Salah Faham Biasa Mengenai HIV/AIDS

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 13/11/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Ramai yang pernah dengar tentang HIV/AIDS tetapi mungkin tidak ramai yang dapat maklumat yang benar mengenainya. Salah faham yang banyak berlegar dalam masyarakat sering membuatkan orang membesarkan perkara yang kecil dan memandang remeh hal yang sebenarnya besar.

Mari lihat salah faham biasa mengenai HIV/AIDS.

1. HIV dan AIDS ialah dua perkara berbeza yang berkaitan antara satu sama lain

HIV (human immunodeficiency virus) ialah virus manakala AIDS (acquired immunodeficiency syndrome) ialah keadaan yang disebabkan oleh jangkitan virus tersebut.

Jangkitan HIV menyebabkan sistem imun menjadi lemah dan ia mempunyai 4 tahap berbeza mengikut keterukan keadaan pesakit. AIDS ialah tahap paling teruk bagi jangkitan HIV.

2. Jangkitan HIV boleh tersebar melalui sentuhan biasa

Salah faham ini memberikan kesan buruk kepada pesakit. Mereka mungkin disisihkan dari masyarakat atas penyakit yang disangka boleh berjangkit melalui sentuhan biasa. Malah, bercium juga tidak menyebarkan virus HIV.

Jangkitan berlaku melalui darah, air mani, cecair faraj, atau susu badan. Semua ini boleh tersebar melalui perkongsian jarum, hubungan seksual (terutamanya hubungan sejenis), dan menyusu badan.

3. Nyamuk boleh menyebarkan virus

Memandangkan HIV tersebar melalui darah, ramai mungkin menyangka nyamuk atau serangga lain boleh menyebarkan jangkitan. Kajian menunjukkan bahawa ia tidak boleh berlaku meskipun di kawasan yang mempunyai kepadatan nyamuk dan kes jangkitan HIV yang tinggi.

Apabila nyamuk atau serangga lain menggigit, ia tidak menyuntik darah ke dalam badan orang lain. Tambahan pula, virus HIV tidak boleh hidup lama di dalam serangga atau nyamuk.

4. Diagnosis jangkitan HIV ialah satu pengakhiran kepada hidup

Semasa wabak jangkitan ini bermula, kadar kematian adalah sangat tinggi. Tiada rawatan khusus dan pencegahan yang efektif pada ketika itu. Kini, semuanya sudah berubah. Rawatan ART (antiretroviral therapy) memberikan hasil yang meyakinkan. Pesakit boleh hidup seperti biasa tanpa memindahkan virus kepada orang lain. Meskipun ART tidak menyembuhkan jangkitan, ia mampu mengawal simptom dan jangkitan dengan syarat ubat diambil seumur hidup.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Menyingkap Mitos HIV

    Artikel ini akanmenyingkap mitos HIV yang biasa didengari dan dipercayai, namun ianya salah sama sekali dari segi fakta kebenarannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 18/04/2019 . 2 minit bacaan

    Mengenai HIV: Apa Yang Remaja Perlu Ketahui

    Mempunyai pengetahuai mengenai HIV akan dapat membantu menjaga dan melindungi diri dengan lebih baik dari panyakit global ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pusat Kesihatan 17/04/2019 . 2 minit bacaan

    Seks Secara Selamat dan HIV

    Mempunyai seks yang selamat adalah penting dalam apa-apa hubungan, terutamanya di antara orang yang mempunyai HIV kerana aktiviti seksual adalah salah satu sebab utama penyebaran HIV. Oleh itu, jika anda mempunyai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Fakta Mengenai Tuberkulosis

    Tuberkulosis (tibi) ialah penyakit berjangkit paling berbahaya di dunia. Mari ikuti fakta penting mengenai penyakit ini. 1. Setiap satu jam, 3 individu mati disebabkan tuberkulosis Penyakit tibi telah dikenal pasti ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 12/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan hiv

    Adakah HIV Masih Lagi Satu Epidemik Global?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/11/2019 . 3 minit bacaan
    HIV/AIDS

    6 Salah Faham Mengenai HIV / AIDS

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 06/05/2019 . 2 minit bacaan
    perkosaan

    Perkosaan: Kesan Terhadap Fizikal dan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 30/04/2019 . 2 minit bacaan
    Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Tentang HIV: Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/04/2019 . 3 minit bacaan