Mengapa Berbuat Baik Akan Mengubah Hidup Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apakah yang membuatkan anda bahagia? Sesetengahnya mungkin mengatakan kasih sayang seperti kasih sayang keluarga, percintaan dan sayangi diri sendiri. Ada yang mengatakan dengan membelanjakan wang untuk pakaian, makanan, aktiviti menghiburkan atau diri sendiri secara umumnya membuatkan mereka bahagia. Dan kadang-kadang, kita mungkin mengatakan “Saya suka memberikan sesuatu dan menolong orang. Itu membuatkan saya bahagia”. Sejauh manakah kehilangan sesuatu akan membuatkan anda bahagia?

Berbuat baik dan kepuasan hidup

Ternyata kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana kebaikan anda terhadap seseorang. Satu kajian yang diterbitukan dalam Journal of Social Psychology pada 2011 membuktikannya. 

Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam kaji selidik yang mengukur kepuasan hidup. Satu kumpulan diberitahu untuk melakukan kebaikan setiap hari. Satu kumpulan lagi diberitahu untuk melakukan sesuatu yang baru setiap hari. Dan kumpulan terakhir tidak menerima arahan.

Mereka semua melakukan tinjauan pada awalnya dan mengulanginya selepas 10 hari menjalankan arahan. Selepas 10 hari, terdapat rangsangan yang signifikan dalam keputusan kedua-dua kumpulan pertama itu kedua-duanya berasa lebih bahagia, sementara kumpulan ketiga tidak.

Ini menunjukkan bahawa melakukan perbuatan baik kepada orang lain meningkatkan kepuasan keseluruhan walaupun mereka hanya melakukannya dalam masa 10 hari. Tambahan pula, terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa setelah melakukan kebaikan, seseorang biasanya berasa lebih tenang.

Apa kata penyelidikan?

Satu lagi kajian yang diterbitkan pada setahun berikut juga mempunyai beberapa penemuan menarik. Peserta diberi sedikit wang dengan dua pilihan sama ada mereka membelanjakannya pada diri sendiri atau orang lain. Mereka harus memilih apa yang akan membuatkan mereka berasa gembira. Para peserta yang memilih untuk menghabiskan wang pada orang lain dilaporkan berasa lebih bahagia. Lebih-lebih lagi, tidak kira berapa banyak yang mereka belanjakan, mereka hanya berasa gembira apabila memberikannya kepada orang lain.

Menariknya, penemuan kedua dari kajian itu lebih mengagumkan. Mengandaikan hasilnya, kegembiraan sememangnya membawa kepada ketagihan. Ketika memilih, jika mereka perlu membelanjakan wang itu kepada diri sendiri atau orang lain, orang-orang yang sebelum ini telah membeli sesuatu untuk orang lain, mereka berasa sangat gembira mengenainya dan ketika mereka mengingatinya, mereka lebih mudah membeli sesuatu untuk orang lain ketika ini.

Tapi mengapa?

Satu penjelasan yang mungkin adalah dengan melakukan tindakan altruistik (kelakuan yang melibatkan perhatian yang tidak mementingkan diri sendiri), membantu seseorang dapat melegakan tekanan. Walaupun ia tidak dikaji secara serius, penyelidikan mengatakan bahawa orang yang memberikan mengurut bayi mempunyai hormon tekanan yang lebih rendah daripada mereka yang tidak melakukannya.

Satu lagi jawapan yang mungkin untuk mengapa melakukan perbuatan baik menjadikan kita bahagia, mungkin kegembiraan sebenar. Sebagai contoh, kita tidak boleh menyangkal betapa gembiranya kita apabila seseorang yang menerima hadiah itu dengan senyuman penuh makna kepada kita. Ia hanya sifat semulajadi manusia.

Kesimpulannya, jika anda berasa gembira dengan berbuat baik kepada orang lain, anda lebih cenderung melakukannya lagi pada masa akan datang. Ia mewujudkan kitaran yang mana kebahagian yang dirasakan semasa memberikan sesuatu pada seseorang membuatkan anda lebih suka melakukannya lagi. Dengan itu, ia kelihatan seperti kebahagiaan tidak jauh untuk dicapat. Semua yang anda perlu lakukan ialah pergi ke kedai dan belikan sesuatu untuk orang yang anda sayangi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    Mengajar Anak dengan Kebaikan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 03/05/2018 . 2 minit bacaan
    susu ibu

    10 Manfaat Penyusuan Badan Kepada Si Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 05/04/2018 . 3 minit bacaan