Tip Melawan ‘Afternoon Slump’

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Afternoon slump adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan perasaan mengantuk, letih, dan lambap yang berlaku pada waktu petang, biasanya antara jam 1 dan 3 petang.

Kita semua pernah mengalaminya, mempunyai waktu pagi yang sangat produktif, memghantar semua e-mel dan memeriksa senarai tugasan. Kemudian sekitar 2 petang, kita semua keletihan. Afternoon slump adalah suatu yang pasti dihadapi oleh pekerja pejabat dan ia adalah yang paling teruk!

Dengan hanya beberapa jam sebelum kerja selesai, anda mungkin berasa menyerah secara mental. Berikut adalah beberapa perkara untuk melawan afternoon slump.

Berjalan sekeliling

Bangun dari kerusi anda dan luangkan 15 minit berjalan di sekitar pejabat dan berbual seketika. Adalah sesuatu yang baik menghabiskan masa 15 minit dengan tidak melakukan kerja atau tugasan jika 45 minit seterusnya anda menjadi super produktif. Memaksa diri untuk aktif atau seaktif yang mngkin sebenarnya boleh mencegah keletihan. Pastikan anda kekal di landasan yang betul dan jangan terlalu banyak memikirkannya.

Menyumbangkan idea

Jika otak anda sedang ditutup, sudah tiba masanya untuk anda bangun dengan memastikan otak anda juga melakukan kerja. Anda boleh membuat senarai semakan mengenai apa yang perlu anda lakukan pada hari hari tertentu di pejabat, atau tambahkan beberapa item ke senarai anda. Terdapat banyak kaedah untuk membantu anda menjejaki senarai tugasan, contohnya, cuba Evernote, Springpad, Google Docs, atau Bucketlistly.

Cuba sesuatu yang masam

“Zap” yang datang dari rasa masam pasti akan menggegarkan anda. Hanya bau yang datang dari lemon atau oren boleh membuatkan anda berasa segar dan bertenaga. Penyelidikan mengenai aromaterapi menunjukkan bahawa hanya bau aroma yang segar dapat memberi kita rangsangan mental dan rangsangan mood yang sangat diperlukan pada pertengahan petang.

Ubah postur anda

 Afternoon slump sering muncul dengan kemerosotan postur. Tambahan pula, anda mungkin tidak menyedarinya, tetapi duduk di meja selama lebih 8 jam sehari boleh melakukan lebih daripada membiarkan mata, jari, dan belakang anda. Ia sebenarnya boleh memisahkan tulang belakang dan menyebabkan tekanan darah tinggi. Meluruskan tulang belakang anda dengan beberapa yoga di meja juga boleh melegakan otot anda. Penyelidikan menunjukkan bahawa meluruskan postur anda boleh membantu memberi anda rangsangan tenaga dan juga meningkatkan keyakinan anda.

Dapatkan snek

Cara terbaik dan paling cepat untuk mendapatkan semula tenaga ialah makan. Dapatkan snek untuk membantu meningkatkan tahap tenaga. Cuba makan kacang atau gula-gula untuk memberi gula kepada diri sendiri. Walaupun tidak semua orang adalah peminat coklat gelap, ia mempunyai beberapa kelebihan yang unik. Coklat gelap mempunyai tahap lemak sihat dan antioksidan yang tinggi, serta serat dan magnesium. Ia juga menyediakan sedikit kafein.

Bersihkan meja

Walaupun meja yang berselerak sering menunjukkan bahawa anda bekerja keras, melihat semua timbunan boleh menghalang aliran kreatif anda. Albert Einstein pernah berkata, jika meja berselerak itu adalah tanda minda yang berserabut, maka, apa itu tanda meja kosong?. Menghapuskan perkara yang anda tidak perlukan lagi. Meja yang teratur mencipta struktur persekitaran untuk memenuhi matlamat anda dan membantu mencapai matlamat dengan lebih berkesan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan