backup og meta

Mudah Terlupa? Sebenarnya Memori Boleh Lebih Teruk Pada Waktu Pagi! Ini Sebabnya...

Mudah Terlupa? Sebenarnya Memori Boleh Lebih Teruk Pada Waktu Pagi! Ini Sebabnya...

Banyak kajian berkaitan dengan memori telah dijalankan oleh para pengkaji. Memori bukan sahaja penting untuk menjalani urusan seharian, malah ia merupakan kunci kepada pencapaian akademik individu. Kajian terbaru menunjukkan masa mungkin mempengaruhi kekuatan memori jangka pendek anda.

Bagi merungkai isu yang selama ini menjadi tanda tanya, kita perlu memahami konsep memori itu sendiri. Ia bukanlah satu topik yang mudah memandangkan ia melibatkan interaksi di antara pelbagai jenis faktor seperti tahap kesihatan, usia, kematangan, keinginan untuk mengingati sesuatu perkara dan sebagainya.

Artikel ini berkisarkan berkenaan dengan hubungan di antara memori dan masa seharian. Adakah manusia susah untuk ingat pada waktu pagi, petang ataupun malam? Baca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Sepintas lalu mengenai memori jangka pendek dan jangka panjang

memori jangka pendek

Keupayaan untuk belajar dan mengingati sesuatu perkara merupakan fungsi kognitif yang merangkumi lebih daripada satu komponen. Walaupun pembahagian memori boleh dibuat berdasarkan beberapa jenis sifat, namun struktur kogntitif yang memberi keupayaan kepada seorang individu untuk mengingati itu sangat kompleks.

Memori yang berbeza menggunakan fungsi bahagian otak yang berbeza. Sebagai contoh, memori yang berkait dengan prosedur seperti menaiki motor dan memandu kereta disimpan pada beberapa bahagian otak seperti serebelum, korteks neo dan sistem limbik. Memori ini digelar sebagai memori bukan deklaratif kerana ia melibatkan aspek pergerakan.

Memori yang melibatkan perkara seperti pengetahuan am dan pengalaman pula disimpan pada struktur bahagian lobus temporal tengah (medial temporal lobe). Memori ini digelar sebagai memori deklaratif memandangkan ia melibatkan memori semantik dan episodik (pengalaman, ingatan berkenaan sesuatu peristiwa). Mereka yang mengalami hilang ingatan mempunyai kerosakan pada struktur ini.

Walaupun pada suatu ketika dahulu, definisi bagi memori deklaratif sering dikaitkan dengan sesuatu yang mesti dipelajari secara aktif dan memori bukan deklaratif kebiasaannya dipelajari secara separuh sedar, tetapi ia adalah tidak tepat. Definisi itu merupakan satu bentuk ringkasan yang tidak menggambarkan fungsi sebenar.

Sebagai contoh, memori peristiwa yang melibatkan emosi seperti kematian orang tersayang, kemalangan dan sebagainya tidak dipelajari secara aktif. Ia merupakan komponen memori deklaratif. Pergerakan individu yang melibatkan aspek kecekapan seperti menunggang basikal, mempelajari sesuatu sukan dan bermain alat muzik, perlu dipelajari secara aktif. Ini merupakan komponen memori bukan deklaratif.

Pelbagai jenis faktor boleh mempengaruhi memori namun dalam artikel ini, kita akan memberikan keutamaan kepada masa dalam seharian. Sebelum itu, mari kita kenal dengan komponen memori yang lain dahulu.

Memori jangka pendek (short term memory, STM) dan memori jangka masa panjang (long term memory, LTM)

memori jangka pendek

Ini merupakan komponen kognitif yang penting buat setiap individu. Menurut William James, bapa psikologi, memori jangka pendek akan mengawal atur maklumat secara sedar dalam masa beberapa saat setelah stimuli berkenaan dengan maklumat tersebut hilang dari pandangan mata. Manakala memori jangka masa panjang pula bergantung kepada pengalaman atau peristiwa lepas.

Konsep tersebut dianggap lemah memandangkan ia seperti mengatakan bahawa memori jangka pendek dan memori jangka panjang mempunyai sistem yang berbeza.

Secara mudahnya, perkara yang anda perlu tahu berkenaan dengan memori adalah ia terbahagi kepada tiga fasa, fasa deria, STM dan LTM. Perkara ini penting memandangkan bukan semua perkara yang kita hadapi setiap hari perlu disimpan dalam stor simpanan LTM.

Secara asasnya, memori mula tercipta tatkala kita mengesan sesuatu menggunakan deria sedia ada. Maklumat berkenaan dengan perkara tersebut akan didaftarkan dan kebiasaannya hanya berlegar-legar dalam sesaat. 

Perkara inilah yang membolehkan anda merasa sentuhan, bunyi atau gambaran seketika sesudah sesuatu stimulus itu hilang. Sebagai contoh setelah anda dicucuk, anda masih terasa sakit walaupun anda tidak lagi dicucuk, namun perkara tersebut hanya kekal untuk seketika.

Perkara ini akan menyebabkan memori tersebut disimpan dalam kotak memori jangka pendek.

Memori jangka pendek atau STM mempunyai kapasiti yang sangat terhad. Ada yang menyatakan STM hanya mampu menyimpan 7 objek (maklumat) dalam satu masa namun perkara tersebut boleh ditingkatkan dengan pelan tindakan memori yang sering diajukan oleh pakar.

Sebagai contoh, nombor kad pengenalan anda sukar untuk diingati sekiranya anda ingin menghafalnya sebagai 001006106789. Namun, jika dipecahkan kepada 001006-10-6789, anda berupaya untuk mengingat perkara tersebut dalam jangka masa pendek, cukup untuk anda menulisnya dalam kertas pendaftaran. 

Jika perkara tersebut kerap didaftarkan ke dalam kotak STM, secara separuh sedar, anda menganggap maklumat tersebut sebagai penting.

Ini akan membolehkan ia dipindahkan secara perlahan-lahan ke dalam kotak LTM. Oleh sebab itulah, mereka yang kerap mengulang kaji kebiasaannya mendapat markah tinggi dalam peperiksaan.

Konklusi

Subjek memori bukanlah suatu topik yang mudah difahami. Ia kompleks dan mempunyai interaksi yang pelbagai bergantung kepada faktor yang boleh mempengaruhi kebolehan untuk membentuk atau mengambil semula memori tersebut.

Tustasnya, kajian terhadap memori boleh memberikan manfaat kepada manusia dalam konteks memahami penyakit yang kebiasaannya dikaitkan dengan masalah lupa. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Short term memory. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4248571/Accessed 8 Jan 2020. 
  2. Preserved learning and retention of pattern-analyzing skill in amnesia: dissociation of knowing how and knowing that. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7414331/Accessed 8 Jan 2020. 
  3. Short term memory. https://www.simplypsychology.org/short-term-memory.html. Accessed 8 Jan 2020.  
  4. Long and short term memory. https://www.eurekalert.org/news-releases/941946. Accessed 8 Jan 2020.  
  5. Short term memory. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9377276/Accessed 8 Jan 2020. 

Versi Terbaru

08/02/2022

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Kemurungan Semasa Zaman Remaja Boleh Jejaskan Memori Individu Ketika Zaman Tua

Senaman Mengaktifkan Rangkaian Saraf Memori


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/02/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan