backup og meta

Ubat Anti-Demensia, Meredakan Simptom Tingkah Laku Dan Psikologi Demensia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/12/2023

    Ubat Anti-Demensia, Meredakan Simptom Tingkah Laku Dan Psikologi Demensia

    Simptom tingkah laku dan psikologi demensia adalah sangat lazim dan kebiasannya berkembang apabila penyakit itu berlanjutan.

    Terdapat peningkatan bukti bahawa bagi sesetengah orang, ubat anti-demensia merupakan cara merawat demensia yang berkesan untuk simptom tingkah laku demensia.

    Namun begitu, adalah amat penting untuk anda mengetahui tanda awal tingkah laku dan psikologi demensia. Teruskan pembacaan untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otak dan Saraf, anda boleh klik di sini.

    Apa simptom tingkah laku dan psikologi demensia?

    Penghidap demensia boleh mengalami tanda tingkah laku dan psikologi termasuk kegelisahan, keganasan, khayalan, halusinasi, apati (sikap tidak mempunyai perasaan belas kasihan atau tidak ambil peduli) dan gangguan tidur.

    Fakta ini berdasarkan pelbagai jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat simptom ini jika rawatan tanpa ubat tidak berfungsi. Ia menerangkan bila dan bagaimana ia perlu ditetapkan dan apa kesan sampingannya.

    Bilakah ubat anti-demensia digunakan?

    Memantine menjadi kelebihan bagi rawatan yang selamat dengan manfaat lain untuk kehidupan harian dan ingatan.

    Kajian lanjut masih diperlukan untuk mengesahkan keberkesanan memantine dalam merawat tanda tingkah laku dan psikologi dalam demensia, tetapi bukti menunjukkan ia lebih berkesan daripada menggunakan antidepresan atau anticonvulsant.

    Ubat anti-demensia lain seperti donepezil, rivastigmine, dan galantamine dikenali sebagai perencat cholinesterase.

    Ia boleh mengurangkan keterukan sesetengah simptom tingkah laku dan psikologi demensia serta membantu melambatkannya.

    Perencat cholinesterase sangat berkesan dalam demensia dan demensia badan Lewy yang berkaitan dengan penyakit Parkinson dalam merawat simptom agitasi, apati dan psikotik.

    simptom tingkah laku dan psikologi demensia

    Menurut garis panduan NICE, orang dengan demensia badan Lewy perlu ditawarkan rawatan perencat cholinesterase sahaja jika simptom tingkah laku dan psikologinya yang menyebabkan tekanan yang melampau.

    Mereka yang mempunyai penyakit Alzheimer juga boleh ditawarkan rawatan perencat cholinesterase untuk tekanan simptom tingkah laku dan psikologi.

    Walau bagaimanapun, rawatan ini diberikan jika pendekatan tanda ubat atau ubat antipsikotik telah dicuba dan ianya tidak berkesan, atau mereka yang belum mencubanya tetapi menganggap ia tidak sesuai.

    Bagi mereka yang mengalami demensia disebabkan penyakit vaskular dan bukannya daripada gabungan (demensia yang disebabkan oleh kedua-dua penyakit vaskular dan Alzheimer) tidak boleh dipreskripsi perencat cholinesterase untuk tanda tingkah laku atau psikologi.

    Ubat-ubatan lain

    ubat demensia

    Sebelum ubat-ubatan dipertimbangkan, mana-mana individu yang mengalami simptom tingkah laku dan psikologi demensia perlu diberi penilaian oleh doktor mereka pada peringkat awal.

    Penilaian ini sepatutnya menentukan apa-apa faktor asas yang mungkin mencetuskan atau memburukkan simptom seseorang.

  • Ubat antipsikotik (juga dikenali sebagai neuroleptics atau major tranquillisers) untuk merawat simptom agitasi, agresif dan psikotik.
  • Antidepresan dan anticonvulsants untuk simptom kemurungan dan kegelisahan.
  • Hypnotics (ubat untuk mengelakkan gangguan tidur).
  • Adalah penting untuk memastikan bahawa orang yang mengalami demensia sihat secara fizikal, selesa dan dijaga dengan baik.

    Mereka juga harus dibantu untuk menjalani kehidupan aktif, dengan aktiviti harian yang menarik dan merangsang. Dengan cara ini, sering kali mungkin untuk mengelakkan penggunaan ubat sama sekali.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan