Selalu Masak Di Dapur Guna Perkakas Plastik? Baik BERHENTI Sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sekarang terdapat pelbagai pilihan perkakas dapur, bukan? Ada yang diperbuat daripada kayu, besi dan juga plastik. Tetapi penggunaan perkakasan plastik tidak digalakkan. Kenapa ya?

Kajian yang dilakukan terhadap perkakas dapur

Amaran ini dikeluarkan oleh German Federal Institute For Risk Assessment (BFR) berdasarkan bukti bahawa plastik yang digunakan dalam industri makanan mengandung banyak racun berbahaya yang boleh menyerap masuk ke dalam makanan.

BFR juga menggesa khalayak umum untuk menjauhkan sebarang sebarang alatan plastik daripada makanan yang panas.

Hasil uji kaji kepada haiwan menunjukkan bahan kimia dapat meningkatkan tumor dalam hati, pankreas dan buah zakar pada tikus. Dalam masa yang sama, bahan kimia ini juga menjejaskan aspek kesuburan.

Walaupun begitu, masih terdapat kekurangan data yang membuktikan kesan bahaya bahan kimia oligomer kepada manusia.

Tetapi badan keselamatan makanan ini menganggarkan risiko yang sama boleh berlaku kepada manusia kerana struktur bahan kimia yang sama. 

Anggaran penggunaan perkakas dapur jenis plastik

Dalam satu pendekatan yang dipanggil pengkelasan Cramer, pengkaji membuat kesimpulan bahawa jumlah kecil oligomer – 90 mikgram – akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan seseorang individu dengan berat  60 kilogram.

Walau bagaimanapun, saintis mendapati dalam tinjauan amalan kegunaan harian perkakas plastik ini, jumlah bahan kimia ini adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang anggaran bagi kegunaan setiap hari. 

Berdasarkan tinjauan ini, para pengguna dinasihatkan untuk menggurangkan dan mengelakkan penggunaan peralatan plastik sebanyak yang mungkin ketika makanan masih panas dalam suhu anggaran melebihi 70 °C.

Risiko bahaya perkakas plastik sebagai perkakas dapur

Menurut penyelidik, penggunaan perkakas dapur yang diperbuat daripada plastik boleh ‘mengalirkan’ bahan kimia toksik kepada makanan yang dimasak.

Ini kerana kebanyakan perkakas plastik dapur mengandungi bahan berbahaya yang dipanggil oligomer

Kebanyakan perkakasan dapur yang berada di pasaran diperbuat daripada bahan kimia sintetik. Ini adalah untuk menjadikan alatan tersebut mampu bertahan lama dalam suhu yang tinggi serta kalis minyak

Pada suhu melebihi 70 °C, bahan kimia oligomer boleh mengalir kepada makanan atau minuman. Sekiranya ditelan dalam dos yang tinggi, bahan ini boleh mencetuskan penyakit hati dan tiroid. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan, kanser dan kolesterol yang tinggi. 

Kesimpulannya 

Jika anda lebih banyak menggunakan barangan perkakasan plastik di rumah untuk memasak, mungkin anda boleh mengurangkan penggunaannya. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan alatan dapur lain yang boleh digunakan. Bukankah mencegah itu lebih baik?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"