backup og meta

Anda Ada Tabiat Mengunyah Ais? AWAS, Jangan Sampai Kena 4 Kesan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/10/2022

    Anda Ada Tabiat Mengunyah Ais? AWAS, Jangan Sampai Kena 4 Kesan Ini!

    Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak bahaya malah ia mungkin menjadi tabiat biasa yang tidak boleh dihentikan.

    Kebanyakan orang yang mengunyah ais ini ingin berasa lebih segar dan membantu mengelakkan mulut kering.

    Walaubagaimana pun, tanpa anda sedari tabiat itu mungkin menyebabkan masalah kesihatan tertentu!

    Faktor anda gemar mengunyah ais

    mengunyah ais

    Pagophagia

    Pagophagia adalah istilah untuk seseorang yang sentiasa inginkan ais.

    Keinginan boleh berterusan dan sering berlangsung selama lebih daripada sebulan.

    Pagophagia adalah gangguan makan jarang berlaku yang dikenali sebagai pica.

    Pica sering bersama gangguan mental lain seperti autisme dan skizofrenia, dan memberikan keinginan orang ramai untuk makanan sesuatu yang tiada nilai pemakanan/nutrisi yang sebenar.

    Walaupun kanak-kanak pada umumnya lebih cenderung untuk mengidap nafsu pica, pagofagia boleh menjejaskan orang dewasa dan kanak-kanak.

    Anemia

    Sesetengah penyelidik percaya ada kaitan antara anemia kekurangan zat besi dan keinginan ais, tetapi sebabnya masih tidak jelas.

    Satu kajian mengenai penghidap anemia yang kekurangan zat besi mendapati bahawa 13 dari 81 peserta mempunyai tanda-tanda pagophagia.

    Bagi sesetengah individu ini, mengambil suplemen iron bagi menghapuskan keinginan ais mereka.

    Penyelidikan tambahan menunjukkan bahawa suplemen zat besi juga boleh memberikan kelegaan daripada simptom pica yang lain.

    Masalah emosi

    Beberapa isu emosi juga boleh mendorong kepada tabiat mengunyah ais.

    Sebagai contoh, seseorang yang mengalami tekanan boleh mengunyah ais untuk menenangkannya.

    Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) juga boleh menjadi puncanya. OCD adalah keadaan kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku kompulsif atau fikiran yang obsesif.

    Dehidrasi

    Dehidrasi ringan juga boleh menyebabkan orang mengidamkan ais ais.

    Kiub ais sejuk boleh melembapkan mulut dan bibir kering selain menghilangkan rasa dahaga.

    Ia juga boleh membantu menurunkan suhu badan pada hari yang panas. Simptom dehidrasi ringan adalah dahaga dan air kecil berwarna gelap.

    Sesiapa yang mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk, seperti kejang atau rasa pening perlu untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

    Kesan tabiat mengunyah ais

    mengunyah ais

    i. Masalah gigi

    Mengunyah ais dalam kuantiti yang banyak boleh merosakkan enamel gigi dan menyebabkan keretakan atau serpihan gigi.

    Ini boleh menyebabkan masalah lanjut seperti kepekaan yang lebih tinggi terhadap suhu dan kesakitan.

    Orang yang terus mengunyah ais mungkin memerlukan rawatan pergigian untuk membaiki rongga dan menggantikan tampalan yang hilang.

    ii. Masalah pemakanan

    Orang yang mempunyai keinginan ais boleh makan lebih banyak ais tanpa mereka sedar.

    Penambahan gula atau perasa kepada ais boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan masalah lain yang berkaitan penggunaan gula yang berlebihan.

    iii. Komplikasi anemia

    Komplikasi yang boleh menyebabkan anemia termasuk:

    • Pembesaran atau kegagalan jantung
    • Komplikasi kehamilan seperti kelahiran pramatang atau kelahiran tidak cukup berat
    • Peningkatan risiko jangkitan pada kanak-kanak
    • Pertumbuhan atau perkembangan yang sukar pada kanak-kanak

    iv. Komplikasi pica

    Ais tidak mungkin menyebabkan kerosakan dalaman.

    Walaubagaimana pun, jika seseorang yang mempunyai pica juga memakan non-food item, ini boleh menyebabkan masalah dalaman yang teruk, seperti:

    • Jangkitan
    • Masalah usus
    • Keracunan
    • Tersedak
    • Halangan terbentuk dalam usus

    Tip mencegah keinginan mengunyah ais

    mengunyah ais

    1. Makan makanan kaya zat besi

    Makanan kaya zat besi memberikan hemoglobin protein kepada sel darah merah, dan penting untuk membekalkan sel tisu dengan oksigen.

    Untuk merawat kardiovaskular, disyorkan untuk mengambil spirulina, daging yang diberi makan rumput, lentil, bayam, sardin, kacang hitam, pistachio, kismis, dan coklat gelap.

    2. Terapi tingkah laku kognitif

    Walaupun penyebab sebenar keadaan pagophagia tidak diketahui, tekanan dan kesihatan jiwa seseorang dikaitkan dengan tingkah laku tersebut.

    Kaunseling boleh membantu menghalang keinginan ais menerusi terapi tingkah laku kognitif.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan