, kanser serviks menjadi kanser ketiga yang paling kerap dihidapi oleh wanita selepas kanser payudara dan kolorektum.

Apabila ia jenis HPV berisiko tinggi (HRHPV) berterusan, ia boleh menyebabkan perkembangan sel-sel servik yang tidak normal yang mana dirujuk sebagai prakanser serviks jika sekurang-kurangnya ⅔ daripada lapisan permukaan servik terjejas.

Prakanser boleh berkembang menjadi kanser serviks selepas beberapa tahun. Tetapi tidak semua orang yang mempunyai prakanser serviks akan mendapat kanser serviks, dan ia sukar untuk diramalkan siapa yang akan terjejas.

Terdapat beberapa jenis HRHPV yang berbeza yang boleh menyebabkan prakanser serviks dan kanser. HPV16 dan 18 adalah jenis berisiko tinggi yang paling penting, kerana kedua-duanya menyebabkan kira-kira 70% daripada kanser serviks di seluruh dunia.

Vaksinasi pencegahan, melalui suntikan partikel seakan virus HPV ke dalam otot, mencetuskan penghasilan antibodi yang melindungi daripada jangkitan HPV pada masa hadapan.

Jangkitan HPV 

  • Jangkitan HPV paling kerap terjadi semasa melakukan hubungan kelamin, sama ada melalui faraj, oral atau dubur.
  • Seseorang yang telah dijangkiti berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom.
  • Seseorang masih boleh mempunyai jangkitan HPV walaupun setelah bertahun lama dijangkiti.
  • Kebanyakan orang tidak menyedari mereka telah menjangkiti pasangan mereka.
  • Terdapat kemungkinan seseorang boleh dijangkiti lebih dari satu jenis subtype HPV.

Kepentingan Vaksin HPV

Pemberian vaksin adalah secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh enam bulan. tiga dos vaksinasi ini memberi perlindungan optima daripada jangkitan HPV serta boleh mencegah 70 peratus berlakunya kanser serviks.

Vaksin versi baru itu untuk kegunaan anak gadis dan wanita yang berusia antara sembilan hingga 45 tahun. Ia dapat mencegah kanser serviks, vulva, dan vagina yang disebabkan oleh HPV jenis 16, 18, 31, 33, 45, 52 dan 58, lesi prakanser yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52 dan 58, serta ketuat genital yang disebabkan oleh HPV jenis 6 dan 11.

Vaksin itu juga diluluskan untuk kegunaan kanak-kanak dan orang dewasa lelaki dan perempuan yang berusia antara sembilan hingga 26 tahun untuk mencegah kanser anus yang disebabkan oleh HPV Jenis 16, 18, 31, 33, 45, 52 dan 58.

Selain itu, ia juga boleh digunakan oleh lelaki yang berusia antara sembilan hingga 26 tahun untuk mencegah lesi prakanser atau displasia yang disebabkan oleh HPV jenis 6, 11, 16, 18, 31, 33, 45, 52 dan 58, dan ketuat genital yang disebabkan oleh HPV jenis 6 dan 11.

Kesan Sampingan Vaksin HPV

Kesan sampingan yang berlaku akibat vaksin HPV adalah ringan dan bersifat sementara sahaja. Kebiasaannya ia akan sembuh selepas beberapa hari. 

Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku:

  • Sakit di tempat suntikan
  • Bengkak dan kemerah-merahan di tempat suntikan
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Demam
  • Pening
  • Mual

Sekiranya kesan sampingan ini berterusan, rujuk doktor anda segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorokkan Ia Daripada Doktor Ya!

    Ramai individu yang menyorokkan hubungan kelamin suami isteri daripada doktor mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Siapa Lebih Ghairah Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Dapatan Kajian Ini Ada Jawapannya…

    Nafsu syahwat siapa yang lebih besar di antara lelaki dan wanita? Jom klik artikel ini untuk baca kajian dan huraian mengenai jawapan soalan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 26/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Hubungan Suami Isteri Jika Wanita Alami Kecederaan Saraf Tunjang? Ini Caranya!

    Kecederaan saraf tunjang adalah sesuatu yang sangat malang. Sekiranya ia berlaku, apakah kesannya terhadap kehidupan seks wanita? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pasca Kecederaan Saraf Tunjang, Bagaimana Lelaki Teruskan Kehidupan Di Kamar Tidur?

    Kecederaan saraf tunjang adalah sesuatu yang sangat malang. Sekiranya ia berlaku, apakah kesannya terhadap kehidupan seks lelaki? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    warna darah haid

    Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesan buang rahim

    Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
    tanda wanita ghairah

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu herpes

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan