Bagaimanakah Cara Yang Sesuai Untuk Menyimpan Ubatan Penyakit Buah Pinggang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

  • Menyimpan dan menguruskan ubat-ubatan buah pinggang dengan betul

Diabetes dan tekanan darah tinggi adalah faktor utama yang membawa kepada penyakit buah pinggang peringkat akhir, iaitu kira-kira lebih daripada 60% kes baharu pesakit yang didialisis di Malaysia. Sekiranya anda atau orang yang tersayang didiagnosis mengalami penyakit buah pinggang, anda disarankan untuk berbincang bersama penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan mengenai penyebab dan pilihan yang boleh anda putuskan.

Terdapat pelbagai pilihan rawatan, tetapi tidak kesemuanya memerlukan pemindahan organ atau dialisis. Sekiranya anda memerlukan rawatan seperti berikut, anda masih perlu mengambil ubat-ubatan atau vitamin dan suplemen untuk memastikan kesihatan anda sentiasa berada di tahap yang memuaskan disamping mengelakkan timbulnya pelbagai masalah lain.

Sekiranya anda berkemampuan untuk mengelakkan masalah kegagalan fungsi buah pinggang atau mengawal fungsinya dengan pengambilan ubat-ubatan, anda perlu memastikan ubat-ubatan anda berada dalam keadaan yang baik agar ianya memberikan kesan seperti yang diharapkan dengan tujuan penjagaan kesihatan anda.

  • Menggunakan pengurusan penyakit secara konservatif dan ubat-ubatan penyakit buah pinggang

penyakit buah pinggang

Pengurusan konservatif merujuk kepada rawatan penyakit kegagalan fungsi buah pinggang tanpa melalui dialisis mahupun pemindahan organ, dan melalui cara ini anda akan mengurangkan simptom-simptomnya dengan cara yang terbaik disamping mengekalkan kefungsian buah pinggang dan kesejahteraan kehidupan selama mana yang anda mampu.

Rawatan konservatif pada kebiasaannya dilakukan apabila fungsi buah pinggang mengalami kemerosotan di peringkat sederhana dan teruk, manakala untuk pesakit yang memiliki penyakit buah pinggang di peringkat akhir masih perlu melaksanakan rawatan dialisis atau pemindahan organ baharu.

Walaubagaimanapun, pengurusan secara konservatif sentiasa menyediakan ubat-ubatan untuk merawat pelbagai simptom yang berkait dengan penyakit buah pinggang seperti ubat tekanan darah, suplemen zat besi, vaksin, ubat yang membantu mengeluarkan cecair keluar daripada tubuh badan serta pelbagai ubatan yang lain.

Ubat-ubatan ini diberikan kepada pesakit melalui pelbagai cara, oleh itu anda perlu menyimpannya dengan menggunakan pelbagai cara. Sebagai contoh, tablet yang kerap diberikan untuk suplemen zat besi adalah ferrous sulfate, manakala vaksinasi untuk Hepatatis B akan diberikan melalui cara suntikan.

Cara untuk pelaksanaan rawatan hendaklah melalui khidmat nasihat daripada doktor, dan anda perlu menyimpan ubat-ubatan dengan cara yang baik untuk memastikannya berfungsi seperti yang diharapkan setelah anda ditetapkan dengan jenis ubat dan rawatan yang perlu diambil.

  • Tips umum untuk penyimpanan ubat-ubatan secara teratur

penyakit buah pinggang

Anda perlu menyimpan ubat-ubatan anda dalam bekas atau tempat penyimpanan asal dan jangan buang gumpalan kapas yang berada dalam botol ubat kerana ianya akan menyebabkan ruang dalam botol menjadi lembap seterusnya merosakkan ubat-ubatan.

Pil atau kapsul mudah rosak melalui suhu yang tinggi dan kelembapan, oleh itu disarankan untuk menyimpannya di ruang penyimpanan ubat yang sejuk dan gelap atau disimpan dalam peti sejuk. Sekiranya anda ingin menyimpannya dalam ruang kabinet, pastikan ianya bukan berada di bilik mandi mahupun tandas kerana kelembapan hasil daripada air pancuran mandi dan stim yang terhasil akan menjejaskan ubat-ubatan tersebut.

Sekiranya anda memiliki kuantiti ubat yang agak besar, anda disarankan untuk menyediakan peti sejuk bersaiz kecil atau peti sejuk mini untuk tujuan penyimpanan ubat-ubatan; ianya membantu anda menyimpan dan menguruskan ubat-ubatan di satu tempat sahaja.

  • Pastikan ubat-ubatan dalam keadaan selamat

Tetapkan peringatan untuk pemeriksaan tarikh luput ubat-ubatan penyakit buah pinggang setiap satu hingga tiga bulan. Jangan ambil ubat-ubatan yang telah tamat tarikh luput dan lupuskannya dengan cara mencampurkannya dengan bahan lain yang boleh mengurainya dengan baik seperti sisa habuk kopi atau tinja kucing dan letakkannya dalam beg plastik.

Jangan sesekali membuangnya kedalam mangkuk tandas kerana akan menjejaskan saluran keluar air. Pastikan anda menyemak ubat-ubatan anda dalam tempoh sebelum tarikh luput dan pastikan ianya tidak mempunyai perubahan warna, tekstur, atau bau.

Pil atau kapsul yang melekat antara satu sama lain atau lebih keras atau lembut daripada kebiasaan mungkin telah mengalami kerosakan dan tidak boleh dimakan.

  • Pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan baik melalui rawatan penyakit buah pinggang.

penyakit buah pinggang

Anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak ubat-ubatan anda pada setiap temujanji anda dengan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan kerana anda sahaja yang lebih mengetahui mengenai respon tubuh badan anda dengan rawatan yang dijalani.

Bersifat terbuka dan jujur berkenaan apa yang ada rasa agar anda boleh mengubah pelan pengurusan rawatan anda secara bersesuaian. Dengan cara penyimpanan ubat-ubatan yang betul dan memastikan anda mendapat pelan rawatan yang terbaik, anda boleh menguruskan penyakit buah pinggang anda tanpa masalah.

*Artikel ini merupakan sumbangan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini RAHSIA BESAR Untuk Ajar Anak Makan Ubat. Tak Perlu ‘BERGADUH’ Dengan Si Kecil Lagi Selepas Ini

    Anda mesti selalu 'berperang' dengan si kecil apabila tiba waktu untuk mereka makan ubat. Di sini kami kongsikan rahsia untuk ajar anak anda makan ubat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 11/02/2020 . 4 minit bacaan

    Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Berhenti Guna Plaster Jenama Ini!

    Mungkin ada di antara kita yang pernah menggunakan produk Pak Li Medicated Plaster. Anda perlu menghentikan penggunaannya bermula hari ini. Mengapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Tempatan 18/12/2019 . 4 minit bacaan

    9 Tip Jaga Kesihatan Buah Pinggang, Lebih-Lebih Lagi Jika Ada Diabetes & Hipertensi

    Buah pinggang merupakan antara organ penting di dalam badan. Ingin tahu tip menjaga kesihatan buah pinggang? Ikuti perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Tips Kesihatan 24/10/2019 . 3 minit bacaan

    Peninju MMA Amalkan Terapi Minum Air Kencing Untuk Lebih Kuat? Betul Ke?

    Pada tahun 2009, Juan Manuel Marquez telah mempromosikan terapi air kencing untuk memperolehi kebaikan nutrisi. Persoalannya, bukan ada bakteria ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 17/10/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ubat haid tidak teratur

    Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu dialisis

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    kerap kencing

    Aduh! Asyik Kerap Nak Terkencing, Ini 8 Makanan Perlu Ambil & Harus Dielakkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    pemindahan organ

    Masih KURANG! Hanya 1% Rakyat Malaysia Mendaftar Sebagai Penderma Organ

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/04/2020 . 4 minit bacaan