Tip Kekal Positif Dan Bermotivasi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apabila anda didiagnos dengan kanser kolorektal, mungkin anda merasakan satu kesukaran dalam kehidupan anda, mematikan impian dan memusnahkan harapan. Hakikatnya kehidupan anda masih belum berakhir walau apa pun yang anda hadapi jika anda mampu mengawal bagaimana anda bertindak balas terhadapnya. Berikut adalah beberapa cara untuk anda kekal positif dan bermotivasi menempuhi masa-masa sukar.

Tip kekal positif dan bermotivasi

Baca dan dengar maklumat positif

Tanamkan dalam fikiran anda segala maklumat yang memberikan inspirasi dan menarik adalah cara terbaik untuk membantu anda terus bermotivasi. Anda boleh melayari internet untuk mendapatkan topik atau cerita positif, video sebagai motivasi. Atau anda boleh dapatkan kata-kata perangsang berkaitan topik positif yang dapat menaikkan semangat anda. Kemudian, tampalkannya di tempat kerja, atau bilik tidur anda untuk mengingatkan anda bahawa anda mampu mencapai kejayaan.

Persekitaran positif

Adalah penting untuk menghindarkan diri daripada individu dan perbualan yang bersifat negatif yang mendorong anda untuk menumpukan kepada perkara yang salah dan hilang matlamat. Jangan terlibat dalam perbincangan yang negatif dan carilah individu yang bersikap positif. Mereka adalah individu yang sentiasa optimis tentang kehidupan, ia akan mendatangkan kesan kepada emosi anda dan memberikan anda maklumat untuk menjadi positif seperti mereka. Selain itu, anda boleh kekal bersikap neutral jika tidak mahu menyertai mana-mana pihak. Ini bermakna anda perlu menenangkan diri dan melihat setiap perkara secara menyeluruh.

Tenang dan kosongkan fikiran

Meditasi adalah cara yang terbaik untuk menyegar dan mengosongkan fikiran. Dipercayai pernafasan dapat mendatangkan kesan kepada kesihatan mental, mengubah fikiran dan membantu anda menjadi lebih tenang. Cari tempat yang sunyi dan selesa, duduk, rehatkan otot, tutup mata, tarik nafas dalam-dalam dan panjang, dan lepaskan ia secara perlahan-lahan. Ketika waktu ini, anda perlu fikirkan sesuatu yang positif dan menggembirakan. Bayangkan segala pengalaman menarik dan individu hebat dalam hidup anda yang membuatkan anda bahagia untuk tempoh 5 minit atau lebih.  

Dapatkan ilham daripada muzik

Jika anda ingin kekal positif dan bermotivasi, muzik, tanpa keraguan, adalah cara paling efektif dan mudah. Irama, melodi dan lirik yang baik akan dapat menyingkirkan tekanan dan kegelisahan dalam fikiran anda dengan segera. Lagu yang hebat juga membantu anda untuk berhubung dengan emosi dan perasaan yang mendalam menerusi irama dan lirik. Jangan lupa bahawa muzik mempunyai bahasanya yang tersendiri. Belajar untuk memainkan instrumen akan mencabar diri anda untuk meluahkan emosi dan pemikiran anda melalui cara yang baru.

Terus belajar

Teruskan belajar dapat membantu anda mengembangkan fikiran dan perspektif anda. Perkembangan peribadi adalah sentiasa berterusan. Anda boleh memperbaiki diri dan keupayaan anda untuk mencapai sesuatu dengan lebih berjaya. Jadi, mengapa perlu anda takutkan cabaran? Anda hanya perlu yakin terhadap diri anda sendiri. Lihat setiap cabaran sebagai peluang untuk anda menjadi lebih kuat.

Sikap positif dan bermotivasi boleh mengubah kehidupan anda secara menyeluruh. Penuhi fikiran anda dengan perkara yang positif dan bermotivasi akan membantu anda untuk menghasilkan lebih banyak perkara positif dalam hidup anda. Pastikan diri anda kekal positif dan bermotivasi, singkirkan perkara negatif, ini membantu anda untuk lebih menghargai kehidupan dan hiduplah dengan lebih menghargai diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Manfaatkan Cuti Tahunan Anda, Elak Sakit Jantung

    Individu yang pergi bercuti kurang daripada 2 kali setahun berisiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular. Ikuti artikel ini untuk tahu selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/11/2019 . 3 minit bacaan

    Kekal Bermotivasi Walaupun Menghidap Diabetes

    Mempunyai diabetes mungkin mematahkan semangat anda untuk kekal cergas. Artikel ini akan membantu anda untuk kekal bermotivasi melakukan latihan kecergasan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 16/04/2019 . 2 minit bacaan

    Berfikiran Positif Bantu Anda Hidup 7.5 Tahun Lebih Lama

    Terdapat juga laporan mengenai risiko kemurungan yang lebih rendah disebabkan oleh kawalan mood yang lebih baik dalam mereka yang berfikiran positif.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/03/2019 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Untuk Memperbaiki Mood Anda dalam Tempoh 12 Minit

    Setiap individu mempunyai remedi atau cara tersendiri dalam memperbaiki mood masing-masing seperti keluar membeli belah, makan coklat, mendengar muzik dan menonton filem di panggung wayang. Kebiasaannya, kita akan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 28/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kanser kolorektal

    Makanan Yang Dilarang Untuk Pesakit Kanser Kolorektal, Apa Yang Harus Dielakkan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    bahaya kanser kolon

    ‘Wakanda Selamanya!’, 4 Tahun Mendiang Chadwick Boseman Berjuang Melawan Kanser Kolon

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    positif

    Mengapa “Berfikir Secara Positif” Tidak Selalunya Positif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/01/2020 . 4 minit bacaan
    kanser

    Ada Saja Benda Yang Nak Dibeli, Mengapa Susahnya Nak Kawal Nafsu Membeli Ya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019 . 3 minit bacaan