backup og meta

Ada Apa Dengan Mimpi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/07/2020

    Ada Apa Dengan Mimpi

    Mimpi adalah halusinasi yang berlaku semasa tidur. Banyak yang diketahui tentang peranan tidur dalam mengawal metabolisme, tekanan darah, fungsi otak, dan aspek kesihatan lain. Tetapi sukar bagi penyelidik dan pengkaji menerangkan peranan mimpi.

    Walaupun tidak bukti kukuh, namun kebiasaannya ia adalah satu pemikiran autobiografi berdasarkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian anda seperti aktiviti, perbualan, atau isu-isu lain dalam hidup anda. Namun, terdapat beberapa teori menarik mengenai peranan mimpi.

    Peranan mimpi

    Pengkaji dan penyelidik masih tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai hal tujuan mimpi wujud dalam tidur. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kepercayaan dan teori yang dipegang secara meluas.

    Mimpi sebagai terapi

    Mimpi yang anda hadapi mungkin adalah cara untuk anda menghadapi drama emosi dalam hidup anda. Oleh kerana otak kita akan beroperasi pada tahap lebih emosional berbanding ketika berjaga, otak anda akan membuat hubungan mengenai perasaan anda yang tidak akan anda lakukan ketika sedar.

    Mimpi berjuang atau mengalah

    Salah satu bahagian otak yang paling aktif semasa bermimpi adalah amygdala, bahagian otak yang mempunyai hubung kait dengan naluri kelangsungan hidup serta tindak balas berjuang atau mengalah.

    Terdapat teori yang mengatakan bahawa amygdala adalah lebih aktif semasa tidur berbanding ketika berjaga/sedar, kerana ia mungkin cara otak untuk membuatkan kita lebih bersiap sedia menghadapi ancaman atau cabaran ketika bangun nanti.

    Mimpi kreatif

    Terdapat teori yang mengatakan mimpi menjadikan kita lebih cenderung untuk kreatif. Kebanyakan artis mendapat ilham dan inspirasi darinya. Ketika bermimpi, tiada sebarang tapisan logik, ini sekali gus memberikan otak, fikiran dan idea yang bebas untuk menjadi kreatif.

    Mimpi sebagai memori

    Teori mengatakan tujuan bermimpi adalah untuk membantu anda menyimpan memori dan perkara penting dalam hidup anda, menyingkirkan kenangan serta perkara yang tidak penting, dan menyusun atur pemikiran dan perasan yang rumit.

    Penyelidikan menunjukkan bahawa tidur dapat membantu menyimpan memori. Apabila anda belajar sesuatu maklumat yang baru dan anda tidur, anda akan lebih mengingati apa yang dipelajari lebih baik berbanding jika anda diminta untuk mengingati apa yang dipelajari tanpa mendapatkan tidur.

    Bagaimana mimpi memberi efek kepada simpanan memori dan ingatan masih dapat difahami sepenuhnya. Tetapi ia mungkin dapat membantu otak untuk menjadi lebih cekap dalam menyimpan maklumat penting dan dalam masa yang sama menyekat rangsangan yang boleh menganggu memori dan proses pembelajaran.

    Mengapa ada mimpi buruk?

    Mimpi yang membantu anda menangani emosi, memori dan maklumat lain dengan lebih produktif adalah sangat bagus. Manakala mimpi buruk atau igauan yang menjengah sekali-sekala dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan atau menjengkelkan.

    Ia cenderung hadir disebabkan oleh tekanan, kebimbangan, atau berkemungkinan disebabkan tindak balas terhadap ubat-ubatan tertentu.

    Walau bagaimanapun, jika anda sering mengalaminya dan berlaku secara berkala, anda mungkin mengalami gangguan tidur. Ia dilabelkan sebagai gangguan tidur, jika:

    • Menyebabkan anda berasa cemas untuk tidur.
    • Mengakibatkan gangguan tidur yang kerap.
    • Menyebabkan masalah tidur atau masalah psikologi yang lain.

    Ia merupakan satu kebiasaan untuk mengalami igauan buruk sekala-sekala dalam hidup. Walau bagaimanapun, menurut American Sleep Association, dianggarkan lebih kurang 5 peratus penduduk Amerika mengalami igauan buruk berterusan sebagai gangguan tidur.

    Apa yang pengaruhi mimpi?

    Beberapa faktor yang mempengaruhi kita ketika berjaga juga boleh mempengaruhi mimpi kita, antaranya:

    Kesihatan

    Salah satu pengaruh besar mimpi adalah jumlah tidur anda. Kuantiti tidur yang kurang selama satu atau dua hari (atau mungkin lebih) boleh menyebabkan bahagian otak anda menjadi lebih aktif yang berkemungkinan akan menyebabkan anda mengalami tidur REM. Anda mungkin akan mengingati mimpi anda dengan lebih jelas jika anda kurang tidur.

    Proses kehamilan juga membuatkan mimpi anda lebih jelas. Peningkatan pengeluaran hormon akan memberi kesan kepada otak memproses pemikiran dan emosi.

    Masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan panik, serta gangguan bipolar dan keadaan yang berkaitan dengan emosi, boleh mencetus dan ada kalanya menganggu mimpi atau menyebabkan igauan buruk. Kesan pengambilan ubatan termasuk antidepresan dan antipsikotik, juga mempunyai kaitan dengan risiko lebih tinggi untuk mengalami igauan buruk.

    Makanan

    Tidak ada bukti kukuh untuk menyokong bahawa makanan tertentu boleh membawa kepada mimpi yang baik atau igauan. Tetapi jelas bahawa terdapat sesetengah makanan boleh menetapkan anda pada tahap yang lebih baik untuk lebih mengingati apa yang anda mimpikan.

    Sebagai contoh makanan tinggi karbohidrat dapat memberikan anda lebih tenaga, namun selepas beberapa ketika ia boleh menyebabkan anda menjadi murung. Apa-apa yang mendatangkan kesan ketika anda sedar dan berjaga, turut akan memiliki kesan pada ketika anda sedang tidur. Oleh itu, jika terlebih gula akan menyebabkan anda lebih gembira dan aktif, maka perasaan itu juga akan berlaku ketika anda tidur.

    Selain itu, makanan yang berkemungkinan menyebabkan anda terjaga pada waktu malam, turut akan mengakibatkan anda mengalami gangguan tidur pada tahap REM. apabila ia berlaku, anda akan dapat mengingati dengan lebih jelas tentang mimpi anda.

    Aktiviti harian

    Dalam satu penyelidikan kecil mendapati satu cara yang baik untuk mendapatkan tidur lebih nyenyak adalah untuk bersenam pada waktu pagi. Senaman kardio atau jogging sebelum tengah hari membantu anda untuk cenderung tidur lebih cepat dan kualiti tidur yang lebih baik berbanding jika anda tidak bersenam atau bersenam pada waktu malam.

    Adalah lebih baik jika anda dapat mengurangkan tekanan pada waktu siang, agar anda tidak akan membawa emosi tekanan anda sewaktu tidur dan menyebabkan anda mengalami kegelisahan. Ia sekali gus dapat membantu mengurangkan peratusan untuk mengalami mimpi buruk atau tidur malam yang terganggu.

    Bagaimana untuk mengingati mimpi?

    Antara sebab kenapa mimpi sukar untuk diingati adalah kerana kimia otak yang berkaitan dengan memori –  norepinephrine –  dan aktiviti elektrik otak yang membantu proses ingatan berada pada tahap yang rendah ketika bermimpi dan tidur.

    Malah jika anda bermimpi dan tidak bangun ketika bermimpi, anda tidak akan mengingatinya. Mimpi yang anda ingat adalah mimpi yang berlangsung ketika anda terbangun.

    Dua cara untuk membantu anda agar dapat mengingati apa yang anda mimpikan. Pertama adalah dengan memberitahu diri anda sebelum anda tidur bahawa anda mahu mengingati mimpi anda. Jika itu adalah apa yang anda fikirkan sebelum tidur, anda mungkin akan lebih cenderung untuk bangun dengan mimpi yang masih segar dalam ingatan anda.

    Cara yang kedua, memandangkan memori tentang apa yang anda mimpikan mudah diganggu, jadi anda mungkin perlu cuba untuk mengingati lebih banyak mimpi anda sebaik sahaja anda terjaga. Jangan bangun dari katil atau memikir tentang perkara lain. Cuba untuk memahami dan mengingati imej atau memori yang anda dapat dan catatkan pada buku catatan atau pada telefon anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan