Manfaat Bunga Raya Terhadap Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Bunga raya berasal dari Negeri China dan Kepulauan Pasifik. Malah, ia merupakan bunga kebangsaan bagi negara kita, Malaysia. Selain daripada keindahan semulajadinya, ia juga mempunyai sifat-sifat perawatan sangat penting yang mana telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India. Semua bahagian tumbuhan ini dianggap berguna dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Berikut adalah beberapa manfaat bunga raya yang mungkin tidak diketahui.

Manfaat Bunga Raya

1. Penjagaan rambut

Komponen ubat yang terdapat di dalam bunga raya adalah Vitamin C dan mineral. Sebatian polifenol dalam daun bunga raya diketahui mengandungi sifat anti-radang. Malah, ia dipercayai menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut dan rambut beruban. Untuk rawatan rambut semulajadi dengan bunga raya, bunga-bunga itu dikeringkan, dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk disapu pada kulit kepala.

2. Merawat demam dan sembelit

Sejak dahulu lagi, bunga raya telah digunakan dalam budaya berbeza sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan. Contohnya, orang Mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu tubuh, merawat penyakit saraf dan jantung, dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik. Oleh kerana kesan penyejukan teh bunga raya, demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika, bahagian tumbuhan (seperti bunga) digunakan dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit.

Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause. Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ini adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia.

3. Merendahkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol

Kebelakangan ini, tumbuhan ini menjadi popular sebagai ubat yang berkesan untuk tekanan darah tinggi atau hipertensi. Selain itu, ia mengurangkan tahap kolesterol yang tinggi yang menjadi faktor utama serangan jantung.

Sebatian bioflavonoid dalam teh bunga raya boleh membantu pencegahan kolesterol dan dengan itu ia menghasilkan hati yang sihat.

4. Membantu mengurangkan berat badan

Sesetengah peminum teh menggunakan teh bunga raya untuk membantu mengurangkan berat badan. Badan menghasilkan enzim yang dikenali sebagai amilase yang berfungsi untuk memecahkan molekul gula dan molekul kompleks dalam makanan. Apabila seseorang mengambil terlalu banyak makanan yang kaya dengan karbohidrat (penuh dengan gula dan kanji), mungkin berlaku pertambahan berat badan pada individu berkenaan.

Menurut pubmed.gov, bunga raya mengandungi bahan yang boleh menghalang pengeluaran amilase (kumpulan enzim yang dpt menukarkan kanji menjadi gula). Seseorang yang kerap minum teh bunga raya boleh mencegah terlalu banyak penyerapan karbohidrat dan akibatnya tidak mendapat berat badan berlebihan. Jadi ini merupakan manfaat bunga raya yang boleh diamalkan bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan.

5. Meningkatkan sistem imun

Selain mengandungi jumlah asid askorbik yang banyak, bunga raya diperbuat daripada bahan pemakanan berikut:

  • 1.145 g protein
  • 2.61 g lemak
  • 12.0 g serat
  • 1,263 mg kalsium
  • 273.2 mg fosforus
  • 8.98 mg besi
  • 0.029 mg karotena
  • 0.117 mg tiin
  • 0.277 mg riboflavin
  • 3.765 m niasin

Disebabkan semua nutrisi itu, teh bunga raya dikatakan boleh berfungsi sebagai makanan tambahan yang sangat baik dan bantuan untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    teh bunga raya

    Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/11/2019 . 2 minit bacaan