backup og meta

Pasangan Hidap HIV AIDS? Usah Bimbang, Ini 5 Cara Lakukan Seks Secara Selamat

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/10/2022

    Pasangan Hidap HIV AIDS? Usah Bimbang, Ini 5 Cara Lakukan Seks Secara Selamat

    Mempunyai seks yang selamat adalah penting dalam perhubungan terutamanya di antara orang yang mempunyai AIDS dan HIV kerana aktiviti seksual adalah salah satu sebab utama penyebaran virus ini. 

    Oleh itu, jika anda mempunyai hubungan dengan seseorang yang mempunyai AIDS dan HIV, sebelum bercinta, pastikan anda tahu dengan jelas bagaimana untuk melakukan seks dengan selamat.

    Seks selamat bagi pesakit AIDS Dan HIV 

    #1. Kongsi mengenai sejarah seks anda

    Sesetengah orang merasa terlalu sukar untuk bercakap dengan pasangan seks mengenai penyakit mereka.

    Tetapi adalah perlu bagi kalian berdua untuk berkongsi tentang kedua-dua sejarah seks anda.

    Anda perlu memastikan bahawa pasangan seks tidak pernah melakukan seks dengan mana-mana orang yang mempunyai AIDS dan HIV.

    Anda juga boleh memintanya menunjukkan hasil pemeriksaan jika mempunyai sebarang keraguan.  

    Selain itu, anda juga perlu jujur ​​untuk berkongsi bahawa anda mempunyai HIV dengan pasangan seks.

    Secara tak langsung, ini membantu anda berdua untuk mempunyai hubungan seks secara selamat.

    #2. Sentiasa menggunakan perlindungan

    Aids dan HIV

    Seks dengan penggunaan sebarang perlindungan boleh melindungi anda dan pasangan jika salah seorang daripada kalian mempunyai jangkitan AIDS dan HIV.

    Anda boleh memilih salah satu di bawah untuk mencegah sebarang kemungkinan yang boleh terjadi:

    • Kondom lelaki
    • Kondom wanita
    • Dental dams (boleh digunakan untuk hubungan seks di antara perempuan-perempuan, lelaki-perempuan, dan lelaki-lelaki)

    #3. Gunakan pelincir

    Pelincir sebenarnya boleh membantu walaupun tidak kelihatan seperti boleh mencegah AIDS dan HIV. Apabila menggunakan kondom, anda meletakkan diri dengan risiko yang serius jika kondom rosak.

    Cara terbaik untuk mengelakkan kerosakan kondom adalah mengurangkan tekanan pada kondom menggunakan pelincir.

    Sentiasa gunakan minyak pelincir berasaskan air, kerana pelincir jenis lain boleh menjejaskan getah kondom dan meletakkan anda pada risiko jangkitan.

    #4. Gunakan kondom dengan betul

    Aids dan HIV

    Penggunaan kondom yang betul adalah penting untuk mencegah jangkitan HIV, kerana kondom yang koyak atau rosak adalah sama dengan keadaan tidak memakai kondom.

    Simpan kondom anda dengan betul daripada cahaya matahari dan di tempat yang sejuk serta kering.

    Jangan lupa tarikh tamat tempoh kondom (ambil perhatian bahawa perkataan “MFG” bermakna tarikh pembuatannya). Buka plastik kondom dengan teliti menggunakan tangan dan bukan dengan gigi. 

    #5. Dapatkan ujian AIDS dan HIV dengan kerap

    Ujian dan pemeriksaan kesihatan dapat membantu anda dan pasangan berada dalam keadaan selamat.

    Melindungi di antara satu sama lain jika anda berisiko atau berada dalam hubungan yang baharu adalah sesuatu yang baik yang boleh dilakukan bersama-sama. 

    Oleh kerana sesetengah pasangan boleh berbohong berkenaan ujian HIV atau hasil ujian tersebut, jadi untuk lebih selamat adalah  mendapatkan ujian secara bersama.

    Walaupun hidup dan bersetubuh dengan seseorang yang mempunyai HIV adalah sangat sukar, tetapi jika anda tahu cara yang betul untuk melakukannya, maka ia tidak menjadi masalah. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Nurul Halifah


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan