Tolongan JANGAN Kencing Masa Mandi Dalam Kolam Renang, Banyak Mudaratnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda terdengar cerita di mana kenalan anda menceritakan pengalamannya kencing di dalam renang? Atau anda sendiri melakukannya? Jika ya, anda perlu berhenti melakukannya!

Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang buruk, malahan ia juga sebenarnya boleh mendatangkan banyak kemudaratan kepada kondisi kesihatan anda. Masih mahu melakukannya?

Kencing dalam kolam renang, perbuatan yang tidak beretika

kolam renang

Ya, membuang air kecil dalam kolam renang sudah pasti adalah satu perkara yang tidak senonoh. Bayangkan, dalam satu kolam renang itu mesti ramai yang turut serta untuk berenang bukan?

Jadi, adakah anda mahu air kencing anda itu mencemarkan satu kolam renang dan terkena pada badan orang lain semata-mata hanya kerana anda malas keluar untuk ke tandas sebentar? 

Jika anda berpendapat bahawa perbuatan ini tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada anda dan orang lain, anda salah. Ia bukan sahaja tidak beretika, malahan juga berbahaya!

Tidak percaya? Lihat sahaja di sekeliling kolam renang tersebut. Kebiasaannya, pihak pengurusan akan meletakkan papan tanda ‘JANGAN KENCING DI DALAM KOLAM RENANG’.

Jika kolam renang yang anda kunjungi itu tidak memiliki papan tanda ini, ia tidak bermakna anda boleh melepaskan air kumbahan anda itu sesuka hati ya? Fikirkan juga tentang orang lain yang datang dengan ahli keluarga mereka untuk berekreasi di situ.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

Dalam erti kata yang lain, sila betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Kencing dalam kolam renang ternyata adalah perbuatan yang salah.

Hakikatnya, memang ramai yang melakukan perbuatan ini. Bukan sahaja orang biasa, golongan profesional juga tidak terkecuali. Semasa Olimpik Musim Panas 2012 di London, beberapa atlet renang dunia mengesahkan bahawa mereka juga pernah melakukan perbuatan yang tidak beretika ini!

Akan tetapi, mereka turut menegaskan ia adalah sesuatu yang tidak wajar dicontohi. Ini kerana ia mungkin akan menjejaskan tahap kesihatan anda secara tidak sedar. Berbalik kepada persoalan utama artikel, apa sebab kita perlu mengelak daripada perbuatan tidak senonoh ini?

Kenapa tidak boleh kencing masa mandi dalam kolam renang?

kolam renang

Jika anda beranggapan bahawa ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan negatif terhadap kesihatan anda, anda salah. Banyak mudaratnya yang mungkin kita tidak tahu atau sedar.

Menurut kajian yang diterbitkan di laman sesawang National Center For Health Research, air kencing boleh bergabung dengan klorin yang memang ada dalam kebanyakan kolam renang lalu menghasilkan bahan kimia yang berbahaya kepada manusia.

Kajian ini menambah bahawa tindak balas antara air kencing dengan klorin akan menghasilkan 2 sebatian – cyanogen chloride and trichloramine. Sebatian ini kemudiannya mungkin akan memasuki badan individu yang mandi di situ melalui mulut dan juga rongga kulit.

Akibatnya, ia mungkin akan mengakibatkan asma, demam, iritasi paru-paru serta pelbagai lagi masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan.

Konklusinya, jangan kencing dalam kolam renang

mandi kolam renang

Kesimpulannya, kita tidak perlu untuk berhenti untuk menjadikan berenang sebagai hobi. Ia sudah tentu akan membuat kita lebih sihat dan kuat.

Buat anda yang belum tahu, aktiviti ini boleh membantu individu yang ada masalah arthritis dan sakit sendi. Selain itu, ia juga sangat sesuai dijadikan senaman untuk ibu hamil dan kanak-kanak serta bayi.

Cuma, jangan buang air kecil masa mandi dalam kolam renang. Cuba bayangkan anda sedang mandi dalam sebuah takungan air yang dipenuhi dengan air kencing orang lain.

Sudah tentu anda pun geli, bukan? Selain itu, ia juga boleh mendatangkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada anda dan orang lain. Jadi, jangan buat kalau mahu selamat.

Kalau sudah tidak boleh tahan perasaan terkucil masa mandi kolam renang itu, tiada salah jika anda naik sekejap dan pergi ke tandas. Ia bukan satu perakra yang susah pun, tidak begitu?

Konklusi

Kesimpulannya, ketahuilah bahawa air kencing anda itu adalah sesuatu yang kotor dan jijik. Bayangkan jika ia terkena pada badan orang lain tanpa mereka sedar. Jadi, jangan sesekali mengulanginya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

Salah faham berkaitan dengan kanak kanak demam berpunca daripada mandi hujan memang sering diperdebatkan. Persoalannya, kenapa perkara tersebut berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/08/2020 . 3 minit bacaan

Seronok Berenang Sampai Air Masuk Telinga? Bahaya, Usah Biarkan! Ini 5 Cara Mudah Keluarkannya!

Pernahkah air masuk telinga anda semasa sedang seronok berenang? Ya, ia memang biasa berlaku. Jom klik artikel untuk tahu 5 langkah perlu buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 29/07/2020 . 3 minit bacaan

Kalau Nak Kulit Sihat JANGAN Mandi Lama, Mandi Ala P.Ramlee Pun Tak Boleh! Ini Sebabnya

Mandi terlalu lama boleh menjejaskan kesihatan kulit walaupun anda hanya mandi sekali sehari. Ikuti tip kami bagi memastikan kesihatan kulit terjaga.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/07/2020 . 3 minit bacaan

Tembak Asyik Miss, Jangan Biarkan Jika Kencing Bercabang, Ada Yang Bahaya

Masalah air kencing bercabang lazim berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki. Jangan tak tahu, fenomena buang air kecil ini boleh jadi tanda penyakit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kerap buang air kecil

Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
kencing kotor

BAHAYA! Hentikan Tabiat Buruk Sering Menahan Kencing Jika Tak Nak Dapat Penyakit Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
punca kencing malam

Usah Percaya Dengan Tangkal Lagi, Jom Ketahui 7 Punca Sebenar Terkencing Waktu Malam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
punca batu karang

Ada Sebab Kita MESTI Berdehem Ketika Kencing! Jika Tidak, Boleh Jadi Punca Batu Karang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan