Tahukah Anda Lionel Messi Sebenarnya Hidap Gangguan Hormon Tumbesaran?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Sebut sahaja nama Lionel Messi, sudah pasti semua peminat sukan bola sepak mengenali pemain berstatus bintang dunia ini.

Corak permainannya yang licik, pantas dan elegan telah menjadikannya sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia, selangkah di hadapan pemain bintang dari Portugal, Cristiano Ronaldo.

Namun, tahukah anda bahawa beliau sebenarnya pernah mengalami gangguan hormon tumbesaran (GHD) semasa kecil dahulu?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui kisah di sebalik nama Lionel Messi atau gelarannya, La Pulga (Si Kutu Atomik).

Lionel Messi, bintang bola sepak dari Argentina

Lionel Andrés Messi Cuccittini adalah seorang pemain bola sepak profesional dari Argentina. Beliau lahir pada tanggal 24 Jun 1987 dan kini sedang bermain dan menjadi kapten untuk pasukan dari Sepanyol, Barcelona serta pasukan nasional negara kelahirannya.

Beliau dianggap sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia pada masa kini serta telah dinobatkan sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, sebaris dengan legenda bola sepak dunia seperti Pele, Maradona, Zidane dan Ronaldo.

Sehingga kini, beliau telah memenangi rekod 6 Baloon d’Or, 6 Kasut Emas Eropah, 34 trofi bersama pasukan Barcelona, serta bermacam lagi anugerah berprestij. Lebih mengagumkan, beliau kini sudah menjaringkan lebih dari 700 gol untuk kelab dan negaranya!

Namun, di sebalik kejayaan yang dikecapi pemain berusia 33 tahun ini, tersimpan satu rahsia mengenai kondisi kesihatannya semasa kecil dahulu. Buat anda yang belum tahu, beliau pernah didiagnosis dengan gangguan hormon tumbesaran, yang mungkin akan membunuh karier bola sepaknya jika tidak dirawat.

Impian hampir musnah akibat hormon tumbesaran

Semasa zaman kanak-kanaknya, Messi selalu berimpian untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang terkemuka apabila dewasa kelak. Namun, impiannya mungkin terkubur begitu sahaja kerana beliau mempunyai gangguan hormon tumbesaran.

Impiannya itu akhirnya tercapai apabila pasukan bola sepak gergasi dari Sepanyol iaitu Barcelona merekrut beliau semasa berusia 13 tahun lagi. Apa yang lebih menggembirakan beliau, pasukan ini sanggup membiayai kos perubatan Messi untuk merawat kondisinya.

“Saya terpaksa menyuntik hormon tumbesaran di kaki sekali setiap malam sejak berusia 12 tahun, ia adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan”, kata Messi semasa ditemubual oleh wartawan yang bertanya mengenai kondisi kesihatannya.

Tambah beliau lagi, dia sudah menerima suntikan hormon tumbesaran itu sejak berumur 8 tahun lagi dan dibantu oleh ibu bapanya. Menurut beliau, jarum itu adalah kecil sahaja dan tidak menyakitkan. Namun, dengan jarum sekecil itulah yang telah membantu Messi mencipta karier bola sepaknya yang sangat besar di persada dunia.

tumbesaran

Lebih lanjut mengenai gangguan hormon tumbesaran

Gangguan hormon tumbesaran atau growth hormone deficiency (GHD) adalah satu kondisi di mana kelenjar pituitari yang terdapat dalam otak manusia tidak menghasilkan hormon tumbesaran yang secukupnya buat individu yang mengalami gangguan ini. GHD dianggarkan akan berlaku kira-kira 1 dalam 7,000 kelahiran bayi. 

Individu yang menghidapi kondisi ini akan mengalami masalah dalam tumbesaran mereka. Seperti yang anda mungkin dapat lihat pada Messi atau individu lain yang mengalaminya, mereka akan mempunyai masalah kurang tinggi dan kurang berat badan, berbanding individu yang seusia mereka. 

Namun, ia adalah kondisi yang boleh dirawat dengan bantuan suntikan hormon tumbesaran. Jika dibiarkan, tumbesaran individu akan menjadi lambat dan terbantut.

Apa punca GHD?

Seperti yang telah dijelaskan tadi, punca utama gangguan ini berlaku adalah kerana ketidakupayaan kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon tumbesaran yang secukupnya.

Namun, ada beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada peningkatan risiko GHD. Antara faktor lain tersebut adalah:

  • Kehadiran tumor yang terletak pada kawasan sekitar kelenjar pituitari atau hipothalamus dalam otak.
  • Kecederaan, infeksi atau rawatan radiasi pada otak juga mungkin menyebabkan GHD. Situasi ini dikenali sebagai acquired growth hormone deficiency (AGHD).

Apa simptom GHD?

Individu dengan GHD akan terbantut tumbesaran – bentuk badan lebih pendek dan gempal. Jika kondisi ini berlaku akibat tumor atau kecederaan pada otak kanak-kanak, ia akan mengakibatkan proses akil baligh menjadi lambat. Dalam beberapa kes, perkembangan seksual mereka juga akan terbantut.

Seperti Messi, individu yang menghidapi kondisi ini cenderung mempunyai tahap keyakinan diri yang agak rendah ekoran bentuk tubuh badan yang berbeza berbanding rakan seusia. Selain ketinggian dan bentuk tubuh badan, kondisi ini juga mungkin akan menyebabkan suara lelaki tidak pecah selepas akil baligh dan payudara tidak tumbuh dengan sempurna bagi wanita.

Lebih menakutkan, kondisi ini mungkin akan menjadi penyebab kepada masalah kesihatan yang lain seperti diabetes dan penyakit jantung.

Dari sudut psikologi pula, kesannya mungkin lebih teruk. Ini kerana, penghidap kondisi GHD mungkin akan mengalami:

Dalam erti kata yang lain, kondisi ini bukan merupakan satu masalah yang boleh dipandang enteng kerana ia akan mengganggu tumbesaran dan perkembangan fizikal serta menyebabkan gangguan pada mental individu yang mengalaminya.

Apa rawatan GHD?

Seperti yang dilakukan oleh Messi, suntikan hormon tumbesaran ke dalam tubuh badan adalah penyelesaian terbaik bagi masalah ini. Hormon tumbesaran ini boleh disuntik ke bahagian tubuh badan seperti tangan, kaki atau punggung bagi membolehkan ia memasuki tisu dalam badan. Ia perlu dilakukan sebagai rawatan harian bagi mendapatkan hasil yang paling efektif.

Jadi, jika anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mungkin menghidapi kondisi ini, segera rujuk doktor untuk mendapatkan diagnosis. Ketahuilah bahawa lebih cepat anda mendapatkan rawatan, lebih bagus hasil yang anda boleh kecapi. Lihat sahaja Messi, beliau kini sudah menjadi bintang bola sepak dunia!

tumbesaran

Konklusi

Kesimpulannya, gangguan hormon tumbesaran atau GHD ini adalah kondisi yang sangat jarang berlaku namun akan menjejaskan fizikal dan mental seseorang yang mengalaminya. Jadi, segera dapatkan rawatan jika anda mengesyaki anda atau individu yang anda kenali menghidap kondisi ini.

Jadikan Messi sebagai idola anda. Kondisi ini boleh diubati jika cepat dapatkan rawatan. Ketahuilah bahawa ia bukan halangan untuk anda berjaya dalam kehidupan anda okay?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Larangan Menanduk Bola Untuk Pemain Bawah 18 Tahun – Pakar

    Terbaru, Dr Bennet Omalu telah menyeru agar larangan menanduk bola dikuatkuasakan dalam kalangan pemain bola sepak bawah 18 tahun. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 30/10/2019 . 3 minit bacaan

    Mahu Libatkan Anak Anda Dalam Sukan Lasak? Perhatikan Hal Ini Terlebih Dahulu

    Terdapat satu perkara yang perlu anda perhatikan atau ambil perhatian sebelum melibatkan anak anda bersama dalam sukan lasak. Apa dia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/10/2019 . 2 minit bacaan

    Apakah Kebaikan Bulan Sukan Negara?  

    Baru-baru ini tular mengenai logo Bulan Sukan Negara (BSN) yang dikatakan tidak sensitif. Tetapi apa sebenarnya Bulan Sukan Negara ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 20/09/2019 . 2 minit bacaan

    Lebihkan Aktiviti Fizikal, Kurangkan Masa Di Skrin Jika Ingin Anak Membesar Dengan Sihat!

    Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini telah mengeluarkan garis panduan yang menyarankan agar aktiviti fizikal kanak-kanak dilebihkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 05/05/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minuman isotonik

    Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan
    seks dan sukan

    Hubungan Kelamin Boleh Menjejaskan Prestasi Atletik Seorang Atlet, Fakta Atau Mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/03/2020 . 3 minit bacaan
    bola sepak

    Tanduk Bola Sepak Boleh Tingkat Risiko Demensia, Alzheimer?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/02/2020 . 3 minit bacaan
    bola sepak

    Kelebihan Tuan Rumah Dalam Sukan Bola Sepak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/11/2019 . 2 minit bacaan