backup og meta

Tip Hilangkan Berat Badan Pada Waktu Malam, Memang Sangat Mudah & Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/07/2022

    Tip Hilangkan Berat Badan Pada Waktu Malam, Memang Sangat Mudah & Berkesan!

    Ramai daripada kita terpaksa bekerja sepanjang hari dan tidak mempunyai masa untuk bersenam. Satu-satunya masa yang kita bebas adalah lewat malam tetapi tidak semua gimnasium yang masih dibuka. Tapi, macam mana nak turunkan berat badan dengan cepat jika kita hanya free pada waktu malam?

    Hari demi hari melihat jarum penimbang yang berputar tanpa boleh membantu. Ini benar-benar satu kesedihan terbesar, terutamanya kepada wanita. Oleh itu, artikel ini akan membawa tip ajaib tentang cara turunkan berat badan pada waktu malam.

    Tahukah anda, ada cara untuk turunkan berat badan dengan cepat pada waktu malam?

    6 Cara turunkan berat badan dengan cepat pada waktu malam

    1. Makan malam yang rendah garam

    turunkan berat badan dengan cepat

    Makan malam yang mengandungi banyak garam pasti akan membuatkan anda berasa kembung pada keesokan harinya. Ini merupakan antara cara yang terbaik untuk turunkan berat badan dengan cepat pada waktu malam

    Garam yang tertinggal dalam sistem penghadaman sepanjang malam secara tidak sengaja menyimpan air dalam tubuh yang menyebabkan pertambahan berat anda. 

    Adalah dinasihatkan untuk memasak makanan sederhana dan ringan dengan sayur-sayuran yang dikukus atau direbus.

    2. Lakukan senaman malam untuk turunkan berat badan

    Kita semua tahu bahawa senaman dan peluh dapat membantu menghilangkan berat badan. Sementara itu, terdapat kepercayaan bahawa bersenam pada waktu malam akan menyebabkan seseorang lebih sukar untuk tidur. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak benar.

    Pada tahun 2013, National Sleep Foundation of America telah menjalankan kaji selidik yang mendedahkan bahawa seseorang yang kekal aktif akan mendapat tidur yang lebih baik berbanding mereka yang tidak aktif. Ini adalah sebabnya:

    • Anda akan melepaskan semua tekanan sepanjang hari
    • Anda akan menjadi letih sehingga tidur dengan nyenyak

    3. Sediakan makanan tengah hari

    Sediakan makan tengahari hari berikutnya pada waktu malam. Dengan melakukan ini, anda boleh menggunakan banyak kalori.

    Selain itu, hidangan buatan sendiri mengandungi separuh daripada jumlah kalori berbanding dengan hidangan di  restoran. Ini adalah satu tindakan tetapi dua hasil.

    4. Minum banyak air untuk turunkan berat badan dengan cepat

    turunkan berat badan dengan cepat

    Semua orang tahu manfaat minum banyak air. Ia bukan sahaja akan membantu anda mengurangkan berat badan tetapi juga membawa kulit yang lebih baik. Bagaimanapun, untuk tidak berjaga ke bilik air sepanjang malam, anda perlu minum air sejam sebelum tidur.

    5. Pastikan bilik tidur anda segelap mungkin

    Apabila berada dalam kegelapan sepenuhnya, tubuh akan menghasilkan hormon melatonin. Hormon ini menggalakkan proses pembakaran kalori. Oleh itu, tetapkan bilik tidur anda dengan keadaan sangat gelap untuk mempercepatkan penurunan berat badan.

    6. Tidur di bilik tidur yang sejuk

    turunkan berat badan dengan cepat

    Apabila di dalam persekitaran yang sejuk, seseorang menggunakan lebih banyak tenaga untuk memanaskan badan. Oleh itu, ia dapat membantu anda membakar kalori dan mengurangkan berat badan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan