Baru Sahaja Makan Tapi Cepat Betul Lapar Balik, Hati-Hati Dengan #4, Itu Petanda Tak Baik!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Walaupun sudah makan banyak kali, rasa lapar masih terus menghantui diri. Bagaimana ia boleh berlaku? Dapatkan jawapannya di bawah.

1. Stres

Semasa stres, anda tidak rasa ingin makan disebabkan hormon adrenalin. Namun jika tekanan dan kadar stres anda berkekalan, hormon kortisol akan dilepaskan dan akan meningkatkan selera makan. Selepas kenyang, kadar kortisol akan turun semula.

2. Anda sebenarnya haus

Kadangkala, apabila anda berasa lapar, anda mungkin sebenarnya mengalami dehidrasi dan memerlukan air. Jadi, cuba minum air terlebih dahulu. Jika masih lapar, ketika itu anda benar-benar memerlukan makanan. Disebabkan air yang anda minum sebelum makan, kuantiti makanan yang diambil dapat dikurangkan.

3. Lonjakan kadar gula dalam darah

Makanan manis dan berkanji seperti donut, air berkarbonat, dan pastri melonjakkan kadar gula yang tinggi dalam darah. Keadaan ini meningkatkan kadar pelepasan insulin yang membantu sel menggunakan gula tersebut untuk menghasilkan tenaga atau simpanan. Namun, lonjakan tersebut boleh membuatkan badan anda menghasilkan insulin lebih dari sepatutnya sehingga kadar gula menjadi terlalu rendah dan membuatkan anda lapar semula.

Jadi, makanan manis hanya menghilangkan rasa lapar untuk sementara waktu.

4. Kencing manis

Salah satu simptom kencing manis ialah banyak makan atau polyphagia. Masalah yang dihadapi oleh penghidap diabetes bukan tidak cukup makanan tetapi kegagalan badan untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga kerana gangguan pada fungsi insulin. Oleh itu, badan akan terus menghantar isyarat lapar untuk membekalkan makanan bagi menghasilkan tenaga.

5. Anda mengandung

Wanita hamil mempunyai selera yang mungkin berbeza berbanding wanita lain. Mereka boleh mengidam macam-macam jenis makanan sewaktu mengandung. Jika anda merasakan anda hamil, dapatkan kit ujian kehamilan air kencing di farmasi. Jika positif, dapatkan pengesahan oleh doktor di pusat kesihatan.

6. Makan terlalu laju

Badan anda tidak dapat mengesan anda sudah kenyang jika makan terlalu laju. Ambil masa secukupnya untuk mengunyah dan menikmati hidangan anda.

7. Iklan makanan

Apabila anda melihat atau terbaru sesuatu makanan, bahagian otak yang merangsang rasa lapar akan menjadi aktif. Daripada tidak lapar terus menjadi lapar. Cuba kawal diri dari melihat iklan atau berada dekat dengan makanan jika ingin mengurangkan diet anda.

8. Kelenjar tiroid terlebih aktif

Kelenjar tiroid yang terletak di bahagian depan leher anda merembeskan hormon tiroid yang berfungsi mengawal kadar metabolisme badan. Jika terlalu banyak hormon tiroid dirembeskan, kadar metabolisme akan meningkat dan anda akan lebih kerap lapar. Lebih mengejutkan, berat badan tetap berkurang walaupun banyak makan. Keadaan ini disebut sebagai hipertiroid dan rawatan adalah diperlukan untuk mengelakkan komplikasi.

9. Anda mengambil ubat

Sesetengah ubat meningkatkan selera makan termasuk ubat untuk rawatan depresi, gangguan mood, antihistamin, antipsikotik, dan kortikosteroid. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

10. Tidak cukup tidur

Kurang tidur mengganggu kestabilan hormon yang mengawal selera makan (leptin dan ghrelin) dan cenderung meningkatkan keinginan untuk makan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

    Mungkin ramai sudah tahu tentang apa itu dialisis namun belum arif tentang siapa yang perlu buat rawatan ini bukan? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Urologi, Penyakit Buah Pinggang 05/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kaki Exercise Kena Tahu Ini- Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!

    Tahukah anda, jika anda tidak aktif dab berkerja dihadapan komputer atau memandu sepanjang hari, efek bersenam dilakukan mungkin tidak dapat dirasai?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Sahaja ‘Apa’, Penderita Kencing Manis Juga Kena Prihatin Dengan ‘Bila’ Anda Makan!

    Mungkin ramai yang ada kencing manis jenis 2 namun tidak tahu tip untuk mengawalnya bukan? Jadi jom klik artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kencing Manis, Diabetes Jenis 2 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Serat yang diperoleh daripada makanan seperti sayuran mempunyai banyak manfaat. Salah satu manfaat serat ialah kurangkan risiko diabetes jenis 2!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    diabetes

    Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    tip bersenam

    Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    penjagaan diri

    Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/10/2020 . 4 minit bacaan