Jika Selalu Ada 8 Tanda Ini, Pemakanan Anda Mungkin Kurang Sihat! Semak Kembali Diet

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Ingin hidup lama dan sihat? Jenis dan kadar pemakanan yang betul ialah kunci utamanya. Jika pemakanan yang anda amalkan kurang sihat, tanda-tanda berikut mungkin akan terlihat.

1. Badan selalu rasa letih

Rasa letih mungkin disebabkan oleh kadar pengambilan yang terlalu sedikit atau kekurangan nutrien tertentu seperti zat besi (menyebabkan anemia) dan protein. Beberapa keadaan kesihatan tertentu juga boleh membawa kepada rasa letih termasuk penyakit jantung dan masalah tiroid.

2. Rambut kering dan rapuh

Anemia mungkin penyebabnya, atau kurang protein dan vitamin tertentu. Apabila anda kekurangan nutrien, badan akan mengutamakan nutrien tersebut kepada organ penting terlebih dahulu seperti jantung. Jadi, bahagian lain seperti rambut akan mendapat kurang nutrien. Kulit juga boleh menjadi kering dan pucat.

3. Kuku berbentuk seperti sudu

Kuku dan rambut sebenarnya dihasilkan dari sel yang sama iaitu keratin. Seperti rambut, kuku juga akan menjadi nipis dan rapuh apabila kekurangan nutrien. Antara yang kerap ditemui ialah kurang zat besi, protein, kalsium, serta vitamin A, B6, C, dan D.

4. Masalah gigi dan gusi

Kurang vitamin C boleh menyebabkan gusi berdarah dan mengalami radang (gingivitis). Dalam kes yang lebih parah, anda mungkin boleh kehilangan gigi. Keadaan ini seperti pedang bercabang dua. Kurang nutrien menyebabkan masalah gusi dan gigi, kemudian membuatkan lebih susah untuk mendapatkan nutrien secukupnya.

5. Sembelit

Bijirin penuh, sayur-sayuran, dan buah-buahan ialah sumber serat yang sangat penting untuk memastikan kesihatan dan pergerakan usus dalam keadaan baik. Jika kurang, sembelit boleh berlaku.

6. Isu kesihatan mental dan mood

Pemakanan bukan sekadar menjejaskan fizikal tetapi juga mental dan mood. Cuba semak semula apa yang anda makan jika kerap mengalami stres dan tekanan.

7. Mudah lebam dan luka lambat sembuh

Jika tidak ada sebab yang jelas seperti jatuh atau terlanggar sesuatu, diet dan pemakanan anda mungkin ada kaitan dengan lebam yang dialami. Anda mungkin kurang protein serta vitamin C dan K yang berperanan dalam pembekuan darah serta penyembuhan luka.

8. Mudah jatuh sakit

Sistem imun memerlukan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik, khususnya vitamin C, protein, dan antioksidan. Kerap demam dan selesema? Banyakkan makan buah-buahan segar dan kekacang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pemakanan untuk Jantung yang Sihat

    Sekiranya anda sudah mempunyai keadaan jantung, pemakanan sihat sangat penting bagi mengurangkan kolesterol dan membawa manfaat kepada anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/05/2019 . 2 minit bacaan

    Sukakan Garam? Penemuan Terbaharu Mengenai Neuron yang Memicu Keinginan Terhadap Garam

    Garam adalah bahan perasa asas kepada hampir kesemua masakan, tetapi pengambilan dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi dan masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular dan kognitif. Kadangkala ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/03/2019 . 2 minit bacaan

    Pengaruh Negatif Media Sosial Terhadap Pengambilan Makanan Oleh Kanak-kanak

    Media sosial mempunyai kedua-dua aspek pro dan kontra, dan umum mengetahui bahawa media sosial lebih banyak memberi kesan yang kurang baik atau negatif sekiranya digunakan mengikut perasaan semata dan tidak dikawal ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/03/2019 . 2 minit bacaan

    Makan Sihat Bukan Sahaja Untuk Fizikal, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Pemakanan sihat disarankan bukan sahaja untuk mengekalkan kecergasan fizikal anda, tetapi ia juga bermanfaat untuk kesihatan mental anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 07/03/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Cara diet

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    penjagaan warga emas

    Raya Haji Ini Atuk & Nenek Makin Kurang Selera Makan? Ini Puncanya! BAHAYA Jika Dibiarkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit malnutrisi

    Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan
    makanan kesihatan wanita

    Sediakan Payung Sebelum Hujan! Ini 7 Nutrien PENTING Untuk Wanita Muda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan