backup og meta

COPD: Satu Beban Besar ke Atas Masyarakat dan Negara

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/09/2021

    COPD: Satu Beban Besar ke Atas Masyarakat dan Negara

    COPD adalah sekumpulan penyakit kronik dan progresif yang melibatkan paru-paru. Mereka yang mengalami penyakit ini menghadapi masalah dalam pernafasan sehingga menggangu serta menjejaskan kualiti hidup seseorang.

    Setengah juta rakyat Malaysia mengalami COPD – satu beban yang besar

    Dianggarkan sebanyak 500,000 rakyat Malaysia menderita penyakit COPD. Mana tidaknya, jumlah perokok di Malaysia pun sangat ramai iaitu hampir separuh daripada keseluruhan lelaki di negara ini. Memandangkan merokok adalah faktor tunggal utama kepada penyakit ini, sudah tentu bilangan kes akan menjadi tinggi.

    Angka yang besar ini sudah pasti memberikan satu beban besar ke atas bukan sahaja pesakit tetapi juga keluarga, masyarakat dan negara. COPD diletakkan di tangga ke-5 sebagai beban penyakit utama di Malaysia berdasarkan bilangan kes yang ditahan di hospital.

    Perokok menganggap batuk sebagai perkara biasa

    Antara kes biasa yang berlaku adalah apabila perokok yang mengalami simptom seperti batuk dan nafas pendek tidak mengambil serius terhadap keadaan dirinya. Mereka menganggap bahawa ia adalah perkara biasa bagi perokok untuk batuk. Apabila terus dalam keadaan begitu tanpa menjalani pemeriksaan, keadaan akan menjadi lebih parah sehingga ke tahap yang buruk sebelum menerima rawatan.

    Ia hanya akan menambah beban ke atas pesakit kerana perlu menghadapi keadaan paru-paru yang semakin teruk. Jika rawatan lambat dimulakan, peluang untuk hidup lebih akan akan rendah.

    Pendidikan dan kesedaran masih perlu diperkasa

    Ini termasuk kesedaran untuk berhenti merokok dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Meskipun pelbagai kempen dan pendidikan telah dijalankan, bilangan perokok masih lagi ramai dan bilangan kes COPD yang tidak didiagnosis juga masih banyak di Malaysia.

    Kita sedar bahawa berhenti merokok bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan. COPD pula sehingga hari ini masih tiada penawarnya. Oleh itu, pencegahan adalah satu-satunya langkah paling baik dalam menangani penyakit paru-paru ini.

    Selain merokok, faktor lain yang boleh menyebabkan COPD juga perlu diambil perhatian. Contohnya, pencemaran udara dan keselamatan di tempat kerja seperti pengendalian bahan-bahan kimia dan toksik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan