backup og meta

5 Tahap Penyakit Parkinson

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    5 Tahap Penyakit Parkinson

    Apa itu Parkinson?

    Penyakit Parkinson adalah penyakit degeneratif yang menyerang sel-sel saraf di dalam otak yang dipanggil basal ganglia yang berfungsi mengawal pergerakan badan. Sel-sel saraf memerlukan neurotransmiter yang dipanggil dopamin dan asetilkolin dalam jumlah yang seimbang untuk memberi isyarat kepada sel-sel bagi mengawal pergerakan badan. Penghidap Parkinson akan mengalami kekurangan dopamin dalam badan.

    Tanda-tanda awal penyakit Parkinson

    1. Gegaran (tremor)

    Gegaran boleh menjadi normal selepas senaman yang banyak, jika anda tertekan atau mengalami kecederaan. Gegaran juga boleh disebabkan oleh ubatan yang anda ambil. Namun, gegaran semasa rehat adalah tanda awal penyakit Parkinson.

    2. Tulisan tangan kecil

    Anda mungkin melihat cara anda menulis perkataan telah berubah, seperti saiz huruf yang lebih kecil dan perkataan yang rapat. Kadang-kadang penulisan boleh berubah apabila anda semakin berusia, jika anda tangan atau jari kaku atau penglihatan yang kurang baik. Perubahan dalam tulisan tangan juga boleh menjadi tanda penyakit Parkinson yang dipanggil mikrografia.

    3. Hilang deria bau

    Deria bau anda boleh berubah disebabkan selesema, flu atau hidung tersumbat, tetapi ia kembali baik apabila anda sembuh. Jika anda seolah-olah lebih sukar menghidu makanan seperti pisang, anda perlu bertanya doktor mengenai Parkinson.

    4. Sukar bergerak atau berjalan

    Kadang-kadang kekakuan akan hilang apabila anda bergerak. Sekiranya tidak, ia boleh menjadi tanda penyakit Parkinson. Tanda awal mungkin kekakuan atau kesakitan di bahu atau pinggul.

    5. Pening atau pengsan

    Rasa pening atau pengsan boleh menjadi tanda tekanan darah rendah dan boleh dikaitkan dengan penyakit Parkinson (PD). Setiap orang berasa pening apabila berdiri, tetapi jika ia berlaku secara tetap, anda harus berjumpa dengan doktor.

    Tahap penyakit parkinson

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan