Merokok: Faktor Risiko Utama Terhadap Penyakit Berkaitan Gaya Hidup

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Penggunaan rokok atau tembakau adalah topik yang tidak pernah berakhir dengan peningkatan kekerapan dalam kalangan remaja. Statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko utama penyakit kronik dan bertanggungjawab untuk sekitar 10 hingga 12 peratus kematian di Malaysia. Statistik tersebut juga menunjukkan bahawa 50% lelaki di Malaysia adalah perokok. Perkara ini berlaku bukan sahaja di Malaysia, tetapi ia adalah satu cabaran di seluruh dunia. Menurut Persatuan Kanser Amerika, 480,000 orang di Amerika Syarikat mati akibat penyakit yang berkaitan dengan penggunaan tembakau setiap tahun dan dengan menghisap rokok, membunuh lebih banyak rakyat Amerika berbanding masalah-masalah lain seperti HIV, senjata api, dadah haram atau alkohol.

Merokok menyumbang sebagai faktor risiko kepada empat kumpulan utama penyakit tidak berjangkit yang juga berkaitan dengan perubahan gaya hidup – masalah kardiovaskular, pelbagai jenis kanser, penyakit berkaitan dengan paru-paru dan diabetes. Penyakit kardiovaskular kini menjadi punca utama kematian di dunia, dan penggunaan tembakau melalui aktiviti merokok meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok sebanyak dua hingga empat kali ganda. Merokok juga menyumbang kepada penyakit paru-paru kronik, yang boleh melumpuhkan atau membawa maut dan meningkatkan risiko kematian sehingga 12 kali ganda.

Merokok dan kencing manis

Walaupun diabetes selalu dikaitkan dengan pengambilan gula yang tinggi, sebaliknya merokok adalah faktor risiko bebas untuk diabetes, dengan 12 insiden diabetes di Amerika Syarikat berasal daripada aktiviti merokok. Merokok adalah antara faktor utama kekerapan diabetes jenis 2 dan perokok adalah 30% hingga 40% lebih tinggi untuk menghidap diabetes berbanding bukan perokok. Pesakit diabetes yang juga seorang perokok meningkatkan risiko kematian mereka dan komplikasi berkaitan lain seperti masalah amputasi dan penglihatan. Penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa merokok adalah faktor penting yang dikaitkan dengan nefropati diabetik.

Merokok dan kanser

Kanser paru-paru sentiasa dikaitkan dengan tabiat merokok dan ia pastinya merupakan punca utama kewujudan kanser paru-paru. Bukan itu sahaja, merokok juga meningkatkan risiko kanser lain termasuk kanser mulut, kanser larynx, kanser pharynx, kanser esofagus, kanser buah pinggang, kanser serviks, kanser hati, kanser pundi kencing, kanser pankreas, kanser perut, kanser kolon / rektum dan leukemia myeloid.

Merokok dan masalah pernafasan

Pernahkah anda mendengar tentang “batuk perokok”? Asap yang dihasilkan daripada tembakau mengandungi bahan kimia dan zarah yang memperburuk saluran pernafasan dan paru-paru. Apabila perokok menyedut semua zarah dan bahan ini, badan membentuk lendir atau batuk untuk membersihkan zarah tersebut daripada saluran pernafasan. “Batuk perokok” boleh menjadi penunjuk sekiranya mempunyai penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) atau penyakit paru-paru jangka panjang dan risiko akan semakin meningkat apabila semakin lama kita merokok. COPD merangkumi kedua-dua bronkitis dan emfisema kronik. Bronkitis kronik adalah keadaan di mana saluran udara menghasilkan lendir terlalu banyak dan memaksa individu untuk batuk dan ia adalah satu komplikasi yang sering berlaku kepada perokok. Emphysema, sebaliknya, adalah suatu keadaan di mana ia memusnahkan keupayaan seseorang untuk bernafas dan ia tidak boleh disembuhkan. Ia hanya boleh dirawat jika seseorang individu itu berhenti merokok.

Merokok dan penyakit kardiovaskular

Beberapa penyakit kardiovaskular juga dikaitkan dengan merokok. Merokok menyebabkan kerosakan pada jantung dan saluran darah anda selain meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung atau strok. Bukan itu sahaja, merokok juga menyebabkan tekanan darah tinggi dan darah anda menjadi beku. Selain itu, merokok mempengaruhi arteri anda dengan membina plak dan meningkatkan risiko penyakit arteri periferal atau PAD; keadaan pengaliran darah yang lemah ke tangan dan kaki.

Menghentikan tabiat merokok anda bukan hanya akan menghentikan penyakit kronik yang boleh dicegah tetapi juga secara beransur-ansur meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan anda. Sekitar 20 minit selepas merokok, tekanan darah dan denyut jantung anda akan berkurangan, manakala paras serum nikotin turun hingga 90% selepas 8 jam manakala deria bau dan rasa akan bertambah baik selepas 48 jam. Tambahan pula, risiko kanser paru-paru akan berkurangan sebanyak 30% – 50% selepas 10 tahun berhenti merokok. Anda boleh mengubah gaya hidup anda secara beransur-ansur dengan menggantikan penggunaan rokok dengan terapi penggantian nikotin seperti tampalan (patch) nikotin atau gula getah. Anda juga boleh mengambil bahagian secara aktif dalam program berhenti merokok atau terapi yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan mendapatkan lebih banyak maklumat daripada klinik dan hospital berhampiran. Semua sokongan untuk anda berhenti merokok sudah disediakan, tetapi tindakan awal bermula daripada diri anda sendiri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa Itu Kanser : Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Penyakit kanser atau barah sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ketahui apa itu kanser, simptom, punca dan bila anda perlu berjumpa doktor.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kanser 17/09/2020 . 6 minit bacaan

    Bagaimana Nak Tahu Jika Alami Kanser Kulit Melanoma? Ini Cara Periksa Sendiri Di Rumah

    Anda nampak tahi lalat pelik pada badan anda? Jaga-jaga, itu mungkin tanda kanser kulit. Kesan kanser melanoma melalui 2 kaedah mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Kanser Kulit 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

    Semakin anda membesar dan menua, berapa banyak waktu tidur yang anda perolehi? Adakah anda puas dengan waktu tidur anda? Cukupkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 08/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hempedu, Walaupun Kecil Tapi BAHAYA Jika Dijangkiti, No. 5 Boleh Sebabkan MAUT!

    Biasanya kita tak kisah tentang pundi hempedu. Namun jika wujud masalah kesihatan seperti sakit hempedu, ia boleh menjadi situasi yang sangat menyakitkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    hpv adalah

    Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    pembengkakan prostat

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    penghidap penyakit barah

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan