backup og meta

Daging Lembu dan Kambing: Mana Lebih Baik?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    Daging Lembu dan Kambing: Mana Lebih Baik?

    Hari Raya Haji menjelang tiba. Bagi orang Islam, mereka dituntut untuk melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing dan berbagai lagi. Lalu, akan penuhlah peti ais dengan berkilo-kilo daging. Ada yang dapat daging lembu, ada juga daging kambing. Persoalannya, manakah lebih baik antara lembu atau kambing?

    Perbandingan Daging Lembu dan Kambing

    Kandungan nutrisi

    Kedua-dua daging ini mengandungi banyak nutrisi dan zat-zat penting. Kedua-duanya juga mempunyai kualiti yang hampir sama. Secara perbandingan, kandungan protein dalam lembu dan kambing adalah tidak jauh beza, tetapi kandungan lemak mungkin berbeza.

    Dari sudut kalori dan lemak, lembu adalah pilihan yang lebih sihat berbanding kambing. 100 gram daging lembu mengandungi 217 kalori, 26.1 gram protein dan 4.2 gram lemak berbanding daging kambing yang mengandungi 258 kalori, 25.6 gram protein dan 8.8 gram lemak.

    Melihat kepada vitamin dan mineral pula, daging lembu dan kambing, kedua-duanya hampir sama kaya dengan:

    • Zink.
    • Selenium.
    • Fosforus.
    • Zat besi.
    • Tembaga.
    • Potassium.
    • Magnesium.
    • Sodium.
    • Vitamin B, K dan D.

    Walau bagaimanapun, daging kambing mengandungi protein yang lebih berkhasiat. Ini adalah kerana kebanyakan kambing tidak diproses dan diternak di dalam ladang tertutup sepertimana lembu.

    Adakah daging kambing lebih sihat berbanding daging lembu?

    Kualiti dan khasiat daging banyak bergantung kepada jenis makanan yang diberikan kepada binatang tersebut. Daging daripada binatang yang diberikan rumput adalah lebih sihat dan bersih. Jika perlu membuat pilihan, kambing secara amnya lebih sihat kerana perusahaan lembu yang sangat meluas pada hari ini menyebabkan susah untuk mendapatkan daging yang diternak secara organik dan diberikan makanan rumput. Kebanyakannya memberikan gandum sebagai makanan kerana lebih murah dan menggemukkan lembu.

    Manakala kambing pula kebiasaannya diusahakan serta diberikan makanan yang lebih organik dan semula jadi.

    Kandungan lemak dalam daging kambing adalah lebih tinggi, tetapi lemak tersebut adalah lemak sihat. Kadungan lemak omega-3 yang sihat untuk jantung adalah lebih banyak memandangkan ia mengambil rumput sebagai makanan.

    Tambahan pula, kualiti dari sudut kelembutan dan rasa tentunya lebih baik bagi daging kambing berbanding daging lembu. Ini menjadikan ia pilihan utama.

    Apa pun pilihannya, daging merah harus dielakkan daripada menjadi santapan harian anda. Kajian mendapati bahawa pengambilan daging secara berlebihan meningkatkan risiko sakit jantung, diabetes dan mengurangkan jangkaan umur.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan