- Suntikan vaksin
Pastikan imunisasi adalah yang terkini dan dapatkan suntikan vaksin influenza dan juga vaksin konjugasi pneumokokal (PCV13) untuk melindungi daripada radang paru-paru. Semak vaksin dewasa lain yang mungkin anda perlukan. Pesakit COPD juga lebih terdedah kepada pneumonia – masalah keradangan paru-paru, yang boleh menyebabkan anda mungkin berada di hospital.
- Periksa peralatan
Pastikan anda meminta doktor anda untuk memeriksa peralatan anda, seperti kompresor dan alatan oksigen mudah alih, yang akan anda gunakan ketika mengembara untuk mengelakkan sebarang kemungkinan rosak dan tidak berfungsi. Pastikan anda mendapatkan alatan oksigen mudah alih untuk menentukan sama ada anda boleh mengendalikannya sendiri atau memerlukan bantuan untuk menggunakannya.
- Berbincang mengenai destinasi
Beritahu doktor anda ke mana anda akan pergi. Ia penting kerana jika anda mendaki atau pergi ke tempat tinggi, kerana ketinggian cenderung menyebabkan sesak nafas atau hipoksemia (oksigen darah rendah). Udara menipis; sehingga pesakit COPD yang tidak menggunakan kompresor di rumah mungkin memerlukan bekalan oksigen tambahan di tempat seperti itu.
- Bersedia untuk cuaca tidak menentu
Semak ramalan dan laporan cuaca dan hindari kawasan berkabus atau musim yang mungkin akan menjadi tempat bermasalah. Perjalanan dalam kereta, gunakan penghawa dingin dan pastikan tingkap ditutup, terutama dalam keadaan berkabus dan kesesakan jalan raya di mana asap ekzos boleh menyebabkan kerengsaan paru-paru.
- Perancangan dengan syarikat penerbangan
Pesakit COPD tidak boleh menggunakan kompresor oksigen sendiri (gas dalam tangki atau oksigen cecair) dalam pesawat, tetapi syarikat penerbangan membenarkan alatan oksigen mudah alih yang menggunakan bateri. Semak dengan pengeluar peranti sama ada alatan itu telah diuji untuk kegunaan dalam pesawat atau tidak. Untuk menggunakan alatan mudah alih ini, anda mesti mempunyai surat keperluan perubatan dan mendapatkan kebenaran daripada syarikat penerbangan, sekurang-kurangnya 48 jam sebelum penerbangan.
Peraturan mungkin berbeza mengikut syarikat penerbangan, jadi hubungi mereka beberapa minggu sebelum perjalanan anda. Tanya wakil syarikat penerbangan apa yang anda perlu bawa untuk membenarkan anda membawa oksigen bersama di dalam pesawat tersebut.