backup og meta

Lalat, Serangga Kotor Berbahaya! Kenali 4 Penyakit Bawaan Lalat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/11/2022

    Lalat, Serangga Kotor Berbahaya! Kenali 4 Penyakit Bawaan Lalat

    Lalat, serangga kecil yang membawa banyak penyakit bawaan. Dianggarkania membawa lebih daripada 100 jenis penyakit lalat berbeza.

    Lalat berada di atas najis, sampah dan sisa makanan yang mana ia ‘mengutip’ jangkitan bakteria, helminthic dan protozoan.

    Selain daripada menyebarkan penyakit, menelan larva lalat juga boleh menyebabkan miasis usus.

    Jadi, usah pandang remeh pada serangga kecil yang kotor ini! Di sini, kami senaraikan 4 jenis penyakit lalat lazim dialami.

    Kitaran hidup lalat

    Tempoh kitaran lalat sangat bergantung kepada suhu persekitaran larva. Semakin tinggi suhu, lalat lebih cepat berkembang dan bertambah banyak.

    Kebanyakan spesies lalat lain akan membiak lebih perlahan berbanding lalat biasa.

    penyakit lalat

    Penyakit lalat

    Daripada lebih 100 jenis penyakit disebabkan serangga kecil ini, kami senaraikan 4 penyakit bawaan lalat yang lazim menyerang manusia. Antaranya:

    1. Demam kepialu

    Demam kepialu (typhoid) adalah sejenis jangkitan enterik yang sama dengan kolera (taun), cirit-birit dan disentri.

    Jangkitan ini berpunca daripada bakteria yang dipanggil Salmonella typhi dan berlaku apabila individu bersentuhan dengan najis atau makanan atau air tercemar.

    Jadi, tidak hairanlah seseorang mudah mendapat penyakit ini.

    penyakit lalat

    2. Taun (kolera)

    Faktor risiko kolera termasuk pendedahan kepada air atau makanan yang tercemar, terutamanya dikawasan tidak bersih seperti di pasar terbuka atau melalui lokasi penjual jalan di mana tiada air yang mengalir.

    Penyakit ini sering mengakibatkan cirit-birit dan muntah berair yang boleh mengakibatkan dehidrasi melampau dan kematian.

    Untuk mengurangkan risiko dijangkiti kolera, berhati-hati ketika memakan makanan di jalanan yang diragui kebersihannya dan kawal populasi lalat rumah di dalam rumah anda.

    3. Disentri

    Disentri merujuk kepada keradangan usus yang mengakibatkan cirit-birit berdarah. Seperti demam kepialu dan kolera, ia adalah jangkitan bakteria dalam keadaan yang lebih teruk, yang boleh menyebabkan kematian.

    Individu mengalami penyakit ini apabila mereka makan makanan tidak bersih atau mengambil air yang tercemar.

    Ini kerana lalat yang sering membawa patogen (agen yang menyebabkan penyakit) di badan mereka.

    4. Konjungtivitis epidemik

    Konjungtivitis epidemik atau keratoconjunctivitis epidemik, penyakit ‘mata merah jambu’ yang bukan kebiasaannya.

    Malah, penyakit ini merupakan sakit yang lebih senang berjangkit dan menjengkelkan.

    Ia menandakan tanda-tanda dan simptom yang merangkumi keradangan kornea, demam, keletihan melampau, sakit kepala dan pembengkakan nodus nimfa (nymph nodes).

    Jangkitan ini boleh berlaku apabila patogen yang terdapat pada badan lalat bersentuhan dengan mata anda.

    Sebagai contoh, anda boleh dijangkiti apabila anda menyentuh permukaan yang tercemar kemudian menggosok atau menyentuh mata anda tanpa mencuci tangan terlebih dahulu. 

    Kesimpulannya, ada banyak penyakit bawaan lalat berbahaya untuk kesihatan kita. Jadi, amalkan langkah kebersihan dan elakkan serangga kotor ini daripada membiak di keliling rumah kita.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan