backup og meta

Boleh Atau Tidak Pesakit Diabetes Ambil Gula & Pencuci Mulut? Pasti Anda Nak Tahu Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Chooi Kheng Chiew · Endokrinologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/04/2022

    Boleh Atau Tidak Pesakit Diabetes Ambil Gula & Pencuci Mulut? Pasti Anda Nak Tahu Ini!

    Mempunyai masalah diabetes tidak bermakna anda perlu mengelakkan pengambilan gula seperti hidangan pencuci mulut untuk selama-lamanya.

    Anda boleh mempunyai satu hidangan yang manis bersaiz kecil tetapi dalam masa yang sama, masih mengawal keadaan diabetes anda.

    Fakta berkenaan pengambilan gula & masalah diabetes

    Ramai indidvidu berfikir bahawa makan gula boleh menyebabkan diabetes. Tetapi hakikatnya gula tidak mempunyai hubungan dengan diabetes jenis 1.

    Bagi diabetes jenis 2, satu faktor risiko adalah kerana berat badan yang berlebihan. Apabila anda makan terlalu banyak gula, berat badan anda akan bertambah.

    Kajian telah menunjukkan bahawa minum minuman beralkohol turut dikaitkan dengan diabetes jenis 2. Oleh itu, anda harus mengehadkan penggunaan gula untuk membantu mengelakkan diabetes.

    Sekiranya anda sudah menghidap diabetes, pengambilan gula akan meningkatkan paras gula dalam darah anda. Jika ini tidak dikawal, masalah serius mungkin berlaku.

    Dengan pelan yang betul, anda masih boleh makan sedikit gula dan mengekalkan paras gula dalam darah anda dengan stabil.

    Anda hanya perlu makan gula-gula atau manisan pada majlis-majlis khas seperti majlis hari jadi atau perkahwinan. Tetapi ingatlah bahawa produk makanan tersebut mengandungi sejumlah besar gula.

    Oleh itu, berhati-hatilah dengan mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit. Hidangan harian anda perlu meliputi makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, produk tenusu tanpa lemak, ikan berlemak, kekacang, dan protein tanpa lemak.

    Jika pencuci mulut anda mengandungi terlalu banyak gula, kongsinya dengan rakan anda. Anda juga tidak boleh membeli gula-gula dalam kuantiti yang banyak jika anda fikir anda akan terlebih makan.

    Kadar gula dalam diet anda

    Satu lagi cara untuk memuaskan keinginan anda terhadap makanan manis ialah dengan menambahkan pemanis berkalori rendah dalam pelan pemakanan anda. Tetapi anda harus mengawal jumlahnya. Berikut adalah beberapa jenis pemanis yang boleh anda gunakan dalam makanan anda:

    • Jenis gula (putih, mentah, tebu, coklat, jagung, kelapa);
    • Madu;
    • Sirap (tebu, maple, beras);
    • Nectar;
    • Gula semulajadi (fruktosa, xylitol).

    masalah diabetes

    Untuk mengawal paras gula dalam darah anda, anda juga harus mengawal jumlah karbohidrat yang dapat dijumpai dalam makanan-makanan ini:

    • Nasi;
    • Pasta;
    • Roti;
    • Biskut;
    • Sayuran berkanji (kacang, kentang, jagung);
    • Buah;
    • Jus;
    • Produk tenusu (susu, keju, yogurt).

    Jika anda ingin mempunyai pencuci mulut, anda harus berhati-hati dengan mengenalpasti jumlah pemanis yang ditambahkan dalam hidangan anda dengan memeriksa label produk.

    Label fakta pemakanan dan kandungan bahan akan menunjukkan kepada anda kuantiti gula dan karbohidrat yang terkandung didalam sesebuah produk.

    Gula termasuk gula semula jadi dan tambahan. Karbohidrat termasuk kanji, serat, gula dan gula alkohol (seperti maltitol, xylitol, sorbitol). Anda boleh bergantung kepada maklumat ini untuk membina resepi pencuci mulut yang sihat.

    pengambilan gula

    Gula-gula adalah suatu keinginan. Apabila menghidapi diabetes, anda harus makan gula-gula dan pencuci mulut di majlis-majlis khas sahaja.

    Tetapi apabila anda membuat keputusan untuk menambahkan gula-gula pada makanan anda, ianya perlu dalam kuantiti yang sedikit.

    Doktor akan menasihati anda untuk mempunyai pelan pemakanan yang bukan sahaja membantu anda mengawal diabetes tetapi juga memenuhi keinginan anda terhadap makanan manis.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Chooi Kheng Chiew

    Endokrinologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan