JAGA-JAGA! Teks Whatsapp Boleh Buat Hubungan Dengan Pasangan Retak, Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Dengan kemudahan telefon pintar serta jaringan hubungan internet yang begitu laju, kiriman teks melalui mesej mahupun Whatsapp sering menjadi pilihan komunikasi yang lebih digemari berbanding bercakap melalui telefon.

Ini kerana kos menghantar mesej adalah jauh lebih murah dan juga percuma tanpa had berbanding daripada membuat panggilan melalui telefon.

Selain itu, percaya atau tidak, mesej juga mempunyai peranannya dalam membantu dan juga merosakkan perhubungan anda.

Adakalanya anda menggunakan kiriman teks dengan tujuan untuk kekal berhubung dengan buah hati anda, tetapi kadangkala ia digunakan untuk mengelakkan sesuatu situasi yang tidak diingini.

Bagaimana kiriman teks memberi kesan terhadap perhubungan anda?

mesej

Aktiviti bermesej dalam perhubungan sememangnya mempunyai peranannya yang tersendiri. Tidak dinafikan bahawa mesej sememangnya memberikan kedua-dua kesan positif dan negatif dalam perhubungan.

Walau bagaimanapun, timbul masalah apabila kiriman teks ini menjadi cara yang paling utama dalam berkomunikasi antara anda dan pasangan anda.

Mengapa ia menjadi masalah? Ini kerana seringkali berlakunya salah faham dan salah anggap akibat daripada penggunaan mesej sebagai medium komunikasi utama. Ia kemudiannya boleh menjejaskan hubungan antara anda dan pasangan. 

Kesan menggunakan kiriman teks sebagai medium dalam perhubungan

#1. Mesej boleh memperbaiki hubungan

Mesej dengan kandungan teks yang bersifat pujian, lucu atau komen yang positif boleh membuatkan pasangan anda berasa lebih selesa dan dekat dengan anda. Mereka juga akan berasa lebih seronok dengan hubungan yang mereka miliki bersama anda.

#2. Sexting boleh menimbulkan masalah dalam perhubungan

Jika anda berfikir bahawa dengan menghantar teks-teks seksi atau gambar lucah boleh menjadikan hubungan anda lebih hot, anda ternyata silap! Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa perhubungan yang melibatkan teks berunsur seks secara melampau akan mengalami lebih banyak konflik.

Kesilapan yang sering berlaku melalui mesej

mesej

Berikut merupakan antara kesilapan yang sering berlaku ketika bermesej bagi mereka yang sedang dalam perhubungan. 

#1. Menggunakan mesej sebagai medium utama untuk menyelesaikan masalah

Jika terdapat sebarang masalah atau konflik dalam perhubungan anda, cuba elakkan daripada menggunakan mesej teks bagi menyelesaikannya. Ingat, mesej bukanlah alat untuk anda menyelesaikan masalah. Adalah lebih baik jika anda berjumpa secara berhadapan dengan pasangan anda bagi sebarang perbincangan.

Berkomunikasi secara bersemuka akan memberikan anda satu perbualan yang lebih bermakna kerana anda boleh melihat ekspresi wajah dan nada suara pasangan anda. Ini adalah satu perkara yang amat penting dalam satu komunikasi yang sihat antara kedua-dua belah pihak.

#2. Bertanya terlalu banyak soalan

Jika anda bertanya 2 atau 3 soalan, ia adalah sesuatu yang normal dan memperlihatkan bahawa anda mempunyai minat terhadap pasangan anda. Tetapi jika anda bertanya terlalu banyak soalan kepada pasangan anda, dia akan merasakan seperti anda melakukan soal siasat ke atasnya. 

Hadkan pertanyaan anda kerana anda masih mempunyai banyak masa untuk bertanya kepadanya. 

#3. Menghantar mesej ketika sedang marah

Jangan sesekali menghantar mesej ketika anda sedang berada dalam emosi yang tidak stabil seperti marah. Anda cenderung untuk berfikiran cetek dan tidak berfikir dengan sebaiknya ketika anda sedang marah. 

Ini akan membuatkan anda berasa menyesal berkenaan apa yang anda hantar melalui mesej setelah kemarahan anda reda.

#4. Mesej pada waktu yang tidak sesuai

Anda perlu ingat untuk sentiasa menghormati waktu peribadi pasangan anda. Walaupun mesej boleh dibalas pada bila-bila masa, ini tidak bermakna bahawa anda boleh menghantar mesej tidak kira waktu.

Elakkan diri anda daripada menghantar mesej pada waktu awal pagi atau lewat malam. Tunggu waktu yang sesuai untuk menghantar mesej anda.

Ini kerana jika anda menghantar mesej pada waktu tengah malam, tidak bermakna anda akan mendapat balasan mesej pada waktu itu juga. Hormati pasangan anda jika anda ingin dihormati kerana masing-masing mempunyai kehidupan peribadi yang ingin dinikmati. 

Anda tidak sama dengan pasangan anda

mesej

Walaupun mungkin anda menganggap bahawa anda mempunyai banyak persamaan dengan pasangan, ia sebenarnya berbeza daripada apa yang anda fikirkan. Ambil contoh mudah dalam soal makanan. Anda mungkin menggemari masakan Jepun, tetapi tidak bagi pasangan anda.

Begitu juga dengan soal etika penghantaran mesej yang mana anda mungkin gemar membalas mesej dengan pantas, tetapi pasangan anda pula gemar membalas pada waktu yang lain.

Oleh itu, hormat-menghormati antara satu sama lain adalah amat penting dalam perhubungan. Ikuti prinsip asas atau etika dalam bermesej supaya perhubungan anda dapat bertahan lama hingga ke akhir hayat. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lepas Balik Kerja Atau Balik Beli ‘Grocery’, JANGAN Lupa Lap Handphone, Takut COVID-19 ‘Melekat’!

    Tahukah anda, telefon bimbit perlu dicuci kerana ia berpotensi dihinggapi virus COVID-19. Bersihkan telefon anda untuk kurangkan risiko jangkitan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 10/04/2020 . 4 minit bacaan

    Bukan Suami Isteri Saja, Pelukan Bawa Manfaat Pada Semua- Ini Sebabnya, #4 Paling Mengujakan!

    Terdapat banyak cara untuk menyelesaikan konflik antaranya adalah dengan berpelukan. Ia adalah salah satu dari manfaat berpeluk sesama manusia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 02/04/2020 . 3 minit bacaan

    Dilabel Antisosial Sebab Asyik Dengan FB? Ini Masanya Anda Detoks MedSoc, Banyak Keburukan!

    Anda mungkin tidak sedar jika anda telah ketagih dengan penggunaan media sosial. Inilah masa untuk lakukan detoks media sosial. Bagaimana caranya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 16/03/2020 . 4 minit bacaan

    Anda Berjauhan Dari Pasangan Ketika Isu COVID-19 Ini? Jangan Risau, Ini 4 Tip Jayakan PJJ!

    Hakikatnya, terdapatnya ramai pasangan di dunia ini sedang dalam perhubungan jarak jauh. Persoalannya, bagaimana untuk menjayakannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 01/03/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    telefon pintar

    Digelar Anti Sosial Sebab Asyik Dengan Telefon, Ini 5 Cara Ingin Atasi Ketagihan Telefon

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    sebelum tidur

    Jejaka Jangan Banyak Main Telefon Sebelum Tidur, Risiko TIDAK SUBUR Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/11/2020 . 3 minit bacaan
    pening kepala

    Peliknya, Ada Orang Alergik Pada Wi-fi? Betul Ke Atau Cuma Dibuat-Buat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
    orang bujang

    Anda Dah Lama “Single”? Tak Faham Kenapa Susah Nak Dapat Pasangan? Ini Mungkin Jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan