Elakkan Makanan Ini Jika Anda Mengalami Sakit Sendi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 25/04/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Mengalami artritis atau sakit sendi bermakna anda tidak boleh makan apa sahaja yang anda mahu. Sebaliknya, anda memerlukan diet khas yang boleh membantu mengurangkan keradangan di samping mendapatkan nutrisi yang betul. Selain itu, anda perlu mempunyai pengetahuan tentang jenis makanan yang perlu dielakkan. Berikut adalah senarai makanan yang anda perlu katakan tidak kepadanya.

Makanan bergoreng dan yang diproses

Satu kajian mengenai diet dan pencegahan penyakit telah menunjukkan bahawa jika pesakit mengambil kurang makanan bergoreng dan diproses seperti daging goreng atau makanan beku, mereka mengalami kurang keradangan. Tambahan pula, ketahanan semula jadi badan mereka dapat dikembalikan.

Penyelesaian: Kurangkan jumlah makanan bergoreng dan yang diproses, ambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.

AGEs

AGE bermaksud advanced glycation end product. Ia adalah sejenis toksin yang dihasilkan apabila kita memanaskan, membakar, menggoreng, atau mempasteur makanan pada suhu yang tinggi. Dengan kehadiran AGEs, beberapa protein dalam badan akan rosak. Untuk menguraikan AGEs, badan perlu menggunakan cytokines – bahan menyebabkan radang. Oleh itu, tempat di mana AGEs ada kebiasaannya berlaku artritis dan jenis keradangan yang lain.

Penyelesaian: Kurangkan pengambilan makanan yang dimasak pada suhu tinggi.

Gula dan karbohidrat yang telah ditapis

Semakin banyak gula yang anda ambil, semakin banyak jumlah yang AGEs di dalam darah anda. Seperti yang dinyatakan di atas, AGEs menyebabkan keradangan, artritis atau sakit sendi.

Penyelesaian: Kurangkan gula-gula, makanan yang diproses, makanan yang dipanggang daripada tepung putih, dan soda.

Produk tenusu

Produk tenusu membawa protein yang boleh menyebabkan rasa sakit arthritis. Physicians Committee for Responsible Medicine menyatakan bahawa protein tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada tisu di sekeliling sendi. Oleh sebab itu, sesetengah pesakit artritis memilih untuk mengambil diet vegan yang tidak mengandungi produk haiwan.

Penyelesaian: Ambil protein daripada sumber-sumber alternatif seperti sayur-sayuran dan biji-bijian. Bayam, mentega kacang, tauhu, kacang, lentil, dan quinoa adalah pilihan yang baik.

Alkohol dan tembakau

Kita semua tahu bahawa penggunaan tembakau dan alkohol adalah punca kepada pelbagai penyakit, termasuk yang memberi kesan kepada sendi. Kajian telah menunjukkan bahawa perokok lebih cenderung untuk mendapat artritis rheumatoid, manakala pengguna alkohol lebih cenderung kepada gout.

Penyelesaian: Berhenti merokok dan alkohol. Buat dan ikut diet yang sihat, program senaman yang sesuai dan jumlah yang rehat yang betul (tidur yang mencukupi).

Garam dan bahan pengawet

Pastikan anda tahu semua tentang makanan anda. Ada makanan yang mengandungi terlalu banyak garam dan bahan pengawet lain. Mengambil yang banyak tinggi garam meningkatkan risiko seseorang kepada keradangan sendi.

Penyelesaian: Sila baca label pada makanan dengan teliti semasa membeli. Pastikan ia mengandungi sedikit atau tanpa bahan pengawet dan bahan tambahan.

Minyak jagung

Makanan yang dibakar mungkin mengandungi minyak jagung dan minyak lain yang mengandungi tinggi asid lemak omega-6. Ini semua adalah pencetus kepada keradangan.

Penyelesaian: Berbanding memenuhi citarasa anda dan mengambil terlalu banyak asid lemak omega-6 yang berbahaya terhadap kesihatan anda, lebih baik anda mengambil diet omega-3 yang sihat dan berfungsi sebagai anti-radang. Sumber utamanya adalah minyak zaitun, kacang, biji rami, dan biji labu. Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mengurangkan sakit sendi.

Tip tambahan

Pelan diet tidak sesuai untuk semua pesakit. Apa yang berkesan bagi seseorang mungkin tidak berkesan untuk orang lain. Cuba cari apa yang sesuai untuk anda. Secara umumnya, pesakit artritis perlu mengekalkan berat badan yang sihat dan mengikuti pelan pemakanan yang seimbang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Menyusu badan mempunyai cabaran tersendiri. Pun begitu, ia tidak bermakna anda perlu mengetepikan aktiviti fizikal untuk kecergasan diri. Ini caranya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

    Ramai memakai cermin mata sama ada untuk bergaya atau keperluan. Namun kini, pemakaian penutup muka mampu sebabkan masalah kaca mata berkabus.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Test Image Upload

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh Billy Tran
    Uncategorized @ms 22/09/2020 . 1 minit bacaan

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Orang kelainan upaya (OKU) mempunyai cara yang tersendiri untuk memahami sesuatu perkara dan bertindak balas, melalui penggunaan bahasa isyarat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ubat untuk masalah kesuburan

    Sukar Hamil, Nak Ambil Ubat Kesuburan? Awas! Ini Kesan-Kesan Sampingannya Dalam Jangka Masa Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    sendi siku terkehel

    Mak Ayah Ambil Tahu Ini! Jangan Tarik Tangan Anak Terlalu Kuat, Undang RISIKO Sendi Siku Teralih!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    pil perancang

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan