9 Tip Jaga Kesihatan Buah Pinggang, Lebih-Lebih Lagi Jika Ada Diabetes & Hipertensi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Buah pinggang merupakan antara organ penting di dalam badan. Jadi amatlah perlu untuk menjaga buah pinggang anda agar dapat sentiasa dalam keadaan tip-top. Ingin tahu tip menjaga kesihatan buah pinggang? Ikuti perkongsian artikel ini.

Kesihatan buah pinggang

Secara mudah, buah pinggang berfungsi sebagai ‘penapis’ sisa daripada darah dan menghantarnya keluar melalui pundi kencing. Tanpanya pelbagai masalah kesihatan berisiko untuk berlaku. Jadi berikut adalah beberapa tip penjagaan kesihatan buah pinggang yang boleh diikuti.

  1. Pengambilan ubat-ubatan

Ubat NSAID merupakan ubat antiradang nonsteroid seperti ibuprofen dan naproxen. Pengambilan dalam jumlah yang terlalu banyak atau secara kerap boleh merosakkan buah pinggang.

Penggunaan proton pump inhibitors (PPIs) untuk tempoh jangka masa panjang untuk merawat ulser atau GERD cenderung untuk meningkatkan risiko mengalami penyakit buah pinggang yang kronik. Pastikan anda hanya mengambilnya jika doktor mengatakan bahawa anda memerlukannya. 

  1. Antibiotik 

Ubat yang membantu melawan bakteria ini boleh merosakkan buah pinggang jika anda mengambilnya terlalu kerap. Masalah kesihatan ini boleh berlaku walaupun pada dasarnya anda sihat sempurna. 

Sudah tentu isu kesihatan ini akan menjadi lebih serius jika anda sememangnya mengalami sakit berkaitan buah pinggang. Sesetengah jenis antibiotik seperti penisilin, sulfonamida  dan cephalosporin antara jenis antibiotik yang cenderung menjadi punca masalah. 

tip-menjaga-kesihatan-buah-pinggang

  1. Suplemen herba

Sesetengah suplemen herba adalah tidak selamat, malahan terdapat produk herba yang berisiko menjejaskan fungsi buah pinggang anda. Suplemen seperti ini akan menjadi lebih berbahaya untuk dimakan jika anda mempunyai masalah berkaitan buah pinggang. Ini kerana ia boleh menyebabkan keadaan kesihatan anda semakin teruk atau menjejaskan fungsi ubat-ubatan yang anda ambil.

  1. Pemakanan

Buah pinggang anda akan memproses setiap makanan dan minuman yang anda ambil, termasuklah benda tidak baik untuk anda seperti lemak yang tinggi, garam dan gula. Untuk tempoh jangka masa panjang, pemakanan yang tidak sihat ini pastinya akan menyebabkan tekanan darah tinggi, obesiti dan diabetes. 

Secara tidak langsung ia meningkatkan risiko untuk mewujudkan masalah kesihatan lain yang ‘membebankan’ fungsi buah pinggang anda. Jadi untuk menjaga kesihatan buah pinggang anda perbanyakkan memakan sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh serta kurangkan pengambilan makanan yang diproses. 

  1. Garam

Mineral ini memberikan kesan yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, ia akan meningkatkan jumlah protein dalam air kencing mereka. Sudah tentu keadaan itu boleh membahayakan buah pinggang atau menjadikan masalah buah pinggang anda semakin kronik.

Pengambilan garam secara berlebihan juga akan membangunkan risiko untuk mengidap tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang yang umum dan batu karang. Keadaan kesihatan ini sudah tentu menyakitkan dan boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang jika tidak dirawat. 

  1. Air 

Air dapat membantu menyalurkan nutrien penting ke buah pinggang dan menyingkirkan sisa kepada pundi kencing dalam bentuk air kencing. Pengambilan air yang tidak mencukupi, fungsi penapis kecil di dalam buah pinggang boleh terhenti dan berisiko menyebabkan jangkitan dan batu karang. Berdepan dengan dehidrasi juga boleh merosakkan buah pinggang, khususnya jika keadaan ini sering untuk berlaku. 

  1. Bersenam 

Seperti pengambilan diet makanan seimbang dan sihat, senaman juga boleh membantu mencegah masalah kesihatan seperti kencing manis dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. 

Tetapi berhati-hati, terlebih bersenam juga berisiko merosakkan buah pinggang anda jika ia tidak bersedia. Mulakan senaman secara perlahan-lahan, seperti 30 hingga 60 minit lima kali seminggu. Jangan membebankan atau memaksa diri anda melakukan aktiviti fizikal intensiti tinggi. Pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan doktor sebelum melakukan sebarang senaman jika anda mempunyai masalah kesihatan.

  1. Pemeriksaan

Adalah penting untuk mengetahui tahap risiko penyakit buah pinggang kepada anda. Kecenderungan untuk anda mengidapnya adalah tinggi jika anda atau ahli keluarga mempunyai penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau sejarah keluarga dengan masalah kegagalan buah pinggang. 

tip-menjaga-kesihatan-buah-pinggang

  1. Tabiat harian

Tabiat tidak sihat seperti pengambilan minuman alkohol secara berlebihan boleh menjejaskan fungsi buah pinggang dan untuk tempoh jangka masa panjang tabiat ini mungkin akan menyebabkan kerosakan organ ini.

Manakala tabiat merokok pula cenderung untuk meningkatkan risiko kanser buah pinggang dan merosakkan saluran darah. Keadaan ini akan menyebabkan aliran darah menjadi perlahan sekali gus menjejaskan fungsi buah pinggang 

Jadi cara yang terbaik adalah untuk mengurangkan tabiat tidak sihat ini atau lebih bagus jika dapat menghentikan terus tabiat-tabiat ini. 

Penjagaan kesihatan

Dua keadaan kesihatan yang boleh menjejaskan buah pinggang adalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Pengambilan diet yang seimbang dan bersenam secara kerap dapat membantu mengawal kedua-dua masalah kesihatan ini. Ingat, buah pinggang adalah organ penting dalam badan dan anda haruslah menjaga organ tersebut dengan baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jering dan Kandungan Asid Djenkolik yang Dimilikinya

    Buah jering ini mengandungi kandungan asid djenkolik yang berisiko menyebabkan keracunan kepada pemakannya jika diambil terlalu banyak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/08/2019 . 8 minit bacaan

    Buah Pinggang dan Diabetes, Kaitan Antara Keduanya

    Masalah buah pinggang dan diabetes tidak dapat dipisahkan. Ia juga disebut sebagai nefropati diabetes atau diabetic nephropathy

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan A-Z 23/07/2019 . 8 minit bacaan

    Kegagalan Buah Pinggang: Adakah Anda Berisiko?

    Kegagalan buah pinggang adalah salah satu punca morbiditi dan kematian yang utama di Malaysia. Ketahui sama ada anda berisiko untuk mendapatnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 19/04/2019 . 4 minit bacaan

    Hati-Hati 10 Tanda Ini Mungkin Petanda Anda Alami Masalah Buah Pinggang!

    Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa anda sedang mengalami masalah buah pinggang. Ini 10 tanda yang perlu anda perhatikan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    apa itu dialisis

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/10/2020 . 3 minit bacaan
    kerap kencing

    Aduh! Asyik Kerap Nak Terkencing, Ini 8 Makanan Perlu Ambil & Harus Dielakkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
    pemindahan organ

    Masih KURANG! Hanya 1% Rakyat Malaysia Mendaftar Sebagai Penderma Organ

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/04/2020 . 4 minit bacaan
    kencing

    Peninju MMA Amalkan Terapi Minum Air Kencing Untuk Lebih Kuat? Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/10/2019 . 3 minit bacaan