Selain itu, herniated lumbar disks juga lebih kerap berlaku pada individu yang meluangkan masa yang panjang duduk di hadapan komputer.
Kemerosotan otot
Duduk terlalu lama tidak memerlukan penggunaan otot Ab dan jika ia tidak digunakan buat masa yang terlalu lama, ini akan mengakibatkan swayback iaitu tulang belakang berada kepada kedudukan yang tidak semulajadi. Tambahan itu, duduk terlalu lama juga akan mengurangkan fleksibiliti terutamanya pada pinggang dan belakang. Pinggang yang fleksibel dapat membantu kestabilan badan. Namun begitu, duduk terlalu lama akan mengakibatkan otot flexor menjadi lebih pendek dan tegang.
Otot glute juga akan menjadi lebih lembut akibat tidak digunakan buat tempoh masa yang lama dan ini akan mengehadkan kebolehan badan untuk melangkah lebih jauh dan mengekalkan kestabilan badan.
Kemerosotan organ
Duduk terlalu lama boleh mengundang sakit jantung, penyakit kardiovaskular dan kanser kolon. Dalam erti kata yang lain, masalah ini adalah disebabkan oleh terlebih penghasilan insulin akibat tidak aktif lalu memperlahankan aliran darah kepada organ-organ dalam badan. Dengan kerap bergerak, sel yang menyebabkan kanser dapat dibunuh sekaligus merembeskan antioksidan yang mampu menyingkirkan radikal bebas sebelum ia merebak.
Terlebih penghasilan insulin juga boleh mengakibatkan pertambahan berat badan yang menyumbang kepada diabetes dan obesiti.
Gangguan kaki
Jelas sekali, duduk terlalu lama akan mengehadkan pengaliran darah di dalam kaki. Ini akan menyebabkan darah untuk berkumpul pada buku lali lalu menyebabkan ia membengkak, pergumpalan darah serta vena varikos. Isu lain yang akan berlaku disebabkan duduk terlalu lama ini adalah tulang menjadi lebih lemah dan kurang tumpat. Ini mungkin menjelaskan mengapa ramai individu dewasa mengalami osteoporosis.
Menurut kajian, individu yang menonton televisyen lebih daripada tempoh 8.5 tahun mempunyai 61% lebih risiko untuk meninggal dunia pada usia yang muda jika hendak dibandingkan dengan individu yang menonton televisyen kurang satu jam sehari.
Jadi, bagaimana kita boleh melawan epidemik ini?

Sumber: DailyInfoGraphic.com
Pertama sekali, jika anda masih perlu untuk duduk dalam tempoh yang lama bagi melakukan pekerjaan, pastikan anda duduk dengan tegak dan elakkan membongkok ke hadapan papan kekunci anda. Jika anda masih juga terpaksa melakukannya, beli sebuah bola senaman, yang boleh membantu otot Ab anda untuk bekerja di samping memastikan postur badan anda kekal tegak. Anda juga boleh menggunakan kerusi yang tidak mempunyai bahagian belakang jika anda mahukan sesuatu yang lebih stabil berbanding bola senaman.
Kedua, pastikan anda bangun untuk menggeliat sekali-sekala. Berapa kerapkah ini perlu dilakukan? Menurut pakar, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap 30 minit. Bangun dan berjalanlah di sekeliling pejabat anda untuk beberapa minit bagi memastikan pengaliran darah anda ke otak dan otot berfungsi secara optimal.
Ketiga, yoga dapat membantu otot untuk menjadi lebih fleksibel selain membenarkan minda untuk relaks daripada sebarang tekanan kerja. Anda juga boleh membeli meja kerja yang membolehkan anda melakukan kerja secara berdiri kerana ia merupakan posisi yang paling sesuai untuk melakukan pekerjaan. Ini dapat membantu darah dan oksigen mengalir dengan lebih bebas ke seluruh bahagian badan sekaligus mengurangkan risiko pergumpalan darah dan pelbagai masalah kesihatan berbahaya yang lain.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen