Bagaimana menangani masalah buli emosi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Dibuli secara emosi merupakan satu pengalaman yang boleh meninggalkan parut pada anda dan mengganggu perkembangan emosi serta keperibadian anda. Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk menangani buli secara emosi ini?

Apa itu buli secara emosi?

Buli secara emosi ini termasuk:

  • Mengejek, atau memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak sewajarnya.
  • Menggunakan sindiran untuk menyakiti atau membuatkan seseorang berasa buruk.
  • Mengancam atau mengugut.
  • Membuat seseorang merasa kerdil dan tidak berdaya.
  • Mengabaikan atau mengecualikan seseorang itu daripada kumpulan.
  • Membuat seseorang itu terseksa secara mental
  • Dihina

Apa perlu dilakukan untuk menangani buli secara emosi?

Menyedari ia bukan kesalahan anda

Walaupun individu yang membuli anda mungkin membuat anda merasa seperti anda bertanggungjawab ke atas emosi mereka, itu adalah pilihan mereka untuk menyatakan perasaan mereka dengan cara yang kasar.

Sekiranya pembuli mengalami masalah kesihatan mental atau keadaan emosi tertentu, seperti gangguan, atau perasaan negatif tentang masa lalu, ingatlah bahawa ia adalah tidak baik dan tidak boleh dijadikan alasan untuk bermusuhan dan membuli anda.

Berkongsi

Jika anda dibuli, anda harus mencari seseorang untuk anda kongsikan apa yang anda lalui. Terdapat ramai individu di sekeliling anda yang boleh membantu. Walaupun dengan berkongsi masalah anda kepada teman rapat, mungkin tidak dapat mengubah keadaan, sekurang-kurangnya anda mendapat sokongan emosi dan mungkin mendapat pendapat dan nasihat untuk mengatasi masalah pembuli ini.

Sebagai alternatif, anda boleh berkongsi bersama keluarga anda, dan mungkin mereka dapat membantu mengubah situasi, atau paling tidak menunjukkan cara yang betul mengatasinya. Andai perkara itu adalah mustahil, masih ada guru, kaunselor sekolah yang boleh anda kongsikan masalah anda.

Namun, jika anda merasa tidak selamat untuk berkongsi secara bersemuka, terdapat berbagai laman web yang bersesuaian dan menawarkan bantuan untuk anda luahkan masalah anda. Secara kesimpulannya, jangan memendam apa yang anda lalui, luah dan kongsikan.

Cari jalan keluar

Langkah ini mungkin agak menakutkan kerana ia mungkin akan mengubah beberapa perkara dalam hidup anda. Anda mungkin akan merasai kesakitan secara fizikal atau emosi. Adalah penting untuk anda berkongsikan masalah bersama individu di sekeliling anda dan meminta bantuan mereka, kerana ini adalah salah satu cara untuk membawa anda keluar dari masalah buli dan penyalahgunaan kuasa.

Anda boleh maklumkan kepada kaunselor sekolah, atau dapatkan kebenaran untuk berjumpa dengan pengetua sendiri. Apabila anda berjaya keluar dari situasi dibuli ini, pastikan anda mendapatkan terapi. Ramai orang mungkin tidak menyedarinya, tetapi buli boleh meninggalkan parut seumur hidup. Jika berkemampuan, dapatkan bantuan perubatan.

Jika anda dibuli secara emosi, jangan takut untuk beranikan diri mendapatkan pertolongan. Membiarkan keadaan itu berlanjutan hanya akan menjadikannya lebih teruk kerana anda mungkin akan disakiti dari hari demi hari. Bebaskan diri anda dari kesakitan dibuli secepat yang mungkin.

Anda juga mungkin berminat dengan artikel berikut:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Lepas Tangan! Hanya Kanak-kanak 12 Tahun Keatas Sahaja Sesuai Ke Asrama Sekolah

    Tahukah anda, kanak-kanak yang berusia bawah daripada 12 tahun sebenarnya tidak sesuai dihantar ke asrama sekolah. Mengapa begitu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Alamak, Anak Kaki Buli? Ketahui Cara Mengatasinya

    Selalu kita dengar isu anak dibuli. Bagaimana pula kalau isunya bukan kena buli tetapi membuli. Haaa...ada tak kalangan ibu bapa mempunyai anak kaki buli?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Dibuli Adik-beradik, Bukan Isu Remeh

    Kita biasa mendengar kes buli remaja dan kanak-kanak. Tetapi bagaimana pula dengan kes dibuli adik-beradik sendiri, adakah ia normal atau tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Ini 4 Sebab Kenapa Anak Lelaki Lebih Perlu Sokongan Emosi Dari Ibu Ayah, Berbanding Anak Perempuan!

    Anak perempuan dirasakan lebih memerlukan sokongan emosi. Namun dikatakan ibu bapa perlu melebihkan anak lelaki, betul ke? Jom baca perkongsian artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 05/11/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penghidap penyakit barah

    9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    klimaks seks

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan
    cara hormat guru

    Lanjutan Kes Ustazah Merangkak Tular, Ibu Bapa WAJIB Ajar Anak Hormat Guru!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/02/2020 . 4 minit bacaan
    bipolar

    Bagaimana Gangguan Bipolar Boleh Menjejaskan Aktiviti Seks Saya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/11/2019 . 2 minit bacaan