Selalu Sakit Tekak Bila Nak Menelan, Cuba 8 Penawar Ini Yang Ada Di Dapur Rumah Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap individu pasti pernah mengalami sakit tekak bila menelan atau tengkak bengkak. Kesakitan pada tekak sebenarnya antara sebab paling lazam mengapa individu mengunjungi klinik! 

Tapi jika anda mengalami tekak bengkak atau sakit tekak bila menelan, namun tidak mahu berjumpa doktor, di sini kami senaraikan 8 penawar yang boleh meringankan kesakitan anda.

Apa itu ia membengkak dan apa simptom yang berbahaya?

Tekak merujuk kepada bahagian anterior (hadapan) pada struktur leher. Ia mengandungi beberapa struktur asas yang membentuk sistem pernafasan seperti larinks dan farinks. 

Walau bagaimanapun, ciri penting pada saluran ini adalah struktur yang dipanggil sebagai epiglotis.

Ia merupakan injap yang bertanggungjawab menghalang pergerakan makanan dan minuman daripada memasuki saluran pernafasan. 

tekak bengkak

Tanpanya atau jika ia tidak berfungsi dengan baik, manusia mudah mendapat pneumonia sedutan (aspiration pneumonia). 

Sakit tekak atau tengkak bengkak merujuk kepada keradangan pada tekak kesan daripada jangkitan kuman. Ia tergolong dalam kelas jangkitan saluran pernafasan atas (upper respiratory tract infection). 

Kebiasaannya, individu akan mengalami simptom-simptom yang lain seperti demam, batuk, selesema dan pening kepala. 

Adakah antibiotik diperlukan jika leher bengkak atau sakit bila menelan?

Penggunaan antibiotik merupakan topik hangat kini, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan simptom yang sering dipandang enteng, seperti sakit tekak. 

Antibiotik cuma berkesan apabila digunakan terhadap bakteria. Ia tidak akan memberi apa-apa tindak balas terhadap virus, memandangkan ia tidak mempunyai struktur penting yang menjadi asas kepada fungsi antibiotik tersebut. 

Kira-kira 90% kes sakit tekak disebabkan oleh virus. Namun, apakah yang akan terjadi jika kita tidak mengambil antibiotik apabila tekak bengkak kita disebabkan oleh jangkitan bakteria?

Walaupun kurang 10% bakteria dikaitkan dengan sakit tekak, kesannya masih boleh membawa komplikasi kronik yang teruk. Sebagai contoh, bakteria streptokokal yang sering menyebabkan sakit tekak ketika menelan. Jika tidak dirawat dengan baik, ia boleh menyebabkan komplikasi demam reumatik. 

Kajian yang dijalankan pada tahun 1987 mendapati mereka yang dijangkiti bakteria akan baik 16 jam lebih awal daripada mereka yang dijangkiti virus dengan bantuan rawatan antibiotik. 

8 penawar semula jadi untuk tekak membengkak dan sakit tekak bila menelan

sakit tekak bila menelan

Walaupun anda sudah berjumpa dengan doktor atau sudah mengambil ubat untuk sakit tekak, tapi tekak anda masih sakit? 

Jangan risau, di sini kami senaraikan 8 penawar semula jadi yang boleh membantu anda melegakan tekak bengkak itu.

  • Madu

Menurut kajian, madu berpotensi bertindak sebagai pemulih luka yang berkesan. Paul IM telah menerajui sekumpulan pengkaji untuk mencari jenis rawatan yang efektif bagi menangani masalah batuk malam. 

Hasil kajian mendedahkan, madu lebih berkesan dalam merawat tengkak bengkak berbanding ubat batuk (dextromethorphan). Ia juga mengurangkan kekerapan batuk pesakit.

  • Air garam

Tujuan utama berkumur air garam adalah untuk membunuh bakteria yang telah menjangkiti tekak. Ia berkesan dalam melegakan tekak bengkak dan dalam masa yang sama melancarkan aliran lendiran di dalam tekak. 

Kajian yang dijalankan pada tahun 2005 mendapati, mereka yang berkumur dengan air setiap hari selama 2 bulan mempunyai kadar jangkitan salur pernafasan atas yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak berkumur. 

  • Pudina

Jika anda suka mengunyah gula-gula getah, anda pasti tahu makanan tersebut mengandungi peppermint, kan?

Ia diperbuat daripada mentol yang memberi rasa kesejukan dalam mulut.

Mentol mempunyai keupayaan untuk mencairkan kahak dan melegakan sakit tekak.

Ia bertindak sebagai agen antiradang, antibakteria dan antiviral; memberikan ruang kepada tekak untuk beransur pulih dengan kadar yang segera. 

  • Akar manis (Licorice root)

tekak bengkak

Akar manis telah digunakan sebagai penawar bagi sakit tekak sejak dulu lagi. Apabila bahan kumur yang diperbuat daripada akar manis diberikan kepada pesakit 5 minit sebelum diberikan ubat bius, ia dapat mengurangkan insiden terjadinya fenomena sakit tekak selepas tempoh pembedahan (postoperative sore throat).  

Namun, akar manis ini tidak sepatutnya diambil pada kuantiti yang banyak untuk jangka masa yang panjang.

Menurut laman web, National Center for Complementary and Integrative Health, mereka yang berbuat demikian berisiko untuk mendapat hipertensi dan masalah tahap potassium rendah, seterusnya menyebabkan masalah jantung dan otot. 

Jika anda ingin mengambilnya untuk tujuan merawat sakit tekak, ambillah pada jumlah yang sedikit dan berhenti setelah anda sembuh.

Bagaimana jika anak saya yang sakit tekak?

Orang dewasa boleh mencuba pelbagai jenis herba yang terbukti berkesan untuk merawat sakit tekak, namun bagaimana pula dengan kanak-kanak? 

Sebenarnya, penting buat anda untuk membawa anak berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Namun terdapat beberapa tip yang anda masih boleh guna untuk mengurangkan kesakitan yang dialami si manja.

  • Pasangkan pelembab udara dalam bilik anak
  • Galakkan anak anda untuk minum air kosong secukupnya. Hindari minuman sejuk, minuman berjus atau aiskrim
  • Jika anak berusia kurang 1 tahun, jangan beri madu padanya! Ini kerana madu mengandungi spora daripada bakteria Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan. 
  • Beri lozeng yang boleh merawat sakit tekak. Akan tetapi, kanak-kanak bawah 5 tahun tidak patut diberikan lozeng yang boleh merawat sakit tekak kerana risiko tercekik

*Artikel di atas telah ditaja dan ditulis untuk iNova Pharmaceuticals (Singapore) Pte Limited Malaysian Branch

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Chloraseptic Kids Sore Throat Spray

Ketahui mengenai %%title%% di %%sitename%%, termasuk kaeadah penggunaan, kesan sampingan, dan tindak balasnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi
Ubat/Herba A-Z, Ubat A-Z 13/04/2018 . 1 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ubat sakit tekak

Siapa Yang Ada Masa Untuk Sakit Tekak? Selain Lozeng, Ini 5 Ramuan Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
cara hilangkan sakit tekak

Sakit Tekak Ketika Menelan? Cuba 16 Cara Hilangkan Sakit Tekak Yang Paling BERKESAN Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Diterbitkan pada 29/02/2020 . 5 minit bacaan
sakit tekak berpanjangan

5 Punca Sakit Tekak Yang Anda TAKKAN Percaya, Ada Yang Wajib Jumpa Doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Diterbitkan pada 29/02/2020 . 3 minit bacaan
Chloraseptic

Chloraseptic

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi
Diterbitkan pada 13/04/2018 . 1 minit bacaan